.

Tuesday, 16 September 2008



Ahad, 13 - 14 Sept - Program Kem Kemantapan Aqidah Kolej Islam YPJ yang dianjurkan oleh Kelab BADAR, Kolej Islam YPJ dengan kerjasama PEMBINA Johor(http://www.pembina.com.my/) telah diadakan di Tiram Indah Village Resort, Ulu Tiram. Johor.

Program bertemakan "Membentuk kecemerlangan insan rabbani" ini disertai oleh seramai 18orang lelaki dan 58 orang perempuan pelajar kolej semester pertama. Program yang secara umumnya berobjektif membentuk para pelajar pengajian tinggi ke arah kemantapan fikrah dan aqidah Islam. Program bermula dengan pendaftaran pada 9.00 pagi sabtu dan berakhir pada jam 3.30 petang hari ahad. Slot pengisian pertama daripada Ustazah Suhana, Ketua Wanita ISMA Johor bertajuk Al-Hafiz , Permata yang hilang.
Slot seterusnya dibentang dengan mau'du "ISK-Ini Sejarah Kita". Para pelajar juga dihidangkan dengan Explorace Ramadhan pada petangnya.

Pada pagi Ahad, slot pertama dikendalikan oleh Dr. Mohd Zin Bin Kandar. Penyampaian yang dimulakan dengan pengenalan diri dan keluarga, pengalaman studi di luar negara, kisah suka-duka sebelum merentas kejayaan dan akhirnya mengupas tajuk slot sebenar iaitu 10 muwasafat (ciri) individu muslim dan pentingnya berazam mengubah diri ke arah tahap yang paling baik.

Program yang julung-julung kali diadakan ini didapati berkesan mengubah paradigma peserta
dan memberi keinsafan kepada mereka tentang tanggungjawab sebenar bahawa mereka memegang amanah dan menjadi khalifah di dunia yang sangat sementara ini.

Moga program sebegini dapat dijalankan di tempat-tempat lain terutamanya IPT sekitar Johor.
Kata Penasihat Program, Us. Wan Mohd Azli yang juga merupakan pensyarah di kolej tersebut.




Jaulah dan Iftor Jama'ie ISMA, Simpang Renggam Johor


Sabtu, 6 Sept - Dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, Seramai lebih kurang 80 orang termasuk ahli KRIM,PEMBINA dan ISMA Johor telah berkumpul di rumah Akhi Sarif Mohyin,
Simpang Renggam untuk menghadiri Majlis Iftor Jama'ie ISMA Johor sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Program yang bermula dengan sesi perkenalan, penting untuk membuahkan rasa perkenalan dan cinta sesama saudara seaqidah bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" kemudian diikuti dengan penyampaian tazkirah tentang Muhasabah di Bulan Ramadhan oleh Ustaz Wan Mohd Azli. Ramadhan merupakan madrasah tarbiyyah untuk kita menganjak dan mengubah diri ke arah pembentukan peribadi muslim yang sejati yang lebih
efektif dan lebih jitu.

Aktiviti iftor ini menjadi lebih bermakna dengan jaulah Ahli PEMBINA yang memenuhi kediaman. Bakal-bakal rijal yang akan menjalankan usaha tanpa mengenal erti penat-lelah dan jemu untuk projek iqomatuddin (menegakkan agama) di bumi Allah sebagaimana sejarah Islam telah membuktikan kita Umat Islam pernah menguasai ketuanan 2/3 dunia.

Diharapkan semua yang hadir dapat mengambil sedikit ma'ani-ma'ani tarbawi daripada aktiviti jaulah dan iftor ini. "Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.