.

Thursday, 26 May 2011

Tragedi Hitam Deir Yassin

Adakah anda tahu?

(Tragedi hitam Deir Yassin dalam kenangan)

Sudah menjadi kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media proksi Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, sudah terlalu banyak kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan antarabangsa. Tragedi Deir Yassin yang berlaku 63 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Peranan Syiah dalam kebangkitan di Bahrain

Keadaan di Bahrain semakin panas. Protes anti-kerajaan mewarnai bandar-bandar utama Bahrain. Terbaru, 9 anggota polis cedera teruk akibat dirempuh oleh kereta yang dipandu laju oleh penunjuk perasaan. Di mahkamah pula hakim telah menjatuhkan hukuman mati kepada empat penunjuk perasaan dan hukuman penjara kepada tiga yang lain atas kesalahan membunuh 2 anggota polis.

Cegah Konsert MTV di i-City, Shah Alam

Rakyat Malaysia, terutama umat Islam yang hidup dengan panduan Al-Quran adalah diseru untuk membantah keras penganjuran Konsert MTV di i-City, Shah Alam pada bulan Julai ini. Ini adalah kerana konsert tersebut seperti konsert-konsert ala Barat yang lain mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran dan syariat Islam seperti pendedahan aurat, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, kata-kata yang tidak selari dengan disiplin Syarak serta meleka dan melalaikan umat Islam dari agenda-agenda utama yang mesti mereka tangani seperti menunjukkan teladan yang ulung kepada umat dan bangsa lain serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk rantau dan dunia.

Tuesday, 24 May 2011

Kenali Panglima Izzuddin al Qassam

Adakah anda mengenali Izzuddin al Qassam ?

Nama lengkap beliau adalah Muhamad Izzuddin Abdul Qadir al Qassam. Dilahir pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafal al-Quran. Dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di sana dia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telahpun gigih melakukan usaha dakwah.

Apabila si ayah pergi…


(Gambar hiasan)

Senario A

Si anak A dan adik beradikmya meminta bantuan jiran bagi menguruskan jenazah ayahnya. A dan adik-adiknya yang tampak mewah dan berpendidikan tinggi sibuk berbincang urusan kerjaya dan ada yang bersembang-sembang santai mengenai urusan hidup masing-masing. Walaupun air muka nampak sedih dengan kehilangan arwah ayahnya, sambil merokok A tekun memikirkan bagaimana untuk membahagikan harta-harta peninggalan awah ayahnya.

Ketika Imam dan penduduk taman sibuk bersolat jenazah, A dan adik-adiknya terus duduk berbua-bual kerana solat adalah sesuatu yang janggal untuk mereka adik beradik. Sebelum Imam berangkat pulang maka A menyerahkan sejumlah wang kepada Tuan Imam untuk dibahag-bahagikan kepada Tuan Bilal, Siak dan AJK yang membantu menyempurnakan jenazah ayah mereka. Tidak mengejutkan apabila harta peninggalan ayah menyebabkan mereka berselisih dan terpaksa bertemu di mahkamah kerana tidak puas hati di antara satu sama lain. Lebih menyedihkan apabila ibu yang uzur dianggap sebagai bebanan kerana masing-masing tak berkesanggupan untuk menjaganya….

Senario B

Sebaik sahaja ayahnya menghembuskan nafasnya yang terakhir, B dan adik-adiknya terus memanggil saudara-mara dan AJK Masjid untuk memberitahu bahawa ayah yang disayangi telah pun pergi buat selamanya. Dengan perasaan sedih, B bersama adik-adiknya membantu Tuan Imam apa yang mereka boleh.
B bersama adik-adiknya turus sama bersolat dan mendoakan agar ayahnya dikurniakan syurga Firdausi atas pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini kepada ibu yang juga telah uzur serta mereka 6 beradik. Oleh kerana B tidak mempunyai pengalaman bagi menguruskan harta peninggalan arwah ayahnya, maka B telah melantik seorang kenalannya seorang peguam syarie bagi membantunya…..

Senario C

Di saat ayahnya terlantar sakit, C dan kesemua adik-adiknya telahpun berkumpul di rumah tanda kasih dan sayang yang teramat sangat walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya mereka. Ayahanda yang sedang nazak diurus sebaiknya disamping mereka menghubungi saudara-mara serta kenalan rapat ayahnya. Sebaik sahaja ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir, C sendiri mengetuai kerja-kerja penyempurnaan jenazah sambil dibantu oleh adik-adiknya serta Tuan Bilal.

Sebagai anak lelaki yang tua, C mengimami solat jenazah sambil diikuti oleh Tuan Imam, AJK Masjid serta saudara mara dan kenalan arwah ayahnya yang ramai yang telah memenuhi ruangan masjid. C kemudiannya mengetuai proses pengkebumian arwah ayahandanya di kawasan perkuburan dengan penuh rasa kasih saying dan keinsafan. Harta-harta peninggalan arwah ayahnya mereka uruskan sesame mereka tanpa sebarang rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Walaupun C seorang yang berjawatan tinggi dan berpendidikan sekular di luar Negara namun C mampu untuk menguruskan ehwal sedemikian dengan penuh yakin dan keinsafan. Begitu juga dengan adik-adiknya yang telah diasuh dengan didikan agama yang baik oleh arwah ayah mereka. Pak Cik & Mak Cik saudara yang lainnya memang kagum dengan anak-anak peninggalan arwah mereka…..

Sebagai ayah dan ibu, anak-anak yang bagaimanakah yang ingin anda tinggalkan ?

(Inilah bakal destinasi di kalangan kita semua….ya, kita akan bersendirian…..)

 إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena 3 perkara :

1. Sedekah jariah,
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakannya

–Hadith Riwayat Muslim


Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban

 

Perlu Kuat Kerana Hidup Akan Makin Sukar

Kehidupan kita secara beransur-ansur akan berubah. Masuk ke alam kerjaya. Ada keluarga dan anak-anak. Kenalan semakin meluas dan pelbagai ragamnya. Keperluan kewangan semakin meningkat. Tanggungjawab semakin berat. Semua pihak mula menuntut sesuatu dari kita; dari ibu bapa,anak-anak, suami atau isteri, majikan, rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Usia pula semakin menua, sekali gus menjadikan jasad tidak selincah dulu.

Sunday, 22 May 2011

Dakwah kita adalah Dakwah Cinta

               

Bila menyelami hakikat cinta, saya teringat tragedi yang menimpa sahabat lama saya Allahyarham Baharudin yang lemas bersama 3 orang anaknya sekitar awal tahun 2000an. Kami pernah bersama-sama menuntut di Australia pada tahun 1980an dan bertemu dalam program-program nasional seAustralia.

Peduli Ummah

Kenapa tarikh 12hb Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Jururawat Sedunia?

Florence Nightingale – 1820-1910 M (Tokoh Jururawat British)

Dunia barat berjaya mendapatkan tarikh ini sebagai tarikh penting bagi pengamal kerjaya kejururawatan bersempena dengan tarikh lahir Florance Nightingale. Florance Nightingale telah diwarwarkan sebagai tokoh jururawat dunia yang tersohor dan dikenali di mana-mana. Beliau telah dilahirkan di Itali pada 12 Mei 1820 sebelum bertugas di England. Anak warga British kelas atasan ini lebih dikenali sebagai ‘The Lady with the Lamp’ kerana telah bekerja gigih termasuk di sebelah malam bagi merawat askar-askar British yang luka ketika perang. Beliau juga telah mengasaskan Pendidikan Kejururawatan secara professional di St Thomas Hospital, London pada 1860 sebelum meninggal dunia pada 1910.

Friday, 20 May 2011

Teladani Tokoh Pembebasan Al Aqsa

Solahuddin al-Ayyubi –Tokoh Pembebasan Palestin


Adakah Solahuddin al-Ayyubi berbangsa Palestin? Jawapannya bukan. Adakah Solahuddin berbangsa Arab? Jawapannya juga bukan. Kenapakah Solahuddin yang bukan berbangsa Palestin dan bukan orang Arab ini telah berhabis-habisan sehingga seluruh usianya digunakan untuk pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin? Ini adalah satu soalan cepu emas yang perlu dijawab oleh kita semua.

Tarbiah Dahulu Atau Berjuang Itu Tarbiah?

Bacaan dari sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. amat penting bagi pendakwah. Sirah menerangkan kepada kita kaedah dakwah. Dengan itu kami tidak menganggap membaca dan mengkaji sirah Rasulullah s.a.w. berkali-kali sebagai satu beban tambahan bagi pendakwah. Sebaliknya ia seumpama cahaya yang menyuluh perjalanan. Semakin tinggi kefahamannya terhadap sirah, semakin mudah untuk dia berjalan di dunia dakwah.
Di sini ingin kami kongsikan kepada pembaca satu fakta berkenaan sirah Rasulullah s.a.w. yang telah ditafsirkan secara silap oleh sebahagian pendakwah. Kesilapan penafsiran ini mungkin disebabkan oleh pembacaan yang tidak meluas terhadap sirah. Jika ini puncanya, ia suatu yang mudah untuk dibetulkan kembali. Apa yang kami bimbangi adalah jika ia lahir dari sikap, pandangan dan pendekatan yang sudah terpahat dan didoktrinkan di dalam pemikiran sebelum kajian terhadap sirah. Peristiwa-peristiwa dari sirah dipilih untuk menguatkan pandangan ini. Jika ini puncanya, perkongsian terhadap topik ini mungkin agak sukar.

Thursday, 19 May 2011

Agar Keaktifan Tidak Sia-sia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saudara yang saya kasihi,

Tulisan ini saya tujukan khas buat saudara dan pembaca yang lain. Ia ditulis atas dasar nasihat kerana agama itu sendiri adalah nasihat. Walau pun sudah lama saya berfikir untuk menyampaikannya, hari ini baru hajat saya ini kesampaian. Saya juga teragak-agak adakah ini wasilah yang terbaik untuk saya sampaikan mesej saya ini. Tapi akhirnya ini jugalah wasilah yang saya pilih kerana sebahagian dari apa yang akan saya lontarkan kemungkinan berkait juga dengan ramai pembaca lain.

Sheikh Dari An Najd

Berkata Syeikh Al-Mubarakfuri dalam kitab sirahnya, Ar-Rahiq Al-Makhtum, “Setelah datang pembesar-pembesar Quraisy di Dar An-Nadwah seperti waktu yang ditetapkan, muncul di hadapan mereka Iblis berupa seorang syeikh yang sangat mulia memakai batlah dan berdiri di pintu. Mereka pun bertanya, “Siapakah gerangan syeikh ini?” Dia menjawab, “Seorang syeikh dari Najd telah mendengar tentang mesyuarat hari ini, lalu ia hadir bersama untuk mendengar apa yang kamu hendak bincangkan, boleh jadi dia ada nasihat dan pandangan yang bernas.” Mereka jawab, “Kalau begitu silakan masuk.” 

Ia semakin hampir

Melihat keputusan Pilihanraya Sarawak membuatkan ramai penganalisis menyimpulkan bahawa orang Cina kini tidak lagi akan mengundi MCA apatah lagi Gerakan tetapi sebaliknya DAP. Trend ini dijangka akan berterusan pada PRU13. Ini membuatkan Presiden MCA, Chua Soi Lek mengugut bahawa jika MCA gagal mendapat undi orang Cina pada PRU13 maka MCA tidak akan meminta apa-apa jawatan dalam kerajaan. Bererti bahawa pimpinan kerajaan akan diterajui oleh hanya orang Melayu dan India. Ini sudah pasti merisaukan pengundi-pengundi Cina kerana mereka tidak akan ada lagi wakil dalam kerajaan. Ini mungkin membuatkan mereka berpaling tadah dan mengundi kembali MCA kerana bimbang kepentingan mereka tidak terbela lagi apabila tidak ada lagi wakil dalam kabinet. Suasana ini sangat tidak disenangi oleh DAP.

Polis perlu segera dedah identiti pelaku video seks – Ustaz Abdullah Zaik

 بسم الله الرحمن الرحيم

Saya ingin membuat kenyataan mendesak Ketua Polis Negara agar mengumumkan identiti pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika analisa pakar telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk pakar dari Amerika Syarikat dan polis sudah mengenal pasti pelaku tersebut, kami mendesak agar pihak polis segera mengumumkan identitinya kepada umum.

Sikap pihak polis yang tidak mengumumkannya akan menyebabkan teka-teki berterusan dalam masyarakat. Ini tidak baik untuk kesejahteraan pandangan umum. Tujuan kami membuat desakan ini adalah untuk menamatkan fitnah dan membersihkan nama orang yang difitnah.

Jika sebaliknya, dan benar seperti yang didakwa, maka tindakan undang-undang boleh dilakukan ke atas mereka yang terlibat. Telah banyak desakan yang dibuat dan diharap pihak polis mengambi kira perkara ini.

Sekian.


Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

16 Mei 2011

Israel sambut 63 tahun kelahirannya dengan penuh gementar


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Monday, 16 May 2011

Sisipan berita Ramah Mesra ISMA Bersama Surau Al Huda (Sinar Harian Edisi Johor - 15 Mei 2011)

Laporan Majlis Ramah Mesra ISMA Johor bersama Surau Al Huda di Sinar Harian Edisi Johor pada 15 Mei 2011..

Saturday, 14 May 2011

Semangat Palestin menyala di Sheffield

SHEFFIELD – “Perjuangan mesti diteruskan di dalam apa jua keadaan,” begitu kata-kata Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin, perunding Aman Palestin semasa Program Road Show Palestin yang bertemakan Mencari Jiwa Sehebat Salahuddin (Searching for Salahuddin: SOS) di sini.

Tiada protes keganasan

SHAH ALAM - Kes pembunuhan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden oleh tentera Amerika Syarikat dikutuk masyarakat Islam antarabangsa dan NGO Islam.

Bukan agenda utama ISMA satukan UMNO dengan PAS

BANDAR BARU BANGI, 12 Mei – “Penyatuan dan persepakatan antara pihak UMNO dan PAS bukanlah agenda utama dalam perjuangan ISMA”.

Thursday, 12 May 2011

Program Fiqh Perubatan oleh I-Medik Melaka


Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin (I-Medik) Melaka & Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka dengan sukacitanya membawakan Seminar Fiqh Perubatan.

Program “The Magnificence of Ummah” bangkitkan rasa izzah


DUNEDIN – Program “The Magnificence of the Ummah” anjuran ISMA New Zealand telah membawa 25 orang peserta yang hadir menyingkap sejarah ummat Islam bermula dari penurunan manusia pertama di muka bumi ini, iaitu Nabi Adam A.S. sehinggalah kepada suasana masyarakat ummat Islam sedunia pada masa kini.
Tujuan program ini dijalankan bagi membangkitkan rasa izzah menjadi ummat Islam yang pada masa dulu pernah memegang tampuk pemerintahan dunia. Program ini juga ingin memberi daya tolak dalam diri untuk sama-sama mengembalikan kegemilangan Islam melalui pengajaran yang boleh di ambil dari kisah-kisah terdahulu.

Sumpah, Zina dan Qazaf

Dengan hebohnya isu video seks, sekarang sudah semakin ramai yang bercakap tentang sumpah, zina dan qazaf. Saya nak kongsikan sedikit panduan tentang isu ini, berkebetulan kerana saya menyentuh sedikit isu-isu tersebut malam tadi di surau.

Berita Seminar Obor Kasih di Sinar Harian Edisi Johor (12 Mei 2011)

Ikuti laporan berita Seminar Obor Kasih anjuran Biro Wanita dan Keluarga ISMA Cawangan Johor di 
Sinar Harian Edisi Johor (12 Mei 2011)

Wednesday, 11 May 2011

Perlu Kuat Kerana Hidup Akan Makin Sukar

Kehidupan kita secara beransur-ansur akan berubah. Masuk ke alam kerjaya. Ada keluarga dan anak-anak. Kenalan semakin meluas dan pelbagai ragamnya. Keperluan kewangan semakin meningkat. Tanggungjawab semakin berat. Semua pihak mula menuntut sesuatu dari kita; dari ibu bapa,anak-anak, suami atau isteri, majikan, rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Usia pula semakin menua, sekali gus menjadikan jasad tidak selincah dulu.

Manhaj hidup muslim di zaman kebendaan

Dunia kini dilanda arus deras kebendaan dan ia menyelubungi segenap aspek kehidupan. Situasi dunia hari ini yang didominasi barat tidak meletakkan agenda lain dalam sistem mereka melainkan kebendaan sebagai fokus utama. Lihat sahaja corak kehidupan masyarakat barat, mereka berlumba-lumba mengejar ‘title’ siapa yang lebih kaya dan berharta, siapa yang lebih kuat berkuasa dan siapa yang lebih ternama.

ISMA sambut baik cadangan DPPP anjur Persidangan Parti Politik dan NGO

KENYATAAN MEDIA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

بسم الله الرحمن الرحيم

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) pada 5 Mei 2011 mengenai penyatuan antara UMNO dan PAS, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyambut baik dan menyokong sepenuhnya kenyataan ini. Cadangan DPPP supaya dianjurkan satu persidangan yang dinamakan “Persidangan Parti Politik dan NGO ganti penyatuan UMNO–PAS” dengan anjuran pihak NGO sangat dialu-alukan dan merupakan satu langkah awal yang bijak ke arah penyatuan umat Melayu Islam di negara ini.

Tuesday, 10 May 2011

Majlis Ramah Mesra ISMA Johor bersama AJK Surau Al Huda



SIMPANG RENGGAM - Seramai 120 orang telah menghadiri program Ramah Mesra Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dan ahli qariah Surau Al Huda di sini hari ini. Program bersama masyarakat secara bulanan yang julung kalinya diadakan ini dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Sosial ISMA Johor dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM), Simpang Renggam.

Monday, 9 May 2011

Sokongan ISMA kepada Kenyataan Pemuda PAS

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

KENYATAAN MEDIA 

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) pada 5 Mei 2011 mengenai penyatuan antara UMNO dan PAS, IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) menyambut baik dan menyokong sepenuhnya kenyataan ini.  Cadangan DPPP supaya dianjurkan satu persidangan yang dinamakan “Persidangan Parti Politik dan NGO ganti penyatuan UMNO – PAS” dengan anjuran pihak NGO sangat dialu-alukan dan merupakan satu langkah awal yang bijak ke arah penyatuan umat Melayu Islam di negara ini.

Saturday, 7 May 2011

ISMA kecam sikap keterlaluan AS

SEREMBAN - Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden bukan satu jaminan keganasan sudah berakhir. Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban, Ustaz Mohd Azizee Hasan mengecam tindakan dilakukan Amerika Syarikat ke atas Osama itu.

Malah, katanya, ketiadaannya juga bukan mampu mengembalikan keamanan kepada masyarakat dunia seperti mana yang dicanangkan. Ikuti ulasan lanjut Ustaz Azizee di bawah.

Sinar Harian, 5 Mei 2011

Sumber : Web ISMA Pusat

Kenyataan Media PEMBELA 4 Mei 2011

Timbalan Presiden ISMA (dua dari kiri) di sidang media PEMBELA.

PEMBELA mengumumkan bahawa suatu program yang bertujuan menghimpun seramai mungkin wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan Islam seluruh negara akan diadakan pada hari Sabtu ini 7 Mei 2011M bersamaan 3 Jamadil Akhir 1432H bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur bermula jam 830 pagi.

Perhimpunan ini dianjurkan untuk mengukuhkan kerjasama dan rangkaian di antara pertubuhan-pertubuhan berorientasi dan beraspirasikan Islam agar suara umat Islam akan lebih dihormati dan didengari oleh semua pihak terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan kedudukan Islam dan umatnya.

Akhir-akhir ini, PEMBELA merasakan terdapat percubaan dan usaha berterusan dan terancang sesetengah pihak untuk mempertikaikan kedudukan Islam dalam pentadbiran, undang-undang dan perlembagaan negara. Agama Islam yang merupakan agama negara dan salah satu paksi pembinaan negara bangsa Malaysia cuba hendak disama tarafkan dengan agama-agama lain. Sering kali cuba ditimbulkan gambaran bahawa penganut agama lain dizalimi dan menghadapi mangsa penindasan yang di luar batas di negara ini. Islam dan umat Islam cuba dipakaikan dengan imej yang sehodoh mungkin dan cuba dipersalahkan agar tunduk lemah dan mengalah.

Atas kesedaran itu, PEMBELA berharap untuk mengumpulkan wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan Islam kecil dan besar, termasuklah wakil-wakil masjid dan surau, persatuan mahasiswa dan pelajar, persatuan kakitangan Islam pejabat dan syarikat dan seumpamanya untuk menggembeling tenaga dan fikiran untuk bersama-sama menangani isu berkaitan Islam di negara kita.

Sumber : Web ISMA Pusat

Iktibar dari Sejarah

Sejarah silam tidak tercipta sebagai wadah pameran atau sekadar satu bentuk ilmu yang mengagumkan, tetapi merupakan sunnatullah (ketetapan Allah) terhadap peredaran alam ini, agar manusia mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlalu. Sejarah yang telah berlalu mengajar manusia akan sebab dan musabab berlakunya sesuatu peristiwa, dan dengan pengamatan yang mendalam terhadapnya, manusia dapat melalui hari-hari mendatang dengan lebih cemerlang. Banyak ayat-ayat Al-Quran menyeru manusia agar melihat sejarah yang telah berlalu dan berfikir, terutamanya berkenaan kisah-kisah kaum yang pernah mendiami bumi di suatu masa dahulu.

Friday, 6 May 2011

Hanya kerana UKHWAH

bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
tiada ungkapan yang lebih pantas diungkapkan sebagai tanda syukur kepada Allah.
Dia yang telah mengatur dan merencana segala pentarbiyahan buat diri ini.
mengatur perancangan yang cukup baik, tiada cacat cela.
merencana agenda yang cukup hebat, lengkap dan sempurna.
Sungguh, tiada perancang yang lebih hebat berbanding Dia Yang Maha Kuasa.

baiklah, post kali ini berkisarkan tentang sebuah ekspedisi kehidupan yang telah saya harungi bersama-sama para sahabat yang cintakan tarbiyah dan ilmu dari Ilahi. post ini dihasilkan khas buat para pengunjung laman ini sebagai satu perkongsian khazanah ilmu yang telah saya peroleh.

Keberadaan kita di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah untuk hambaNya yang kerdil ini setelah mengecapi nikmat Iman dan Islam. Cuba perhatikan di sekeliling kita, adakah ikhwah/akhawat kita sekarang merupakan kawan sekolah rendah kita dulu? Adakah juga kenalan sewaktu sekolah menengah dulu?
Kalau diri saya, jawapannya ‘tidak ada’. Kawan seuniversiti, Insya Allah ada, tetapi, thabatkan kita dalam menelusuri bait-bait perjuangan Rasulullah ini? Personally, saya rasa bersyukur diperkenalkan pada jalan dakwah ini kerana saya sedar, jalan ini tidak dapat diperolehi melalui keturunan, status, harta yang bertimbun mahupun ilmu yang banyak.

Gambar hiasan
(As-Sheikh Ismail Haniyyeh, PM Palestin sedang mengimamkan solat hari raya),
gambar ihsan www.amanpalestin.net

Tetapi, ia adalah kurniaan Allah swt kepada hambaNya yang terpilih untuk memikul tanggungjawab ini. Jadi, nikmat ini tidak perlu dipandang rendah atau diperlekehkan. Saya perlu bekerja keras untuk menjaga dan memelihara nikmat yang agung ini agar ia tidak hilang dari kehidupan saya dan keluarga saya. 

Saya mengenali jalan dakwah ini semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Alhamdulillah sehingga kini, masih berada dan bersama ikhwah/akhawat dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini. Dan harapan saya, agar ianya kekal sehingga kematian menjemput saya nanti. Amin. Dalam tempoh lebih kurang 10 tahun ditarbiyyah dan berdakwah, banyak pengalaman yang ditimba, ilmu yang dipelajari dan tidak lupa juga pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya tempuhi, ada kalanya saya Berjaya melawannya dan ada kalanya saya kalah pada cabaran dan emosi dalam menghadapinya.

Namun, bila menyedari hakikat ini, saya rasa tidak sepatutnya saya meninggalkan jalan ini dek kesibukan belajar as a master student Kenapa ujian yang datang ketika ini tidak mampu saya tangani? Patutkah saya menggadaikan keringat, masa dan wang ringgit yang telah saya laburkan 10 tahun yang lalu demi cabaran hari ini? Jawapan saya, memang tak patut, dan oleh itu, walau apa pun cabaran dan masalah yang melanda diri, keluarga dan karier, Insya Allah, saya akan terus bersama ikhwah/akhawat dalam perjuangan ini.

Saya tak dapat bayangkan kehidupan saya dan keluarga jika tiada tarbiyyah yang mewarnainya. Rasa ‘plain’ je hidup ini jika tak ada input tarbiyyah. Mesti hanyut dalam ragam manusia hari ini yang berkiblatkan barat dan semakin jauh dari nilai-nilai Islami. Nau’uzubillah.

Dan dengan kesedaran itu saya perlu thabat dan bekerja keras lagi mengajak insan-insan di luar sana untuk bersama-sama di dalam medan dakwah dan tarbiyyah ini. Sebab, dengan jalan inilah,terbukti mampu membawa seseorang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Betul, bekerja itu pun merupakan ibadah, mesti diganjari pahala.

Tetapi, setakat mana bekerja itu ibadah sedangkan di dalam hati asyik merungut dan rasa diri bagaikan dipaksa-paksa bila diberi kerja menggunung? Susah bila diri tidak intima’ dengan jemaah. Hati selalu dikotori oleh sikap nafsu yang rakus dan dunia dijadikan tujuan yang utama dalam kehidupan kita. Sebaliknya, bila berada dalam system tarbiyyah, wajib hadir usrah sebab di sana, Insya Allah, akan membersihkan hati-hati yang dikotori oleh nafsu dan hubb dunia.(edit dr ismakelantan)


Ukhuwah ?
tak banyak yang ingin saya coretkan.
yang paling utama ialah ;

Seandainya hati-hati bertaut keranaNya, segalanya akan terasa indah, manis dan luar biasa..
walau ujian yang buruk menjelma,
walau dugaan yang pahit menerpa,
walau cabaran yang biasa menimpa.

ya, semester ni terasa bagai dilanda krisis ukhuwah. Proses ziarah yang satu ketika dulu gencar dan menyeronokkan menjadi makin berkurang,asing dan tawar.. Alhamdulillah,menjelang penghujung semester Allah bukakan dan terangkan hati kami untuk mencari-cari penyelesaiannya. Dan Allah jualah yang memberi ilham itu kepada kami agar krisis ini bisa di lenyapkan secepatnya. Hasilnya, krisis itu... :) Inshaallah

dan ya, saya menjadi semakin kuat kerana kuatnya ukhuwah dan tautan hati bersama seorang sahabat kerana Allah. mudah-mudahan ukhuwah kami mendapat keredhaan dan keberkatannya, dan dirahmati sehingga ke syurga abadi dan hakiki. amiin.


dan ya, saya kian memahami erti ukhuwah dan bersahabat keranaNya gara-gara persahabatan yang sering mengingatkan dan mengajar saya tentang itu. saya gerenti, dengan bersahabat hanya kerana Allah yangg Maha Mencipta lagi Maha Kuasa.. diri takkan terasa lemah kerana ada yang menguatkan sentiasa. diri takkan terasa sendiri kerana ada yang menemani selalu. diri takkan terasa hina kerana ada yang memuji dan merasionalkan diri seperti biasa.

ehm. seandainya saya diberikan masa 1 hari untuk berbicara tentangg ukhuwah dan persahabatan, saya tak yakin tempoh itu cukup. kerana apabila berbicara tentang topik ini, banyak perkara yang perlu dan penting untuk dibincangkan. namun, saya tidak punya banyak masa. cukuplah kiranya point utama yang telah saya kongsikan. semoga bermanfaat :)

Sumber : Tinta Iman

Jelajah Usahawan Dirancang: Generasi Hebat


Sumber : ISMA Web

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi

Sehari dua lepas umat Islam seluruh dunia menyambut baik akan keputusan Fatah dan Hamas untuk bersatu. Walaupun kita tidak tahu adakah ia akan sampai ke penghujung atau tidak namun berita ini tetap disambut dengan sujud syukur oleh masyarakat Islam antarabangsa. Apa tidaknya, kalaulah dikira perbezaan ideologi politik maka sudah tentu ia sesuatu yang mustahil. Yang satu fahaman nasionalis dan baik dengan Amerika dan Israel manakala yang satu lagi fahaman Islam yang menjadikan Amerika dan Israel musuh utama.  Namun kebangkitan rakyat di negara Arab memberi kesan dalam pandangan politik mereka yang mendesak mereka untuk besatu demi kepentingan bangsa dan agama.

SKBA 2011 beri pendedahan kepada bakal pelajar di Bumi Anbiya’


KUALA SELANGOR, 5 Mei - Seramai 40 orang pelajar yang bakal bergelar mahasiswa dan mahasiswi di Timur Tengah telah menghadiri satu program persediaan anjuran Sekretariat Antarabangsa ISMA (SEKTAR) pada 29 April hingga 1 Mei yang lalu.

Pendirian terhadap pembunuhan Osama bin Laden

Usamah bin Laden

Dunia telah merasa dan umat Islam sendiri telah banyak merana akibat serangan media antarabangsa yang sengit kearah mengaitkan Islam dengan keganasan (terrorism), menyifatkan umat Islam sebagai pengganas dengan mengaitkan Peristiwa 11 September dengan Tanzim Al-Qaedah.

Thursday, 5 May 2011

Politik lucah tidak mengenal Syarak

Apabila isteri Rasulullah saw, Aisyah ra dimarahi oleh bapanya, Abu Bakar As-Siddiq ra kerana menyebabkan kelewatan rombongan Sahabat ra pulang ke Madinah, tiada siapa menduga bahawa sebaliknya peristiwa itu adalah rahmat untuk umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Pada Abu Bakar ra, rombongan harus segera bergerak dan tiba di Madinah kerana waktu solat hampir tamat sedang mereka sudah ketiadaan air dalam perjalanan untuk berwudhuk. Tiba-tiba Allah swt menurunkan ayat Tayammum menyebabkan kita pada hari ini mempunyai pilihan yang sangat senang ketika ketiadaan air untuk berwudhuk. Terima kasih kepada Aisyah ra!

Fatah dan Hamas tandatangani perjanjian damai di Kaherah


28 April 2011 - Dua organisasi terbesar Palestin, Fatah dan Hamas telah mengumumkan dalam sidang akhbar yang diadakan bersama di Kaherah bahawa mereka telah menandatangani perjanjian damai antara keduanya setelah perbincangan diteruskan selama sebulan lebih, hal tersebut telah disahkan oleh ahli Jawatankuasa politik Hamas, Mousa Abu Marzouk dan ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Azzam Al-Ahmad.

Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia

Assalamualaikum wbt,

Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Kenapa Kita Perlu Rasa Risau Sekarang?

Ingin saya kongsikan dengan pembaca apa yang saya rasai sekarang ini. Perasaan ini mungkin telah pun dikongsi bersama oleh ramai yang lain kerana kelihatannya ramai juga yang menulis meluahkan perasaan yang sama. Apabila ramai yang rasa begitu, saya makin yakin bahawa kita sememangnya perlu betul-betul risau sekarang ini.

Budaya Barat serang sekolah-sekolah Malaysia

Melalui Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Islam di sekolah-sekolah mereka.

Disamping Budaya Barat menyerang golongan belia dan dewasa di Malaysia melalui penyebaran isu-isu lucah sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak dan remaja pula diserang melalui penganjuran tarian rock, pengadilnya celebriti dari Barat. Tarikh tutup pendaftaran “My School Rocks”  pada 20 Mei 2011 ini adalah menggunakan promosi ala-Mickey Mouse yang mendapat tempat dalam minda ramai kanak-kanak sedunia.

Sunday, 1 May 2011

SEMINAR ANAKKU SOLEH ANAKKU CEMERLANG


Kanak-kanak merupakan anugerah Allah yang sangat berharga buat ibu bapa. Anak-anak juga merupakan amanah daripada Allah SWT yang perlu dijaga dan dididik dengan sempurna agar dapat berbakti dan mendoakan ibu bapanya di alam barzakh nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.