.

Friday 24 June 2011

Kepelbagaian gerakan Islam hakikat yang mesti diterima


KAJANG – “Kewujudan pelbagai gerakan Islam pada hari ini adalah satu hakikat yang mesti diterima oleh aktivis-aktivis dakwah,” tegas Ustaz Abdullah Zaik.


“Keadaan ini sesuai dengan kaedah usul fiqh dan fitrah manusia yang mempunyai pendapat sendiri dalam sesuatu perkara. Bahkan hakikat ini diakui oleh Islam di mana wujudnya empat mazhab utama dalam agama dan dalam setiap mazhab itu pula ada banyak pandangan lain bagi satu-satu perkara.”

Presiden ISMA itu berkata demikian semasa menjadi salah seorang panelis forum sempena pelancaran Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) di sini pada 14 Jun lepas.

Menurut beliau, para pendakwah tidak seharusnya bersikap membolot kebenaran, yakni merasa diri sendiri sahaja yang benar dan orang lain salah, sedangkan ulama-ulama hebat seperti Imam Malik dan Imam Syafie sedia menerima pandangan orang lain yang berbeza dengan pandangan mereka.

“Penerimaan hakikat ini adalah asas penting sebelum kita boleh bercakap tentang adab-adab khilaf,” tambah Ustaz Abdullah Zaik.

Pandangan beliau ini disokong oleh Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Md Nor yang turut menjelaskan beberapa konsep penting dalam gerakan-gerakan Islam.

Presiden ABIM, Dr Muhammad Razak pula berkata keunikan yang dimiliki oleh ketiga-tiga gerakan dakwah ini merupakan satu aset yang dapat melengkapi kekurangan satu sama lain.

Beliau turut menegaskan bahawa interaksi dan kerjasama NGO-NGO terbabit tidak seharusnya terhad di kalangan pimpinan sahaja, sebaliknya perlu juga berlaku di peringkat akar umbi.

SPKGD dianggotai oleh tiga organisasi dakwah di negara ini iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM).

Sumber : ISMA Web

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.