.

Wednesday 8 June 2011

Kunjungan hormat ISMA Eropah ke Education Malaysia UK & Ireland buka dimensi baru


LONDON – ISMA Eropah telah mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia UK dan Ireland di London.
Delegasi ISMA Eropah turut disertai Dr. Zainur Rashid Zainuddin yang sedang dalam lawatannya ke United Kingdom bersempena dengan program Roadshow Palestin (RSP): Searching For Solahuddin (SOS) 2011.

Delegasi ISMA Eropah yang juga turut disertai oleh Dr. Mohd Isa Hamzah, Saudara Muhamad Iqbal Hakim Mohd Tahir dan Saudara Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib telah disambut oleh Ustaz Amar Sidque Mohd Amin, Atase Pendidikan (Bimbingan Agama) Education Malaysia UK dan Ireland.

Dalam pertemuan hampir satu jam setengah itu, beberapa perkara telah dibincangkan antara kedua-dua pihak berkisar soal penghayatan Islam dan dakwah dalam kalangan penuntut serta rakyat Malaysia di benua Eropah.

Ustaz Amar Sidque telah bersetuju untuk membantu ISMA Eropah sedaya mungkin bagi menyemarakkan lagi usaha tarbiyyah di kalangan komuniti Malaysia di sini.

Dr. Zainur Rashid ketika mengulas kunjungan bersejarah ini berkata kunjungan hormat ini bertujuan untuk membina hubungan rasmi antara ISMA Eropah dan Aman Palestin Berhad dengan pihak Education Malaysia UK dan Ireland.

“Kunjungan ini juga bertujuan untuk melibatkan Atase Pendidikan Agama dalam program-program utama ISMA Eropah”, ujar beliau.

Pihak ISMA Eropah menyetakan harapan agar hubungan baik yang telah dibina antara kedua-dua pihak dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan demi kemaslahatan komuniti Malaysia di sana.

Sumber: Laman Web ISMA Eropah

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.