.

Saturday 18 June 2011

Aman Palestin sertai misi kemanusiaan Freedom Flotila II

Dr Isa Hamzah, Pengerusi Public Campaign 2 Protect Palestine (PC2P)

KUALA LUMPUR - Aman Palestin akan menyertai misi kemanusiaan antarabangsa Freedom Flotila II bersama pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi memecahkan kepungan haram rejim zionis Israel ke atas perairan Gaza.

Aman Palestin diwakili  oleh Pengerusi Public Campaign 2 Protect Palestine (PC2P), Dr Isa Hamzah yang akan menyertai sembilan sukarelawan Malaysia yang lain. Dr Isa juga merupakan salah seorang ahli panel Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Delegasi sukarelawan Malaysia ini termasuk dua orang Ahli Parlimen, masing-masing seorang dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Misi kemanusiaan tersebut adalah kesinambungan misi Freedom Flotila pada Mei tahun lalu yang menyaksikan sembilan aktivis kemanusiaan yang menaiki kapal penumpang Turki, MV Marvi Marmara ditembak mati oleh komando Israel.

Pelayaran kali ini akan membawa pelbagai bantuan kemanusiaan berupa bekalan perubatan, peralatan sekolah dan bahan binaan seperti simen kepada 1.5 juta rakyat Palestin.

Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza Malaysia ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada 18 Jun 2011 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Sumber : ISMA Web

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.