.

Tuesday 29 September 2009

Pendirian ISMA terhadap politik





Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.







ISMA mengimani bahawa politik merupakan sebahagian daripada Islam, di mana menegakkan kerajaan dan pemerintahan Islam adalah satu kefardhuan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan.

ISMA tidak memisahkan politik dengan dakwah, tetapi dakwah mempunyai marhalah dan setiap marhalah ada wasilah yang munasabah untuknya. Secara umumnya, tiga peringkat dakwah yang perlu dilalui ialah peringkat individu, jamaah/masyarakat dan kerajaan.

ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling menjatuhkan antara satu sama lain dengan apa cara sekali pun.

Pada pandangan ISMA, masyarakat masa kini masih belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya.

Pada perhitungan ISMA, dalam konteks percaturan politik Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita memastikan bahawa kuasa mesti sentiasa berada di tangan orang Islam sama ada adil atau fasiq, dan mesti memastikan komposisi Muslim di dalam Parlimen sentiasa dominan.

Oleh itu sifir ISMA berbeza, ISMA tidak melihat kemenangan Islam dengan semata-mata PAS mengalahkan UMNO, dengan apa suasana sekali pun. Kemenangan Pakatan Rakyat tidak semestinya membawa kita kepada pemerintahan Islam.

Untuk menegakkan Islam memerlukan kekuatan, yang mana kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Justeru itu bagi kami perpaduan umat Islam/Melayu adalah pra-syarat ke arah itu. Usah harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah.

Oleh itu harus difahami bahawa ISMA tidak sekali-kali menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik, tetapi ISMA memikirkan pelaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.


Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: PerjalananKu

Saturday 19 September 2009

PROGRAM SUMBANGAN ISMAJB KEPADA FAKIR MISKIN

13hb Sept 2009 Ahad, Wanita ISMAJB mengorak langkah lagi kali ini di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini untuk menzahirkan keperihatinan kita kepada keadaan masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan.



Rumah keluarga Mohd Rofi










Mengorak langkah menuju destinasi





Ketua Wanita ISMAJB Ustazah Suhana dan Aktivis wanita ISMAJB ustazah Rashidah menziarahi keluarga Mohd Rafi yang mengidap kanser darah kritikal sejak 4 tahun yang lepas. Beliau sebenarnya telah mengidap kanser darah semenjak 10 tahun lalu tapi baru dapat di kesan tahun 2005. Moga Allah merahmati beliau dan diberi kekuatan untuk menghadapi hari mendatang. Hiba hati saya Melihat keadaan beliau yang begitu kurus dan sanggup lagi melayani kami yang datang. Sebenarnya beliau hanya bertahan dengan morfin (sejenis dadah) untuk menahan kesakitan yang beliau alami ini.

Thursday 17 September 2009

18 Ramadhan 1430 : Majlis Pelancaran Tabung Palestin

Majlis Pelancaran Tabung Palestin, yang telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.





Ustaz Abdullah Zaik mempersembahkan cendera kenangan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan berupa potret Masjid Kubah sempena Majlis Pelancaran Tabung Palestin



Majlis Iftar bersama SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan sempena Majlis Pelancaran Tabung Palestin

Wednesday 16 September 2009

Ikatan Muslimin Malaysia Johor Bahru bersama PEMBINA Johor , Aman Palestin Johor dan Pusat Islam UTM menganjurkan program “HARI AL-QUDS SEDUNIA”





4 Sept, Jumaat - Ikatan Muslimin Malaysia Johor dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional Johor, Aman Palestin Johor dan Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai Johor telah menganjurkan Hari Al-Quds Sedunia bertempat di Kawasan Masjid Sultan Ismail UTM Skudai. Di antara bentuk program:-



Booth dan Pameran Palestin.

Solat Asar berjemaah.

Ceramah Aman Palestin.

Kutipan derma untuk Palestin.

Majlis berbuka puasa.

Solat Maghrib, Solat Sunat Hajat dan Isya’ berjamaah.

Solat Tarawih berjemaah.

Solat Sunat Hajat Palestin


Program bermula jam 11 pagi dan tamat pada jam 10 malam tersebut memberi impak yang
begitu berkesan apabila ramai di kalangan para pelajar utm skudai berpusu-pusu menyertai
pameran Hari Al-Quds Sedunia. Pengarah Program, Saudara Muzaffar yang juga merupakan
Bendahari PEMBINA Johor amat berpuas hati dengan penganjuran program ini.



Walaupun program ini dianggap "Add-Hock" namun program ini berjaya dilaksanakan
dalam bulan Ramadhan yang mulia dalam masa dua hari persiapan. Ini menunjukkan para pemuda Islam mampu melaksanakan tugas yang melibatkan kerja-kerja fizikal yang boleh dikatakan berat asal ada kemahuan, keikhlasan yang tinggi dan semangat juang yang tidak pernah padam seumpama jika kita meninjau kembali rentetan sejarah perjuangan pemuda Islam dalam perang badar al-kubra yang berlaku juga dalam bulan yang mulia ini.



Syabas dan Tahniah kepada Ahli JK PEMBINA Johor, Ikatan Muslimin Malaysia Johor, Aman Palestin Johor dan Pusat Islam UTM Skudai kerana telah menjayakan program yang barakah ini.






Tuesday 8 September 2009

Elak politik “enjit-enjit semut” - Ustaz Abdullah Zaik


Photobucket


Dalam memberi komentar tentang senario politik tanahair terkini, Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengatakan bahawa yang terjadi ketika ini ialah parti-parti yang bertanding menggunakan peluang mendapatkan kuasa agar boleh menekan orang di bawah pemerintahan mereka.

Saturday 5 September 2009

Nasyid Kemerdekaan 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.