.

Wednesday 15 June 2011

Pelancaran SPKGD rintis dimensi baru permuafakatan gerakan dakwah


KAJANG, 15 Jun – Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai tiga organisasi dakwah di negara ini iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) telah dilancarkan dengan rasminya malam tadi.

Majlis pelancaran sekretariat ini telah disempurnakan oleh barisan pimpinan daripada ketiga-tiga NGO tersebut di Dewan Besar Kolej Dar al Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Antara yang hadir ialah Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (Presiden ISMA), Dr Muhammad Razak Idris (Presiden ABIM), Prof. Madya Dr. Abdul Karim bin Ali (Naib Yang Dipertua I PUM), Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman (Naib Yang Dipertua II PUM) dan Tn. Hj. Aminuddin Yahaya (Timbalan Presiden ISMA).

Detik-detik yang penuh bersejarah ini turut disaksikan oleh lebih 200 hadirin yang rata-ratanya terdiri daripada para ahli dan aktivis ISMA, ABIM dan PUM.

Dalam ucapan pengenalan SPKGD oleh Tn. Hj. Aminuddin, beliau menjelaskan bahawa sekretariat ini ditubuhkan atas kesedaran bahawa usaha pengislahan masyarakat Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh hanya sesebuah organisasi, sebaliknya memerlukan usahasama yang berterusan daripada gerakan-gerakan dakwah yang wujud.

Majlis ini turut diserikan dengan acara forum bertajuk ‘Ke Arah Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Islam: Realiti & Harapan’ yang membariskan Dr Muhammad Razak, Ustaz Abdullah Zaik dan Dr Mohd Roslan Md Nor (Setiausaha Agung PUM).

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”


Mohd Firdaus Sabturani,
Ketua Pengarang,
Media ISMA


Sumber : ISMA Web

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.