.

Wednesday 15 June 2011

Nasihat: Antara kaedah dan pelaksanaan


Bismillahi walhamdulillah..

Setiap matlamat yang besar perlu dilaksanakan mengikut kaedah yang sesuai, agar matlamat tercapai dengan sempurna. Sebab itu pelbagai teori atau kaedah dikemukakan, kertas kerja dibentang dan diteliti sebelum sesuatu aktiviti dilaksana. Saya ingin mengambil contoh ringkas yang tak perlukan kertas kerja pun, nasihat.

Semua orang tahu, kalau nak beri nasihat;
  1. Ikhlaskan niat; kerana nasihat adalah ibadah dan setiap ibadah mesti ikhlas untuk Allah Taala, hendakkan kebaikan semata-mata.
  2. Susun ayat dengan baik; supaya tidak disalah tafsirkan oleh orang yang dinasihati. Jangan anggap orang terus faham, seperti yang kita fahami. Pilih perkataan dan ayat yang sesuai lagi tepat maknanya.
  3. Cari suasana yang sesuai; supaya mudah diterima. Elakkan beri nasihat ketika dia sedang kepenatan, pulang dari kerja atau dalam suasana yang bising
  4. Pilih orang yang lebih layak; seperti orang yang dia segani, lebih tua dan tidak menghadapi masalah yang sama.
  5. Elakkan di khalayak ramai; kerana ini akan memalukan. Jika secara bersemuka akan rasa dihormati dan lebih memberi kesan.
Namun apa yang kita perhatikan, kerana terlalu menjaga adab-adab di atas, nasihat yang sepatutnya diberi tidak terlaksana. Saya terfikir, ada kalanya bagus juga kalau buat sesuatu tanpa meraikan adab dan kaedah, yang penting aktiviti terlaksana dan matlamat tercapai. Kita sendiri mungkin pernah menangguhkan nasihat kerana meraikan kaedah atau adab di atas. Tangguh punya tangguh, akhirnya tak buatpun! Berbanding dengan orang lain, yang tidak berfikir terlalu panjang, terus ‘sound‘ dan orang yang dinasihati itu terus berubah!

Persimpangan

Ada orang yang suka menilai dari jauh dan membuat komen terhadap tindakan atau nasihat oleh orang lain. Antaranya; “Kenapa la dia cakap macam tu, cakap lembut-lembut tak boleh ke?” Atau, “Ada ke patut dia ‘sound’ orang tu depan orang ramai, tak ada adab langsung!” Atau, “Kalau nak berdakwah tu, ikut la sunnah nabi…” dan sebagainya. Tapi sayang, orang yang berpegang dengan kaedah cakap lembut, beradab dan ikut sunnah ni tak pernah pula dia menasihatkan orang lain.

Maka, siapa lebih baik? Orang yang memberi nasihat tak ikut kaedah, atau orang yang tidak memberi nasihat kerana terlalu berpegang dengan kaedah? Sekurang-kurangnya orang pertama telah menjalankan tugasnya, walaupun ada kekurangan. Berbanding orang kedua yang terlalu berkira sehingga tiada apa yang dibuatnya. Sama-sama kita renungkan…

Wallahu a’lam.

Oleh : Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz,
ISMA Cawangan Seremban

Sumber: Catatan Kehidupan

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.