.

Tuesday 14 June 2011

Ratko Mladic, general Serbia tragedi Bosnia ditangkap

General Ratko Mladic

26 Mei lepas, Ratko Mladic ditangkap untuk dibawa ke tribunal jenayah perang. Dengan ini ketiga-tiga nama teratas dalam pembunuhan ratusan ribu umat Islam Bosnia telah ditangkap. Mereka adalah Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic dan Ratko Mladic. Pengadilan ala-Barat pastinya tidak akan berlaku adil, kerana ianya melibatkan penghapusan umat Islam dari berkembang di benua Eropah, bahkan akan lebih mirip kepada lakonan di depan masyarakat antarabangsa, khususnya kepada umat Islam dan para pemimpin mereka untuk cuba menenangkan perasaan dan pendirian mereka.

Dianggarkan lebih 300,000 orang awam Islam dibunuh, 2.5 juta orang diusir dan diagih-agihkan ke negara-negara berhampiran dan puluhan ribu muslimat Islam Bosnia berkulit putih melahirkan anak-anak haram tentera Serbia, kesan saikologinya terhadap mereka dan anak-anak berkekalan sehingga ke hari ini.

Ketika tragedi Bosnia Herzegovina meletus pada tahun 1992, saya seorang pemuda berumur 27 tahun, di tahun akhir Universiti Al-Azhar, Mesir. Hampir setiap minggu saya akan update maklumat saya mengenai bandar-bandar yang terlepas atau ditawan semula di antara pejuang Islam Bosnia dan tentera kejam Serbia. Bandar-bandar penting yang menjadi rebutan adalah Sarajevo (ibu negara Bosnia), Mostar, Tuzla, Banja Luka, Gorazde, Srebrenica dan lain-lain. Ketika itu anak sulung saya yang kini generasi belia hari ini (umur 20-an), baru berumur 4 tahun dan belum mengerti apa yang berlaku di sana.

Walaupun telah hampir 20 tahun berlalu, tiga nama tertinggi orang yang terkejam ini iaitu Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic dan Ratko Mladic masih tidak saya lupakan sehingga ke hari ini, bahkan saya boleh menaip ejaan nama mereka tanpa merujuk kepada ejaan di tempat/tulisan lain. Pada saya pengajaran Tragedi Bosnia harus difahami dan diamati lalu diambil pengajaran dan pengalaman bagi generasi belia hari ini, dalam mengatur langkah-langkah Dakwah di tanahair maupun di serata dunia. Sebahagian dari pengajaran tersebut saya telah tulis dalam artikel lalu sebaik Radovan Karadzic ditangkap pada tahun 2008 yang lalu.

Apabila Komunis Soviet Union (ibu negara Moskow) jatuh pada tahun 1991, Tembok Berlin runtuh dan Persekutuan Yugoslavia pecah kepada negara-negara kecil di antaranya Serbia (Kristian Ortodoks), Bosnia Herzegovina (Islam), Croatia (Kristian Katholik) dan sebagainya. Umat Islam Bosnia adalah umat Islam yang terbesar di tengah-tengah benua Eropah dengan bilangan penduduk Islam seramai 6 juta orang. Dengan kepimpinan Presiden Ali Izzat Betgovich yang faham Islam (ditunjukkan melalui penulisannya yang masyhur “Islam Between East And West”) dan penduduk seramai itu, Bosnia borpotensi menjadi Negara Islam Contoh bukan sahaja kepada dunia Eropah, akan tetapi kepada Dunia Islam dan dunia keseluruhannya dalam masa beberapa tahun dalam suasana yang merdeka seperti itu.

Potensi dan peluang ini tidak dibiarkan percuma oleh Barat, lalu dengan mendokong negara jiran terkuat, Serbia, Barat melancarkan kepungan dan pembunuhan beramai-ramai ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa, mengusir jutaan yang lain ke serata pelusuk Eropah, suatu tragedi menyayat hati yang berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun dan berlaku di Abad 20 yang moden !

Di antara pengajaran tambahan yang boleh dinukil di sini ialah :
  1. Islam dan kita sendiri harus menjadi pemimpin dan pembimbing kepada dunia, termasuk umat di Eropah. Sesungguhnya mereka umat yang walaupun mempunyai pembangunan material yang lebih baik dari kebanyakan negara-negara umat Islam, namun tanpa petunjuk Ilahi, mereka miskin jiwa dan kini diperkotak katikkan oleh ahli-ahli politik yang rosak di bawah telunjuk Zionis yang memusuhi Islam.
  2. Agar perkara yang sama tidak berulang kepada umat Islam yang lain, umat Islam sendiri mesti berubah jiwa dan sikap dari rela berada di bawah umat lain, rosak akhlak dan berpecah belah, kepada umat yang menghayati Islam, memiliki akhlak yang tinggi lagi mulia dan kuat bersatu mengatasi umat-umat yang lain.
  3. Umat Islam tidak aman dari ancaman negara-negara jiran sehinggalah umat Islam tersebut berada di dalam naungan Negara Islam dan Khilafah Islam yang kuat dan teguh, digeruni oleh lawan dan musuhnya, lebih-lebih lagi negara kafir yang berjiran dengannya.
  4. Sekali-kali umat kafir, terutama pemimpin dan ahli-ahli politiknya tidak akan redha kepada umat Islam sehingga umat Islam mengikut agama atau sekurang-kurangnya ajaran dan budaya yang sama dengan ajaran agama mereka. Jika begitu hal keadaan mereka, maka menjadikan mereka sebagai perujuk, pemutus dan pelindung adalah suatu pendirian dan keputusan yang salah, bahkan membahayakan umat Islam itu sendiri.
  5. Setelah dipilih oleh rakyat, para pemimpin Islam di negara-negara umat Islam seharusnya menjalan dan menjayakan agenda umat Islam yang memilih mereka, bukan berteman dan menjalankan agenda luar dan Barat yang tidak putus-putus memusuhi umat kita, melalui cara halus dan nampak baik, lebih-lebih lagi melalui cara ancaman dan paksa.
  6. Tema mujahideen dalam Jihad di Bosnia ketika itu ialah “Haqqal Al-Jihad falaisa anhu Khiyaru” (Benar-benar Jihad itu tidak ada pilihan selainnya) memang dirasai ketika itu. Sepanjang 4 tahun dunia membisu sedang puluhan ribu umat Islam dibunuh setiap bulan benar-benar meyakinkan bahawa tidak ada pilihan lain bagi umat Islam dalam perjuangannya di dunia ini dalam berhadapan dengan kelicikan musuh-musuhnya melainkan dengan Jihad.
  7. Mujahideen Arab benar-benar membuktikan kepada Dunia Islam bahawa umat Arab masih merupakan umat tunggak bagi Islam. Kecintaan mereka kepada saudara seIslam mereka yang tertindas menyebabkan mereka sanggup meninggalkan kedamaian di kampung halaman mereka dan pergi ke medan perang di bumi Bosnia. Ramai mereka yang syahid dirakamkan ucapan-ucapan mereka sebelum operasi ketenteraan bermula. Nasihat-nasihat mereka benar-benar tulus dan memberikan kesan yang mendalam kepada mereka yang masih hidup dan menunggu sedang mereka tidak merubah janji mereka kepada Allah. “Dari kalangan orang-orang beriman ada mereka yang benar tulus janji mereka kepada Allah. Sebahagian mereka telah syahid dan sebahagian lagi masih menunggu, dan mereka sekali-kali tidak merubah janji mereka sedikit pun” (Al-Quran).
Walaupun umat Islam teruk dikepung dan dibunuh beramai-ramai mulai tahun 1992, namun pada tahun 1995, dengan kepimpinan para mujahideen Arab yang telah berpengalaman di Jihad Islami di Afghanistan melawan pencerobohan Rusia (berkahir 1991), tentera Islam Bosnia berjaya mengalahkan tentera Serbia sehingga Amerika, yang selama tragedi tersebut membisu membiarkan umat Islam dibunuh, terpaksa campurtangan dan memaksa ketiga-tiga pihak Serbia, Bosnia dan Crotia menamatkan konflik dengan memeterai Perjanjian Dayton 1995.

Sedang Mujahideen Arab & tentera Bosnia beroleh kemenangan demi kemenangan pada tahun 1995, Barat yang sepanjang pembunuhan berlaku hanya berlakon menganjur persidangan demi persidangan, barulah campur tangan secara serius dan termeterai Perjanjian Dayton 1995. Antara lain meminta Presiden Bosnia menghalau Mujahideen Arab keluar dari bumi Bosnia 
(lihat petikan di bawah).

Annex 1-A: Military Aspects (rujuk kepada Perjanjian Dayton 1995)

  • The cease-fire that began with the agreement of October 5, 1995 will continue.
  • Foreign combatant forces currently in Bosnia are to be withdrawn within 30 days.
  • The parties must complete withdrawal of forces behind a zone of separation of approximately 4 km within an agreed period. Special provisions relate to Sarajevo and Gorazde.
Semoga Allah swt menyuburkan semangat Jihad Islami dijiwa para pemuda dan pemudinya, mengembalikan kesatuan, kekuatan dan kegemilangan umat Islam Eropah, mengembalikan negara-negara umat Islam dulu seperti Yunani, Bulgaria dan lain-lain ke pangkuan Dunia Islam sekali lagi, dan membuka bandar Rom Vatican di Italy sesegera mungkin seperti yang dijanjikan dalam hadis Rasulullah saw.


Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia


Blog: Ini Jalanku

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.