.

Tuesday 28 October 2008

Khamis - Jumaat, 25 - 26 Sept 2008 - Tampok Laut dan Parit Mansor, Benut. KRIM Johor yang dipimpin oleh akhi Cikgu Ismail Ali telah membawa Ahli KRIM menyelusuri realiti sebenar kehidupan masyarakat Islam di salah satu daerah di Negeri Johor.


Program yang diberi nama "Sumbangan Ihya‘ Ramadhan – 6 keluarga fakir miskin" dan Sumbangan Ihya’ Ramadhan dan "Majlis Berbuka Puasa – Keluarga Ibu Tunggal" ini menghimpunkan 7 ahli KRIM yang terpilih untuk turut hadir membantu . Objektif utama program ini adalah untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk keperluan makanan asas seperti beras, telur dan lain-lain kepada beberapa rumah fakir miskin dan ibu tunggal yang terpilih. Selain itu, program ini dapat memberi sedikit latihan praktikal kepada ahli - ahli KRIM Johor dalam menterjemahkan amali tarbiyyah di medan sebenar.

Hadis Nabi s.a.w yang berbunyi "Sebaik-baik insan ialah insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" sangat secocok dengan objektif tersirat dalam program ini.

Moga KRIM Johor terus bersemangat memyumbang kepada masyarakat demi mencari keredhaan Allah s.w.t dan konsisten dalam beramal terutamanya dalam mengerakkan dakwah di bumi fana ini.








Fikrah Kita - Aqidah yang sejahtera

Aqidah yang sejahtera Aqidah asalnya perkataan ‘aqada’ atau `aqad’ bermaksud simpulan ikatan yang kuat. Aqidah dipakai untuk ikatan hati yang kuat terhadap sesuatu kepercayaan. Kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu ideologi lahir daripada ilmu dan bukti yang kuat terhdap sesuatu fakta tersebut. Ilmu yang yakin datangnya daripada sumber yang meyakinkan seperti sumber naqli daripada al-Quran dan al-Hadis atau sumber aqli berdasarkan pemerhatian dan logik. Kesejahteraan aqidah seseorang dinilai melalui perlakuan, tingkah-laku, amalan kehidupan yang lahir daripada perkataannya dan perbuatannya. Kesejahteraan aqidah adalah asas keunggulan keperibadian insan.Kepercayaan manusia kepada Allah sebagai Rab; Pencipta, Pemilik, Pengatur sistem, Pengurus, Pentadbir alam semesta dan Pemerintahnya akan melahirkan perasaan terhutang budi kepada Allah, menimbulkan keinsafan terhadap kebiadapan diri terhadap hak-hak Uluhiyyah Allah dan melahirkan perasaan keterikatan perhambaan diri kepada Allah yang Maha Berkuasa, Bijaksana, Suci lagi memiliki seluruh sifat kesempurnaan.Kesejahteraan aqidah kepada Allah adalah hasil daripada mengenal hakikat Rububiyyah, Mulkiyyah dan Uluhiyyah Allah. Kesan kesejahteraan ini menyelamatkan manusia daripada kepercayaan khurafat, tahyul dan ketergantungan kepada makhluk dan asbab. Sebaliknya menjadikan manusia rasa hina diri, lemah dan tidak bedaya menghadapi Qudrat dan Iradahnya. Perasaan halus ini melahirkan rasa pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah disetiap ketika. Tanda pengharapan ini lahir melalui amal-amal perhambaan dan ketaatan. Amal-amal yang dibenci Allah akan dijauhi dan amal-amal ketaatan dan perhambaan yang lebih disukai Allah menjadi amal-amalnya.Mereka akan mengotakan janji-janji mereka, syahadah mereka, ikrar mereka yang telah mereka ucapkan kepada Allah kerena mereka takut kebencian Allah yang amat murka kepada manusia yang memungkiri kata-janjinya.” Wahai orang-oangyang beriman, kenapa kamu berkata apa yang tidak kamu kotakan, amat besar kemurkaan Allah bahawa kamu berkata-kata apa yang tidak kamu kotakan, Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalannya dalam satu saf yang mantap dan mereka seumpama binaan-binaan yang tersusun rapi”.Allah membenci manusia yang berpaling dan menjauhi ajarannya. Allah mengasihi manusia yang mencintai dirinya dan agamanya. Mereka merendah diri sesama muslimin, bersifat bangga diri dengan keIslaman mereka kepada orang-orang kafir, mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri dan orang-orang yang bertaubat. Allah mengasihi orang-orang yang bersabar dan berbuat baik. Allah mengasihi orang yang bertakwa dan menegakkan keadilan.Allah membenci orang-orang yang zalim, khianat, takabbur, berbuat dosa, menzahirkan keburukan, engkar perintahnya, melampau, membuat kerosakan dan kufur.Memiliki sifat-sifat manusia yang dikasihi Allah dan menjauhi sifat-sifat yang dimurkai Allah adalah kesan kesejahteraan aqidah.Allah menggambarkan watak manusia yang memiliki kesejahteraan aqidah melalui pujiannya kepada generasi sahabat r.a. Gementar hati mereka bila diperingatkan kepada Allah, bertambah iman denga membaca ayat-ayat Allah, sentiasa bertawakkal kepada Allah, mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki kurniaan Allah kejalan yang diredai. Mereka sentiasa menghidupkan malam-malam hari mereka dengan berdoa, beristighfar, membaca al-quran, bertasbih dan tahmid dengan perasaan takut dan harap kepada Allah. Hati mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan; berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka berfikir tentang kehebatan penciptaan makluk dilangit dan dibumi sehingga mereka menyedari kesemua ciptaan Allah ini mempunyai fungsi dan tujuan lantas mereka memuji Allah.Mereka mengutamakan saudara seagama, menunaikan hajat-hajat saudaranya, bertolong menolong dan saling menjadi jaminan kepada kesejahteraan sahabat-sahabat mereka, menasihati saudaranya dan menerima teguran dengan dada yang terbuka. Mereka berkasih sayang seumpama satu jasad.Kesejahteraan aqidah adalah hasil proses ta’lim dan tarbiyyah yang berterusan malah surah Makkiah yang diturunkan Allah berasur-ansur selama 13 tahun di Mekah membuktikan keutamaan tarbiyyah, tazkiyyah dan membina aqidah yang sejahtera.Imam al-Banna menggariskan 20 asas tasawwur aqidah Islam dan di atas kejelasan itu mereka ikhlas beramal, berjihd, berkorban, beristiqomah, berukhuwwah, saling mentaati dan mempercayaai dan tajarrud.

Sumber : ISMAWEB.NET
Ustaz Annuar Salleh
Yang Dipertua ISMA Daerah Hulu Langat

Tuesday 16 September 2008



Ahad, 13 - 14 Sept - Program Kem Kemantapan Aqidah Kolej Islam YPJ yang dianjurkan oleh Kelab BADAR, Kolej Islam YPJ dengan kerjasama PEMBINA Johor(http://www.pembina.com.my/) telah diadakan di Tiram Indah Village Resort, Ulu Tiram. Johor.

Program bertemakan "Membentuk kecemerlangan insan rabbani" ini disertai oleh seramai 18orang lelaki dan 58 orang perempuan pelajar kolej semester pertama. Program yang secara umumnya berobjektif membentuk para pelajar pengajian tinggi ke arah kemantapan fikrah dan aqidah Islam. Program bermula dengan pendaftaran pada 9.00 pagi sabtu dan berakhir pada jam 3.30 petang hari ahad. Slot pengisian pertama daripada Ustazah Suhana, Ketua Wanita ISMA Johor bertajuk Al-Hafiz , Permata yang hilang.
Slot seterusnya dibentang dengan mau'du "ISK-Ini Sejarah Kita". Para pelajar juga dihidangkan dengan Explorace Ramadhan pada petangnya.

Pada pagi Ahad, slot pertama dikendalikan oleh Dr. Mohd Zin Bin Kandar. Penyampaian yang dimulakan dengan pengenalan diri dan keluarga, pengalaman studi di luar negara, kisah suka-duka sebelum merentas kejayaan dan akhirnya mengupas tajuk slot sebenar iaitu 10 muwasafat (ciri) individu muslim dan pentingnya berazam mengubah diri ke arah tahap yang paling baik.

Program yang julung-julung kali diadakan ini didapati berkesan mengubah paradigma peserta
dan memberi keinsafan kepada mereka tentang tanggungjawab sebenar bahawa mereka memegang amanah dan menjadi khalifah di dunia yang sangat sementara ini.

Moga program sebegini dapat dijalankan di tempat-tempat lain terutamanya IPT sekitar Johor.
Kata Penasihat Program, Us. Wan Mohd Azli yang juga merupakan pensyarah di kolej tersebut.




Jaulah dan Iftor Jama'ie ISMA, Simpang Renggam Johor


Sabtu, 6 Sept - Dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, Seramai lebih kurang 80 orang termasuk ahli KRIM,PEMBINA dan ISMA Johor telah berkumpul di rumah Akhi Sarif Mohyin,
Simpang Renggam untuk menghadiri Majlis Iftor Jama'ie ISMA Johor sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Program yang bermula dengan sesi perkenalan, penting untuk membuahkan rasa perkenalan dan cinta sesama saudara seaqidah bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" kemudian diikuti dengan penyampaian tazkirah tentang Muhasabah di Bulan Ramadhan oleh Ustaz Wan Mohd Azli. Ramadhan merupakan madrasah tarbiyyah untuk kita menganjak dan mengubah diri ke arah pembentukan peribadi muslim yang sejati yang lebih
efektif dan lebih jitu.

Aktiviti iftor ini menjadi lebih bermakna dengan jaulah Ahli PEMBINA yang memenuhi kediaman. Bakal-bakal rijal yang akan menjalankan usaha tanpa mengenal erti penat-lelah dan jemu untuk projek iqomatuddin (menegakkan agama) di bumi Allah sebagaimana sejarah Islam telah membuktikan kita Umat Islam pernah menguasai ketuanan 2/3 dunia.

Diharapkan semua yang hadir dapat mengambil sedikit ma'ani-ma'ani tarbawi daripada aktiviti jaulah dan iftor ini. "Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara".

Monday 2 June 2008

Perkhemahan "Realisasi Insan Cemerlang"

Perkhemahan Realisasi Insan Cemerlang

Ahad, 25 May - Seramai 125 pelajar lelaki dan perempuan telah menyertai program perkhemahan yang julung-julung kali diadakan oleh Kelab Remaja Isma (KRIM) dengan kerjasama Pembina ini yang telah diadakan di Nurfa Farmstay, Kaki Gunung Pulai 2.


Peserta yang hadir merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Skudai, Kulai, Pontian, Simpang Renggam dan Benut. Adalah diharapkan setiap peserta dapat memahami hakikat asas kehidupan ini dan bermotivasi untuk menjadi insan-insan yang cemerlang sekembalinya dari menghadiri perkhemahan ini.

Wednesday 21 May 2008

Syarat-syarat untuk bermaksiat.. ..


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah Datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Wallahua'lam
......
waktu ana mula-mula baca email ini, bergetar jiwa ketika membaca syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya syarat yang kelima. moga ikhwah2 juga rasa sedemikian dan dapat menghayati kisah ini dengan lebih mendalam.
perkara remeh tetapi kita sering abaikan dan mengambil tidak peduli dengan menganggap maksiat adalah perkara kecil yang mampu ditebus dengan sekadar beristingfar. lebih-lebih lagi salah faham kita bahawa maksiat itu hanyalah pada perkara-perkara seperti minum arak, mencuri, berzina, bunuh dan sebagainya. namun, banyak lagi perkara-perkara yang kita terlepas pandang seperti membuang masa, mengumpat, sengaja melambatkan solat, tidak menjalankan amanah, tidak bercakap benar, poteng kelas (bagi student) dan mengulat sewaktu berkerja (bagi yang sudah bekerja). banyak lagi sebenarnya, ana rasa anda semua mampu bermuhasabah diri tentang maksiat-maksiat yang kita lakukan yang mungkin kita terlepas pandang ataupun tidak sedar. harap kita dalam keadaan sentiasa bertaubat. moga nanti malaikat Ridhwan yang menjemput dan mengiringi kita ke syurga.

Wallahu Ghafuurur Rahiim
Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Wallahu'alam

Yazid_Mus'ab

Monday 19 May 2008

Perlawanan Persahabatan Bolasepak 9 Sebelah

Sabtu, 18 Mei - Satu perlawanan bolasepak persahabatan bagi meningkatkan ukhuwah antara sesama ahli Kelab Remaja ISMA negeri Johor serta sebagai persiapan untuk Kejohanan Bolasepak 9 sebelah peringkat nasional antara KRIM Johor Bahru menentang KRIM Simpang Renggam telah berlangsung di Padang SMK Bandar Baru Ibrahim Majid pada pukul 6.00 petang. Keputusan perlawanan KRIM JB 4 , KRIM Simpang Renggam 0.


Sebaik selesai perlawanan, semua pemain telah bersolat Maghrib secara berjemaah di Surau BB Ibrahim Majid dan Cikgu Tumin telah memberikan tazkirah ringkas sebelum jamuan makan malam.

Thursday 15 May 2008

60 Tahun al-Nakba

60 Tahun Penjajahan Israel

(15/5/1948-2008)

Pada hari Khamis 15/5/2008 ini, genap 60 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.

Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak tersebut berumur 70an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka sedang dibuai mimpi atau takut hilang kerusi.


Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “An-Nakbah” bermakna malapetaka, berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.

Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel.

Selepas 30 tahun penubuhannya untuk membebaskan Palestin, PLO akhirnya telah berdamai dan mengiktiraf “Israel” dalam Perjanjian Oslo 1993 tanpa mendapat apa-apa pulangan selain elaun bulanan dari Amerika dan Eropah. Umat Palestin beralih kepada HAMAS yang masih utuh dengan prinsip membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf “Israel”. Dalam Pilihanraya Umum Palestin 25/1/2006, HAMAS menang lalu Israel, Amerika, Eropah, banyak Negara-negara Arab dan Islam mengikut arahan Barat mengadakan sekatan minyak, makanan, kewangan dan sebagainya terhadap 1.5 juta penduduk Gaza, Palestin hingga ke hari ini sebagai hukuman kerana memilih HAMAS untuk memimpin mereka dalam proses “Demokrasi” yang kononnya diperjuangkan oleh Barat.

Gaza, 6km x 25km, kem tahanan terbesar Abad 21. Bekalan bahanapi dan makanan tidak dibenarkan masuk melalui sempadan 2 negara jiran, Israel dan Mesir.


Dengan ini setelah 60 tahun merana dibawah kezaliman Yahudi, mereka juga perit disebabkan kebanyakan ketua negara-negara umat Islam tidak membantu kerana takut kepada Amerika dan Negara-negara Barat yang lain. Padah tali gantung yang diterima Saddam Hussein yang pernah cuba mencabar Israel dan Amerika dengan peluru berpandu Scudnya masih menghantui ramai pemimpin negara umat Islam.

Isteri dan 4 anaknya mati dibom ketika sedang bersarapan.


Moga umat Islam akan segera sedar dari lamunan mereka. Dihari umat terjaga dan bangkit, pastinya penderitaan umat Palestin selepas peristiwa An-Nakbah sehingga ke hari ini akan segera berakhir. Ameen.




Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
Naib Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Inijalanku

Wednesday 23 April 2008

Jom Camping

TEMA PERKHEMAHAN :

“ REALISASI INSAN CEMERLANG ”

Tarikh : 24 & 25 Mei 2008

Air Terjun Gunung Pulai

Peserta : Pelajar lelaki tingkatan 1- 6

Yuran RM 25.00 seorang

DIAKHIR PROGRAM,DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :

1.Memahami 3 persoalan asas kehidupan insan.

2.Mendapat motivasi dan petua-petua menjadi Insan Cemerlang.

3.Memanfaat cuti persekolahan dengan program yang berfaedah.

4.Memupuk Ukhuwwah sesama peserta.


Tuesday 8 April 2008

Tulisan Prof. Dr. Husayn Shahatah, 29 Mei 2002

Petikan dari Blog Ustaz Fauzi :

http://satuperkongsian.wordpress.com/
Photobucket

Mampu, Tetapi Tidak Membantu

Ummat Arab dan Islam memiliki kekuatan ekonomi yang besar. Antaranya minyak, harta, pasaran dan sumber manusia. Tetapi malangnya kekuatan ekonomi ini dipergunakan untuk kepentingan Israel dan Amerika, iaitu bagi menindas saudara-saudara kita di Palestin dan Afghanistan.

Antara bukti yang menunjukkan demikian ialah:

a) Negara-negara Arab dan Islam membekalkan minyak kepada Israel bagi menggerakkan kapalterbang, kereta kebal dan kereta perisai perang lain bagi menentang saudara-saudara kita di Palestin. Minyak yang diperolehi oleh Israel daripada bangsa Arab memang digunakan secara nyata untuk memenuhkan kelengkapan mereka sebagai pihak musuh, sedangkan sepatutnya kekuatan itu digunakan untuk menghalang kezalimannya.

b) Negara-negara Arab dan Islam juga membekalkan minyak kepada Amerika yang digunakan bagi membuat senjata yang digunakan untuk membunuh saudara-saudara seIslam kita di Palestin dan Afghanistan yang tidak mempunyai sebarang senjata… Bukankah ini yang sememangnya berlaku? Apa yang lebih mendukacitakan kita ialah negara-negara tersebut enggan untuk membuat kenyataan walaupun secara tidak langsung untuk menggunakan senjata tersebut terhadap Amerika agar ia berhenti daripada memberikan bantuan kepada Israel.

c) Kebanyakan wang dan harta kekayaan negara-negara Arab dan Islam yang kaya raya dilaburkan di dalam bank-bank Amerika, England dan Eropah bagi memperkukuhkan ekonomi mereka, sedangkan mereka adalah sekutu rapat bagi Israel. Apa yang lebih menyedihkan kita ialah negara-negara Islam yang kaya itu amat bakhil untuk menggunakan kekayaan mereka bagi memberikan bantuan kepada negara Arab dan Islam lain yang miskin. Nampaknya kekayaan orang-orang Arab dan Islam hanya untuk musuh-musuh orang Arab dan Islam! Bukankah ini suatu kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi? Belumkah tiba masanya kekayaan orang-orang Arab dan Islam digunakan bagi membantu para mujahidin yang berjuang pada jalan Allah di seluruh pelusuk dunia?

d) Seluruh pasaran negara-negara Arab dan Islam terbuka luas untuk dimasuki oleh barangan buatan Israel dan Amerika. Dalam masa yang sama, kita dapati imbangan perdagangan yang berlaku antara sesama negara Islam tidak melebihi 7% sahaja, selebihnya perdagangan berlangsung dengan negara asing. Ini bermakna, kekayaan bangsa Arab dan ummat Islam digunakan bagi membeli barangan yang kebanyakannya daripada negara-negara yang memusuhi Islam dan ummatnya.

e) Majoriti negara Arab dan Islam mengutamakan untuk melakukan dagangan dengan para pakar dan penasihat asing yang kebanyakan mereka datang dari Amerika, meskipun sudah ada alternatif di negara Arab dan Islam. Inilah yang dikenali sebagai penyakit ‘Uncle Sam’. Bahkan kadang-kadang kita dapati Liga Negara-negara Islam lebih mengutamakan guru mereka yang berbangsa Amerika daripada guru mereka yang berbangsa Arab dan Islam!! Meskipun guru yang berbangsa asing itu terpaksa diberikan gaji yang berlipat kali ganda jauh lebih tinggi daripada gaji yang diberikan kepada guru yang berbangsa Arab.

f) Sesetengah golongan bodoh daripada kalangan ummat Arab dan Islam lebih suka untuk membelanjakan harta mereka dalam perkara sia-sia dan maksiat. Tetapi apabila diminta daripada mereka agar memberi sedikit sumbangan pada jalan Allah, mereka enggan dan menolak!! Pernah berlaku, seorang berbangsa Arab mewasiatkan agar sebahagian besar daripada hartanya diberikan kepada anjing-anjing yang berada di Amerika!

Inilah realiti jihad ekonomi di kebanyakan negara Arab dan Islam. Kekayaan mereka telah menjadi umpama hidangan enak yang direbuti oleh negara-negara lain yang membenarkan sabda Rasulullah saw yang bersabda maksudnya:

“Hampir-hampir seluruh bangsa menerkam kepada kamu sebagaimana orang-orang yang mahu makan menerkam kepada hidangan mereka.” Para sahabat bertanya: “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Tidak. Bahkan kamu pada waktu itu ramai, tetapi kamu adalah buih seperti buih bagi air banjir. Allah akan membuang perasaan takut daripada hati para musuh kamu dan Dia akan mencampakkan al-wahn ke dalam hati kamu.” Para sahabat bertanya lagi: “Apakah al-wahn itu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Cintakan dunia dan bencikan kematian.” (Muttafaq ‘alaih)

Ramalan baginda saw sememangnya telah berlaku dalam realiti bangsa Arab dan ummat Islam kini. Ketika Israel membunuh orang Palestin, meruntuhkan rumah dan merampas tanah mereka, kita dapati sesetengah orang Arab dan Islam lain yang hidup dalam kemewahan, pembaziran, hiburan dan bersuka ria. Mereka menghabiskan masa mereka dalam istana yang tersergam dan dilengkapi dengan pendingin hawa yang hebat. Mereka telah ditimpa penyakit hati dengan sebab kerosakan dan kemaksiatan yang mereka lakukan. Mereka akan dihitung oleh Allah dengan perhitungan yang dahsyat bahkan akan mengazab mereka dengan azab yang pedih.

Siapa Yang Melakukan Jihad Ekonomi Sekarang?

Ia dilakukan oleh golongan fakir dan miskin daripada kalangan mereka yang dihiasi hati mereka dengan keimanan oleh Allah swt. Allah mengurniakan kepada mereka kecintaan untuk berjihad demi mencapai kemenangan atau kesyahidan. Jelas di hadapan kita pada hari ini, bahawa bangsa-bangsa Arab dan ummat Islam yang fakir dan miskin serta tertindas itulah yang bangkit melakukan jihad ekonomi. Kita dapati kebanyakan sumbangan derma yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan dan Checen diperolehi daripada golongan fakir dan miskin. Sumbangan derma ini diuruskan oleh beberapa jawatankuasa, institusi dan badan kebajikan bukan kerajaan di kebanyakan negara, termasuk di negara-negara bukan Islam.

Golongan miskin ini berkorban dengan makanan anak-anak mereka demi menghulurkan bantuan makanan buat saudara-saudara mereka di Palestin. Bahkan ada kaum muslimah yang kesemua barangan perhiasan dan hartanya. Ada juga pemuda Islam yang mendermakan perbelanjaannya yang amat diperlukan. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan berderma dengan wang simpanan mereka. Mereka didorong berbuat demikian oleh kekuatan iman dan keinginan untuk berlumba-lumba memperolehi kelebihan ganjaran pahala jihad. Mereka patuh kepada firman Allah yang bermaksud:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali ‘Imran: 133)

Mereka juga patuh kepada sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang pada jalan Allah, (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang.” (Muttafaq ‘alaih)

Photobucket

(Prof. Dr. Husayn Syahatah)

bersambung (beberapa kekeliruan sekitar jihad ekonomi) ………

Friday 21 March 2008

Karnival Futsal ISMA JB



Khamis, 20 Mac 2008. Sempena menyambut perayaan Maulid Rasul pada kali ini, satu Karnival Futsal anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor Bahru dengan kerjasama Kelab Remaja ISMA dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) telah diadakan di Dataran Riadah Taman Pulai Utama.
Penyertaan sebanyak 13 pasukan remaja dari sekitar Skudai, Senai, Sg Renggam serta pasukan jemputan dari Melaka telah mengambil bahagian dalam kategori remaja dengan dijuarai oleh pasukan Melaka.Sementara 8 pasukan dari institut pengajian tinggi seperti UTM Skudai, Uitm Johor Bahru, YPJ, MMU mengambil bahagian dalam katogeri Belia dan dimenangi oleh pasukan UTM Skudai.
Pengarah Projek Karnival Futsal, En Wan Asri berpuashati dengan perjalanan program yang julung kali diadakan ini yang berjalan dengan lancar bercadang untuk menjadikan acara tersebut sebagai aktiviti tahunan bagi menarik minat remaja dan belia melakukan aktiviti yang sihat tersebut terutamanya bagi masyarakat Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.

http://www.youtube.com/watch?v=CL0HNMC2DhM
http://www.youtube.com/watch?v=BjglWZ-TjTo

Wednesday 20 February 2008

Karnival Futsal ISMA Johor Bahru

Monday 21 January 2008

Kem Lepasan SPM 2008

http://krimterengganu.files.wordpress.com/2008/01/pamplet-lepasan-spm2.jpg

Tarikh: 1-3 Feb 2008

Tempat: Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam

Peserta: Pelajar yang menunggu keputusan SPM

Yuran: RM 50.00 shj.

Maklumat Lanjut: Sila Klik di sini

Surat Kebenaran Ibubapa /penjaga klik di sini

Monday 14 January 2008

Kejohanan Futsal Pulai Utama




Pasukan ISMA Johor berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam kejohanan Futsal Pulai Perdana pada 13 Jan 2008.

Mukhayyam Zon Selatan 2007



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.