Ustaz Fauzi menyampaikan cenderahati kepada Saudara Agung.
BANDAR BARU BANGI, 17 Jun – Ketua Pegawai Operasi Pos Keadilan Peduli Umat (PKPU), Saudara Agung Notowiguno dan Timbalannya, Saudara Adi Bramasetiya telah mengadakan kunjungan muhibah ke Pejabat ISMA Pusat sempena lawatan mereka ke Malaysia baru-baru ini.
Kunjungan mereka telah disambut mesra oleh Naib Presiden II ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa ISMA Pusat yang lain.
Lawatan delegasi PKPU ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua NGO yang sudah beberapa kali menjalin kerjasama dalam program-program kemanusian sejagat yang merentasi sempadan negara.
Ustaz Muhammad, salah seorang AJK ISMA, sedang menyempurnakan sembelihan korban di Aceh.
Menyingkap kembali pencetus kerjasama di antara ISMA dan PKPU adalah peristiwa dahsyat tsunami pada tahun 2004 yang telah mengorbankan lebih 230,000 orang di lapan negara, di mana Indonesia menjadi negara yang menerima kesan paling teruk. Keprihatinan ISMA tidak berakhir sekadar dalam bentuk pelancaran derma kilat tetapi dengan kesinambungan beberapa aktiviti di antaranya pengurusan sebuah rumah anak yatim di Aceh yang menempatkan 48 orang, program korban tahunan, bantuan kepada fakir miskin yang terlibat dan beberapa program lain.
Program-program ini sering mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain, yayasan serta orang perseorangan yang prihatin di negara ini, dan insya Allah akan diteruskan pada masa hadapan.
Sumber : ISMA Web
0 komen:
Post a Comment