.

Wednesday 8 June 2011

Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Qur’an

Kejadian pembentukan dan perkembangan manusia di alam rahim adalah suatu fasa yang begitu menakjubkan buat mana-mana insan yang mahu berfikir.


1-Peringkat kejadian ‘an-nutfah’ نُطْفَةً -

Ini adalah fasa persenyawaan di antara benih lelaki dan benih wanita sehingga berlakunya implantasi (embryo
mula melekat kepada rahim)


خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ  وَلَقَدْ
 
• نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ   ثُمَّ جَعَلْنَاهُ
 
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikannya air mani (yang disimpan – nutfah) dalam tempat yang kukuh (rahim).”  - surah al mukminin ayat 12-13
 
Nutfah , sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw apabila ditanya oleh seorang Yahudi mengenai kejadian manusia  : ” Manusia dicipta daripada kedua-dua, daripada nutfah lelaki dan nutfah seorang wanita ” (Diriwayatkan – Musnad Ahmad, Jilid 1, ms 465) .
 
 
 
 
 
 
Ini adalah proses perpindahan embryo sehingga berlakunya implantasi (janin melekat di rahim)
 

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita…” –Surah Al-Hujraat  : Ayat 13

2-Peringkat kejadian al’alaqah –  الْعَلَقَةَ  -
 
Fasa permulaan embrologi -(early embyogenesis) apabila organ janin yang primitif mula dibentuk.
Apakah yang dikatakan ‘alaqah ( الْعَلَقَةَ ) ?
Di dalam Bahasa Arab, ‘Alaqah ( الْعَلَقَةَ ) mempunyai 3 erti.
 
i-Yang tergantung (janin yang bergantung di dalam rahim ibunya)
 
 
ii-Lintah atau leech (janin menyedut atau mengambil makanan di dalam rahim ibu)
 
 
iii-Ketul darah – morfologi ‘alaqah seumpama ketul darah sebelum terbentuknya sistem peredaran darah yang sempurna.
 
  
 
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ 
الْخَالِقِينَ
 
Kemudian nutfah itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu (‘alaqah) Kami jadikan segumpal daging (mudghah), dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik. -Surah al-Mukminun ayat-14


Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud : “ Pada setiap seorang daripada kamu, semua bahagian (anggota) ciptaan dikumpulkan di dalam rahim ibumu dalam masa 40 hari”. -Hadith shahih riwayat Bukhari & Muslim

3-Peringkat kejadian mudghah - الْمُضْغَةَ   -


Mudghah adalah peringkat pembentukan organ yang lebih sempurna selepas fasa ‘alaqah. Mudghah bererti ‘bahan yang dikunyah’. Ini dibuktikan kebenarannya apabila kajian sains mendapati  morfologi janin pada ketika ini seolah=olah seperti kesan bahan yang dikunyah. 

Bayi berumur 8 minggu
 
 
Seluruh organ tubuh utama bayi telah terbentuk meskipun belum berkembang sempurna. Mata dan telinga mulai terbentuk. Jantung berdenyut dengan semakin kuat. Dengan ultrasound kita dapat melihat jantung janin ini berdenyut dengan agak laju.
 
Bayi ketika berusia 12 minggu
 
organogenesis – pembentukan organ-organ bayi telah pun lengkap tetapi belum matang secukupnya)
 

Panjang janin sekarang sekitar 6,5 cm dan beratnya sekitar 20 gram. Kepala bayi menjadi lebih bulat dan wajah telah terbentuk sepenuhnya. Jari-jari tangan dan kaki terbentuk dan kuku mulai tumbuh. Bayi mulai menggerak-gerakkan kaki dan lengannya, tetapi ibu belum dapat merasakan pergerakan ini.


Bayi ketika berusia 17-18 minggu 

Setelah melebihi 120 hari – (ensoulment – iaitu peniupan ruh telahpun berlaku)


Panjang janin sekarang sekitar 16 cm dan beratnya sekitar 50 gram. Dengan bantuan scan, kita dapat melihat kepala dan tubuh bayi secara lebih terperinci, kita juga dapat melihatnya bergerak-gerak. Ia menggerak-gerakkan seluruh kaki dan lengannya, menendang dan menyepak. Inilah tahap di mana kebanyakan ibu dapat merasakan gerakan bayi buat kali pertamanya.

Ketika berusia 24 minggu



Sekarang panjang bayi sekitar 32 cm dan berat puratanya 500 gram. Ibu dapat merasakan bahagian-bahgian tubuh bayi yang berbeza yang menyentuh dinding perutnya. Otot rahim ibu sekain merenggang dan kadang kala ibu mula merasakan sakit di bahagian perutnya.

Ketika bayi berusia 30 minggu



Kepala bayi sekarang sudah mula seimbang saiz dengan tubuhnya. Ibu mungkin mengalami tekanan di bahagian pernafasan dan perut. Sekarang berat bayi sekitar 1200-1500 gram dan panjangnya sekitar 40 cm.

Ketika berusia 36 minggu



Bayi sudah hampir sepenuhnya matang. Dia mula turun ke rongga tempat ibu melahirkan nya. Kulit bayi sekarang  semakin halus dan tubuhnya montok. Apabilad dia bangun, matanya terbuka dan dia dapat membezakan di antara terang dan gelap. Sekarang kepanjangan bayi sekitar 50 cm dan beratnya berkisar antara 2500 hingga 3000 gram. Ibu harus semakin bersedia untuk menyambut kedatangan si dia ke alam dunia.

Alhamdulillah, keadaan bayi yang menangis sebagaimana kebanyakan bayi, sebaik sahaja dilahirkan ke dunia.


Subhanallah, allah akbar….lahirnya seorang lagi seorang insan yang baru. Membuktikan salah satu tanda daripada jutaan tanda kebesaran Allah swt. semoga anak ini menjadi insan yang soleh dan cemerlang serta dipilih sebagai pewaris kepimpinan umat yang baru di masa depan.

Apa pandangan pakar-pakar embryology sedunia tentang hubungan ayat al Qur’an dan hadith (1500 tahun) dengan fasa perkembangan janin yang baru sahaja dibuktikan oleh sains hanya pada kurang daripada 100 tahun yang lalu.?


Prof Keith L. Moore, Professor Embryologi & Deputy Dean, Faculty of Medicine,Toronto University telah menyatakan bahawa sains telah membuktikan kebenaran ayat al Quran dan kata-kata Muhammad yang telah dilafazkan sejak lebih 1400 yang lalu. Ini bererti bahawa al Quran mestilah datangnya dari Tuhan dan Muhammad tidak berbicara berdasarkan pengetahuannya sendiri.

Professor Tajasen, Mantan Ketua Jabatan Anatomy & Embryologydi Chiang Mi College of Medicine, Thailand berkata, “ Fakta-fakta saintifik ini telah diturunkan sejak lebih 1400 tahun yang lalu yang hanya dapat dibuktikan oleh perkembangan sains moden yang terkini.” Professor Tajasen terus berucap bahawa kini telah sampai masanya untuk beliau memeluk agama yang benar iaitu Islam.

Rujukan :

1-A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam – I.A. Ibrahim- http://www.islam-guide.com/
2-Color Atlas of Clinical Embryology – Keith L. Moore – Amazon.com
3-Al Qur’an dan Terjemahannya – Pustaka Darul Iman 2007


Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.