.

Tuesday 14 June 2011

Marahkan nyamuk kelambu dibakar

Dalam meniti kehidupan ini kita semua tidak boleh lari dari membuat kesilapan samada secara sedar ataupun tidak. Itu adalah hikmah yang hanya Allah mengetahui kebaikannya. Sebab itu diadakan saranan untuk sentiasa beristighfar moga dengan itu dosa-dosa yang kita lakukan dapat diampunkan oleh Allah swt.


Apabila bercakap pasal kesilapan ini, ada kesilapan yang besar dan ada kesilapan yang kecil. Selagi kesilapan itu tidak menjejaskan aqidah maka sebagai mukmin kita harus berlapang dada dan berusaha untuk membaiki dengan segala kemampuan yang ada. Punca kesilapan ini juga pelbagai, ada kerana desakan ekonomi rumahtangga, ada disebabkan dorongan merebut kekuasaan, ada disebabkan desakan kawan-kawan sekelililng, ada disebabkan dorongan nafsu serakah, ada juga disebabkan faktor suasana sekeliling.

Tidak ada seorang pun boleh mendabik dada mengatakan bahawa beliau tidak pernah membuat dosa. Kita bukan malaikat.  Cuma dalam banyak keadaa kita melihat dosa itu hanya pada apa yang kita lihat dengan mata kasar saja seperti rasuah, menipu, mencuri, membunuh, berzina dan yang seumpamanya. Namun sedikit dari kita yang mengetahui bahawa dosa-dosa “tersembunyi” yang ada dalam diri kita itu tidak kurang bahayanya seperti takabbur, riak, ujub, bakhil dan seumpamanya. Boleh saja amalan kita terhapus dengan dosa-dosa ini dan di campakkan ke dalam neraka, nauzubillah. Selagi dosa itu tidak membawa kepada terkeluar dari islam maka sikap kita ialah cuba untuk membaikinya sedaya yang mampu.

Di Malaysia, secara umumnya umat Islam, tidak kira golongan mana atau parti mana, walau sebanyak mana pun dosa yang mereka lakukan namun mereka masih bangga dengan agama Islam. Malah mereka akan sama-sama bersatu tanpa mengira dari parti atau kumpulan mana menentang kepada mana-mana pihak yang menghina Islam. Inilah prinsip yang mesti dipegang dan dijaga oleh semua umat Islam.

Rasulullah saw pernah menegur Khalid Al Walid kerana membunuh tentera musuh yang mengucap 2 kalimah syahadah dalam satu peperangan walaupun Khalid berhujah bahawa tentera itu hanya berhelah.

Berbaik dengan pelaku dosa bukan bermakna kita redha dengan perbuatan mereka ataupun mahu bersekongkol dengan dosa yang mereka lakukan. Tetapi ke arah mengislah mereka. Ini kadangkala sukar untuk difahami oleh masyarakat.

Suasana politik

Sudah menjadi lumrah politik di negara ini segala kelemahan musuh akan digali dari buaian hingga liang lahad. Kebencian kepada musuh politik meluap-luap sehingga segala kebaikan yang ada akan diketepikan. Apa saja yang musuh lakukan semua akan ditolak dan dianggap helah politik. UMNO akan menghina janggut dan serban PAS, PAS pula akan menolak semua usaha baik UMNO. Pendek kata seolah-olah tidak ada lagi jalan pertemuan. Mereka tidak sedar sikap ini telah merugikan Islam dan Melayu. Apabila mereka dinasihati untuk bersatu maka akan keluarlah berjela-jela alasannya.

Siapa yang salah?

Bagi saya ia terletak pada UMNO.
Bagi saya kesalahan UMNO yang paling besar ialah kejayaannya menimbulkan kebencian dan kekeliruan di kalangan masyarakat Melayu Islam terhadap bangsa mereka sendiri. Rasuah, kronism, penipuan dan segala salah laku telah sebati dalam UMNO sehingga orang Melayu tidak lagi dapat menilai secara rasional hakikat perjuangan melainkan hanya sekadar ingin melihat UMNO tersungkur. Mereka tidak pernah fikir dan tak mahu fikir apa akan jadi kepada Islam dan bangsa Melayu selepasa UMNO ditumbangkan asalkan UMNO dikuburkan. Begitulah meluapnya kemarahan orang Melayu kepada UMNO. Datangkanlah apa saja kebaikan yang UMNO buat, ia tetap akan dilabelkan sebagai helah. UMNO tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri.

Namun dalam realiti politik hari ini, saya ingin mengajak orang Melayu Islam untuk berfikir sejenak dan melihat maslahat bangsa dan agama lebih dari sekadar menjatuhkan pemerintah.

Benar, tidak ada sesiapa yang setuju dengan kemungkaran yang dilakukan tetapi janganlah kita jadi seperti  kata pepatah Melayu “marahkan nyamuk kelambu dibakar”. Tidak adakah jalan penyelesaian lain?

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”


Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


Blog:
Suara Dari Gunung

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.