.

Tuesday 28 June 2011

Presiden ISMA sertai Lawatan Muhibah JKMPKA ke Sabah

Ustaz Abdullah Zaik (tengah) bersama delegasi Lawatan Muhibah JKMPKA yang lain.

KOTA KINABALU, 27 Jun – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman kini sedang menyertai Lawatan Muhibah Ahli Jawatankuasa Tetap Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) ke Sabah.

ISMA terlibat dengan JKMPKA melalui keanggotaannya di dalam Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN).

Antara agenda lawatan tiga hari ini ialah kunjungan terhadap pemimpin-pemimpin agama di negeri ini, termasuk Sahibus Samahah Datuk Hj. Ahmad Alawi bin Hj. Adnan (Mufti Negeri Sabah), Datuk Albert Vun (Sabah Council of Churces) dan Mr Wong Kon Sum (Pengerusi Pertubuhan Ugama Buddha Che Sze Lim).


Lawatan Muhibah ini diketuai oleh Urusetia Bersama JKMPKA iaitu Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan (Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan En. Wan Burhan Wan Ismail (Penyelaras ACCIN).
Turut serta ialah ahli-ahli JKMPKA yang mewakili pelbagai institusi dan badan agama di negara ini seperti JPM, ISTAC, MUAFAKAT, ABIM, PUM,  Council of Church of Malaysia, Malaysia Hindu Sangam dan lain-lain lagi.

JKMPKA telah ditubuhkan pada 2010 bagi mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara agama di negara ini demi meneruskan usaha menjalin perhubungan dan menjaga keamanan serta kestabilan sosial.

Sumber : ISMA Web

2 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.