.

Sunday 12 June 2011

Liku-Liku Kehidupanku

Oleh : Syed Mohd Aizuddin Bin Tuan Sembak, Jurutera Pengajar, ILP Kangar (Perlis)


 Hampir 2 tahun aku menamatkan pelajaran sambil memegang segulung ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dari UTM kelas kedua tinggi. Walaupun tidak mencapai ijazah kelas pertama, aku tetap puas dan syukur kerana dapat memanfaatkan kehidupanku sebagai seorang yang berdakwah di universiti selain menjadi seorang mahasiswa yang teguh menuntut ilmu.

Teringat satu sms yang dikirim oleh seorang ikhwah yang tika itu telah menjadi seorang tutor di UTM. “No matter what class you  graduate with, InsyaAllah you are always 1st class in the view of Allah when you are doing ‘dakwah’”. Satu sms semasa konvokesyenku yang menyebabkan diriku rasa sangat mulia di sisi Allah walaupun tidak mencapai ijazah kelas pertama sepertimana rakan yang lain. Langsung aku teringat firman Allah dalam kalam al-quran yang mulia “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan..(41:33)”.

Bagi kebanyakkan orang, hari konvokesyen adalah hari peringatan dalam pembelajaran dan kejayaan mengharungi menara gading sahaja, tetapi bagi seorang pencinta dakwah sepertiku, ia lebih daripada itu. Kerana laluan yang aku lalui lebih ‘susah’ untuk mendapatkan segulung ijazah kerana kesibukan hari minggu dan hari biasa yang penuh dengan kerja dakwah, buat usrah sana sini. Alhamdulillah syukur, hingga kini aku sudah berkeluarga dan bakal menimang anak kedua November ini namun masih lagi istiqomah dalam dakwah.

Hidupku memang tidak boleh dipisahkan dengan usrah dan dakwah kerana usrah inilah yang membentuk keperibadianku. Aku terpaksa membahagikan masa dengan betul dan sangat merasakan bernilainya masa tika itu kerana cintaku terhadap usrah dan dakwah.

Aku lihat banyak pendakwah ketika di alam belajar kadang-kadang melemah disebabkan banyak faktor. CGPA jatuh, penat, anak usrah lari, keluarga tidak beri izin dan sebagainya. Ada juga yang giat berdakwah ketika belajar, namun meninggalkan dakwah ketika selesai belajar kerana tertekan masih belum mendapat kerja dan ada pula yang meninggalkan dakwah ketika masuk ke alam pekerjaan. Aku merasakan semua itu adalah ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana kita bersabar atas ujian tersebut. Kita semua akan diuji, lebih-lebih lagi orang beriman seperti firman Allah dalam surah dalam surah al-Ankabut, “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja hanya dengan mengatakan ‘Kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?(29:2-3)” Kita akan terus diuji dari hari ke hari.

Aku juga pernah diuji ketika pengajian sarjanaku di UTHM tidak mendapat tajaan mana-mana pihak sepertimana yang dijanjikan. 5 bulan aku berusaha bersama-sama isteri yang sarat mengandung tika itu mencari rezeki untuk meneruskan pengajianku dan kehidupan kami. Tanpa mengira rasa malu, aku menjaja roti, kurma dan nasi lemak buatan isteriku ke bilik-bilik pelajar UTHM di waktu malam demi mencari rezeki. Sahutan “nasi lemak, nasi lemak” tepat jam jam 11 malam di kolej Tun Syed Nasir bersama seorang ikhwah UTHM, mengingatkan daku kepada memori lalu. Pernah jua tertidur di bilik TV kolej kerana keletihan. Paginya meneruskan pengajian seperti pelajar yang lain kerana nekadku untuk menjadi seorang pendidik. Berkat kesabaran dan doa di waktu dhuha yang tidak pernah putus, sampai jua masanya untuk aku menjadi pendidik. Perlu kita yakin, Allah pasti akan memberi rezeki kepada hambanya yang beriman dan berdakwah cuma kita perlu banyak bersabar, berdoa dan terus berusaha. 

Maka, coretanku ini bertujuan menasihatkan kalian yang masih di alam pembelajaran dan yang telah selesai belajar supaya jangan pernah rasa rugi dalam berdakwah. Bersabarlah, teruskan berusaha dan berdoa ketika diuji. Kalian adalah generasi muda yang bakal mencorak masa depan umat Islam. Kalian harapan bangsa dan umat. Jadilah kalian insan yang akan mulia dengan dakwah di padang mahsyar kelak. Ikhlaskan niat, luruskan tujuan, tetapkan matlamat…Allahu ghoyatuna!!

2 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.