.

Friday 29 January 2010

Takziah Buat Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru merakamkan ucapan takziah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah serta seluruh kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Jumaat 22 Jan 2010 yang lalu.

Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada usia 77 tahun merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat Malaysia khususnya Kerajaan Negeri serta rakyat negeri Johor Darul Takzim.

Namun, ISMA Johor yakin bahawa perjuangan Almarhum Sultan Iskandar akan diteruskan dengan adil dan saksama oleh Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang ke-25. Semoga kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu khususnya di negeri Johor akan terus dimartabatkan di bawah kepimpinan baginda.

Wednesday 20 January 2010

Perutusan sulung Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8, Dr. Mohammed Badee'


Photobucket
Dr. Mohammed Badee'(kiri) bersama Ustaz Mahdi Akef

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,
Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dengan kehendak Allah, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang telah Allah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimin (IM) yang saya sahut dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota IM, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah.

baca seterusnya...Klik

Sunday 17 January 2010

Training For Trainers (T. OT) Aman Palestin Johor 2010 bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru






Aman Palestin Johor telah mengadakan Training of Trainers (T. OT) bagi sukarelawan-sukarelawan Aman Palestin Johor untuk memantapkan lagi kefahaman tentang isu Palestin dalam kalangan ahli. Seramai 42 orang ahli sukarelawan Aman Palestin Johor telah menyertai T. OT ini yang diadakan pada 9 Januari 2010 bertempat di pejabat Aman Palestin Johor yang baru iaitu di Setia Tropika. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Antara penceramah yang hadir adalah Professor Madya Dr. Zainurrashid bin Zainuddin, Pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi, Institut Medical University merangkap perunding Aman Palestin Malaysia dan Mejar Nadzri Munsman juga merangkap perunding Aman Palestin.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas dan maklumat yang sebenar berkenaan isu Palestin sebagai isu aqidah, perjuangan dan kemanusiaan yang global. Selain itu program ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menyelamatkan masjid Al-Aqsa dan membebaskan bumi Anbiya' ini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bersepadu. Dalam masa yang sama ia dapat menyemai kesedaran dan nilai persaudaraan islam di kalangan muslimin seluruhnya tanpa mengira bangsa dan batasan sempadan geografi.

Program ini juga mendapat pandangan yang baik daripada para peserta. Malah para peserta meminta pihak Aman Palestin menganjurkan program T. OT seperti ini selama dua hari bagi memantapkan lagi kefahaman dan kesedaran mengenai Palestin. Ini menunjukkan semangat jihad di kalangan peserta bagi membantu Palestin kini yang dijajah oleh Yahudi laknatullah.
Semoga dengan mengingati dan memahami keadaan umat di Palestin, akan sentiasa mampu untuk membangkitkan ruh kita untuk terus berjuang di medan masing-masing. Insha Allah.




Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA)


Untuk pendaftaran on-line, sila layari web : http://kobanna.ismaweb.net/
Penyertaan : Terbuka untuk semua lapisan masyarakat dan keterangan lanjut sila
layari web di atas.

Wednesday 13 January 2010

Generasi muda kian jauh dari Islam - Pengarah IKIM


Photobucket
Pimpinan ISMA bersama Datuk Nik Mustapha

8 Januari – "Generasi muda sekarang semakin jauh daripada Islam. Saya bimbang akhirnya nanti mereka akan menolak Islam." Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan apabila berbicara mengenai generasi muda kini.

Beliau menyatakan demikian dalam pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA di Pejabat Pengarah IKIM hari ini. Seterusnya beliau menegaskan keadaan ini berlaku kerana arus kebendaan yang semakin kuat dan pemahaman agama yang semakin cetek di kalangan pemuda dan pemudi.

Wednesday 6 January 2010

Kenyataan rasmi ISMA mengenai isu penggunaan kalimah Allah



Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merasa kesal dan memandang berat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah “ALLAH” di dalam terbitan mereka. Keputusan ini dilihat akan memberikan implikasi yang besar kepada perkembangan pengaruh agama Kristian di kalangan umat Islam terutama generasi muda negara ini.

Keputusan mahkamah itu juga bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam. ISMA melihat keputusan mahkamah ini akan memberi laluan yang lebih luas ke arah kedudukan samarata agama, sedangkan perlembagaan telah menetapkan Islam adalah agama rasmi negara (agama persekutuan).

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ke-82 pada bulan Mei 2008 yang lepas telah membuat keputusan bahawa kalimah “ALLAH” ini khusus bagi agama dan umat Islam. Allah pada sisi agama Islam adalah tunggal dan esa sifat-Nya. Keputusan majlis muzakarah tersebut membayangkan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa isu ini sangat sensitif kepada rakyat yang beragama Islam. Namun ada pihak yang memandang ringan dan mahu mencabar keputusan majlis tersebut dengan bertindak membawanya ke mahkamah.

ISMA menyokong pihak JAKIM dan KDN yang akan membuat rayuan dan berpendapat bahawa langkah itu menepati kehendak “Siasah Syariyyah”. Walaupun larangan menggunakan nama Allah itu tidak terdapat dalam kitab fikah terdahulu, pihak berwajib boleh berijtihad atas dasar “Masolih Mursalah” dan menepati tuntutan tujuan syarak (Maqasid Syarak) iaitu menjaga agama (Hifzu ad-Din).

Sehubungan dengan itu, ISMA menyeru agar:

1) Parti-parti politik yang mewakili suara umat Islam supaya mengetepikan kepentingan politik masing-masing dengan memberikan sokongan padu di belakang Jabatan Perdana Menteri yang akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Sesungguhnya perbezaan fahaman politik di kalangan umat Islam di negara ini seharusnya ada batas sempadan, dan isu ini menuntut bukti kesetiaan pada agama dan bangsa daripada semua pihak tanpa terkecuali. Masa depan agama Islam tidak seharusnya dikompromikan demi menjaga hati dan sokongan pihak-pihak tertentu.

2) Para ulamak dan agamawan agar dapat menghentikan perbalahan pendapat dalam soal cabang dan seterusnya tampil memperhebatkan kempen penerangan kepada masyarakat akan hakikat perbezaan antara Allah yang Maha Esa dan konsep “Trinity” di sisi agama Kristian. Penggunaan kalimah Allah dalam media agama Kristian sudah tentu akan melahirkan ancaman kekeliruan di kalangan umat Islam yang cetek ilmu agamanya.

3) Seluruh anak watan Melayu agar bangkit segera dari lena yang panjang dan menyedari betapa status quo dan keistimewaan agama Islam di negara ini sudah mula dicabar sedikit demi sedikit. Fenomena ini hanya dapat disekat jika mereka membuang sifat toleransi melampau dan terlalu berlembut dalam hal-hal yang mengancam identiti mereka sendiri, serta membina kembali jati diri selaku umat yang pernah menerajui tamadun Islam serantau.

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
Bandar Baru Bangi
3 Januari 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.