.

Wednesday 15 June 2011

Menjejaki Salahuddin di bumi Jerman


MUNICH – Buat julung-julung kalinya, ISMA Eropah dan Aman Palestin Bhd. dengan sokongan MARAKumpel, Malaysian Student Society Germany (MGSS) dan Kelab UMNO Bayern telah berjaya menganjurkan Roadshow Palestine (RSP): Searching for Salahuddin (SOS) 2011 di peringkat Jerman.

Bertempat di Islamisches Zentrum München (IZM) atau dikenali sebagai Freimann Moschee (Masjid) di kalangan penduduk tempatan, program ini telah berjaya mengumpulkan lebih 60 orang hadirin yang terdiri daripadab pelajar-pelajar dan juga warga Malaysia di Jerman.

Hadirin telah disajikan dengan siri ceramah yang interaktif dan sangat menarik oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Zainurrashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin.

Antaranya, Palestin dari perspektif Sejarah, al-Quran & Hadith, Rahsia al-Aqsa dan slot Intifadhah Palestin – Merintis Generasi Solahuddin.

Pengisian daripada Dr. Zainurrashid dianggap amat dekat di hati para hadirin apabila banyak fakta-fakta mempunyai hubung kait yang rapat dengan bumi Jerman, antaranya, peristiwa Holocaust yang masih lagi mengundang pelbagai persoalan di mana ianya banyak ditonjolkan untuk meraih simpati masyarakat antarabangsa oleh pihak zionis.


Program ini turut diserikan dengan ceramah pembukaan di dalam bahasa Jerman oleh Pengarah IZM, Dr. Ahmad El-Khalifa yang telah memberikan gambaran tentang sejarah awal bertapaknya islam dan perkaitan isu Palestin di bumi Jerman terutamanya di Munich.


Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik di RSP SOS Jerman 2011, pameran isu Palestin, jualan cenderahati, jualan lelongan poster RSP, gotong-royong memasak dan membersihkan kantin IZM.

Lebih membanggakan, apabila kutipan derma Kempen 5 untuk Palestin dan jualan amal, telah Berjaya mengutip hampir 1700 Euro.

Siri Roadshow Palestin di Munich ini merupakan perhentian terakhir daripada keseluruhan lapan lokasi selepas Ireland, Republik Czech dan beberapa lokasi di United Kingdom sebelum Dr. Zainurrashid berlepas pulang ke tanah air.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.