KUALA PILAH – Bertemakan “Selembut Aisyah, Sekental Asma”, Perkhemahan Anak-Anak ISMA (PRISMA) 2011 untuk remaja puteri telah berjaya dilaksanakan sebagai usaha membentuk anak-anak ISMA yang mampu berdikari, berani dan berdaya saing, berketerampilan ukhti muslimah dan mampu membimbing diri dan rakan-rakan lain ke arah kebaikan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program bagi memupuk semangat saling bekerjasama seterusnya merasakan betapa pentingnya jalinan ukhuwah di antara mereka. PRISMA pada kali ini cuba memupuk nilai-nilai kewanitaan menerusi aktiviti indoor di samping membentuk sifat berani dan saling bekerjasama antara satu sama lain yang diterapkan menerusi aktiviti-aktiviti outdoor.
Turut dititikberatkan ialah aspek kerohanian, seperti tugasan untuk menghabiskan tilawah juzuk 30 atau menghafal 3 hadis sepanjang program. Di samping itu, peserta turut berpeluang menonjolkan bakat kepimpinan dan perucapan awam mahupun kesenian. Bagi melengkapkan lagi program ini, peserta turut didedahkan dengan pengisian dan motivasi.
Program ini diakhiri dengan majllis perasmian dan penutup PRISMA 2011 yang disempurnakan oleh Ustazah Norlida Kamarudin selaku Timbalan Ketua Wanita ISMA Pusat.
Sumber : ISMA Web
0 komen:
Post a Comment