BANDAR BARU BANGI, 11 Julai – Kategori keahlian Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang sedia ada akan dipinda bagi membuka ruang yang lebih luas untuk masyarakat terlibat secara langsung di dalam organisasi ini.
Cadangan pindaan ini akan dibentangkan dan dibahas dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) ISMA 2011 yang akan diadakan pada 16 Julai ini di Universiti Malaya.
Ketika diminta mengulas berhubung perkara ini, Dr. Kamil Azmi Tohiran, Pengerusi Biro Media dan Penerangan ISMA berkata, rasional di sebalik pindaan ini adalah bagi membuka ruang seluas-luasnya penglibatan ahli masyarakat dalam agenda ISMA bagi membina generasi masa depan negara.
Menurut beliau lagi, pindaan tersebut akan dicadangkan dalam EGM kali ini setelah usul tersebut diluluskan oleh Majlis Syura ISMA pada 25 Mei lalu.
Berdasarkan cadangan yang telah diusulkan, kategori keahlian akan dipinda kepada Ahli Umum, Ahli Biasa dan Ahli Teras. Pada masa ini, keahlian ISMA dikategorikan kepada Ahli Bersekutu, Ahli Biasa dan Ahli Kehormat.
“Nama dan syarat keahlian yang kita cadangkan adalah bersifat mesra masyarakat dan menggambarkan komitmen yang diamanahkan kepada mereka,” ujar Dr. Kamil lagi.
Sumber : ISMA Web
0 komen:
Post a Comment