.

Friday 10 June 2011

Dr. Kamal Helbawi ingatkan ISMA jangan abai aspek pembinaan insan


KAHERAH - Dr. Kamal Helbawi, salah seorang tokoh Ikhwan Muslimin melahirkan harapan agar ISMA tidak mengabaikan aspek pembinaan insan yang menjadi aset dalam mana-mana perjuangan.


“Fokuslah dalam membina individu yang bekerja di medan dakwah. Seperti mana kita berusaha menghasilkan para doktor dan jurutera, maka begitu jugalah kita perlu berusaha melahirkan para daie melalui program-program tarbiyah”. Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh wakil Media ISMA di Kaherah, Mesir baru-baru ini.

Dr Kamal turut menyatakan sokongannya terhadap ISMA dan gerakan dakwahnya. Beliau yang juga salah seorang pengasas World Assembly of Muslim Youth (WAMY) berkata ISMA bergerak di atas landasan dakwah Islamiyah.

“Kepada semua ahli ISMA terutamanya ahli-ahli yang aktif, saya ingin mengatakan bahawa anda kini berada di di atas landasan dakwah Islamiyah seperti yang sepatutnya”.

Mengulas mengenai isu politik tanah air, Dr Kamal mahu ISMA terlibat dengan lebih serius di dalam politik dengan membawa masuk unsur-unsur positif dan membina. Setiap undian amat penting dalam membentuk negara melalui pemimpin terbaik yang dipilih secara demokrasi.

“ISMA perlu membawa masuk nilai-nilai baik ke dalam politik. Rakyat Malaysia bukan sahaja mengundi untuk kaum dan keluarga mereka, tetapi mereka mengundi demi memilih agenda terbaik untuk negara dan pemimpin yang berkualiti.

Di akhir temuramah tersebut, beliau mendoakan agar dakwah ISMA lebih maju di Malaysia. “Saya ucapkan selamat berjaya kepada saudara-saudara di dalam ISMA termasuk semua yang bekerja di medan dakwah di Malaysia”.

Sumber : ISMA Web

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.