.

Showing posts with label ISMA Pusat. Show all posts
Showing posts with label ISMA Pusat. Show all posts

Monday, 8 March 2010

Lawatan Presiden dan JKP Pusat



26 Februari 2010 : Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA bersama beberapa orang JKP telah hadir ke pejabat ISMA Johor dalam rangka lawatan kerja ke cawangan-cawangan. Ustaz Abdullah Zaik antara lain mengingatkan kepada semua yang hadir akan peri pentingnya setiap dari kita terutamanya ahli-ahli ISMA untuk terus bekerja dan berdakwah kepada masyarakat dalam usaha kita untuk menyelamatkan maruah umat. Umat ini perlu dibangkitkan dan dibina jatidiri agar dapat kembali menjadi umat yang memimpin.

Majlis Ulama’ ISMA dilancarkan secara rasmi

Ustaz Ahmad Zainal Abidin selaku Setiausaha MUIS.

Seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi, Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) telah dilancarkan secara rasminya sempena Multaqa Asatizah ISMA yang telah berlangsung pada 6 Mac 2010 di Kompleks Kejiranan Presinct 16, Putrajaya. MUIS dipengerusikan oleh Dr. Aznan Hasan (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa) yang turut dijemput untuk memberi pandangan di dalam Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

MUIS ditubuhkan sebagai sebuah institusi yang berperanan untuk memberi pandangan dan idea bagi memastikan setiap pergerakan ISMA menepati petunjuk Ilahi, lebih-lebih lagi di zaman yang cukup mencabar ini di mana usaha dakwah pasti akan berhadapan dengan pelbagai isu. Di samping itu, MUIS juga berganding bahu dengan biro-biro di dalam ISMA bagi mencapai cita-cita ‘Membina Generasi Harapan’ mengikut kapasiti MUIS sebagai rujukan dalam bidang syarak.

Setiausaha MUIS iaitu Ustaz Ahmad Zainal Abidin yang juga merupakan YDP ISMA Melaka telah menjelaskan tentang MUIS kepada para ustaz dan ustazah ISMA yang hadir di multaqa tersebut. Menurut beliau, “Kewujudan MUIS akan memastikan perjalanan ISMA menepati kehendak syarak dan berupaya menggarap masyarakat contoh, dalam keadaan masyarakat hari ini yang semakin hari semakin tenat. Sesungguhnya kita ibarat “Ruhul Jadid” (roh baru) yang bergerak di dalam ummah.”

MUIS turut memberikan khidmat bimbingan kepada masyarakat umum berkenaan hukum-hakam syarak agar setiap aspek kehidupan mereka menepati kehendak syariah. Orang ramai berpeluang untuk berinteraksi dengan tokoh-tokoh MUIS melalui laman sesawang MUIS di alamat http://muis.ismaweb.net. Mereka yang ingin mengajukan persoalan-persoalan atau membaca jawapan-jawapan yang dikemukakan bolehlah melawati laman web ini.

Laman rasmi MUIS ini diharap dapat menjadi medan bertukar pandangan dan maklumat khususnya bersama masyarakat. InsyaAllah, ahli-ahli MUIS akan berusaha memberi pandangan dan penyelesaian kepada permasalahan harian masyarakat seperti masalah kefahaman dan akidah, masalah ibadah, kekeluargaan dan lain-lain.

Berikut merupakan senarai nama sekretariat dan ahli-ahli MUIS yang bertanggungjawab penuh terhadap perjalanan MUIS:

Pengerusi
Dr. Aznan Hasan (Universiti Islam Antarabangsa).

Setiausaha
Ustaz Ahmad Zainal Abidin (Universiti Multimedia)

Sekretariat
Dr. Mohd Isa Hamzah (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin (Universiti Sains Islam Malaysia)
Ustaz Anwar Fakhri Omar (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Ustaz Zamri Hashim (Jabatan Mufti Perak)

Ahli-ahli
Dr Ridhwan Ahmad (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Ustaz Kamarudin Awang Mat (Universiti Darul Iman Malaysia)
Ustaz Razali Musa (Universiti Darul Iman Malaysia)
Ustaz Zainuddin Ismail (Universiti Islam Antarabangsa)
Ustaz Ahmad Kamal Muhamad (Ahli Panel Penyelidik JAKIM, Putrajaya)


sumber : ismaweb.net

Wednesday, 13 January 2010

Generasi muda kian jauh dari Islam - Pengarah IKIM


Photobucket
Pimpinan ISMA bersama Datuk Nik Mustapha

8 Januari – "Generasi muda sekarang semakin jauh daripada Islam. Saya bimbang akhirnya nanti mereka akan menolak Islam." Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan apabila berbicara mengenai generasi muda kini.

Beliau menyatakan demikian dalam pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA di Pejabat Pengarah IKIM hari ini. Seterusnya beliau menegaskan keadaan ini berlaku kerana arus kebendaan yang semakin kuat dan pemahaman agama yang semakin cetek di kalangan pemuda dan pemudi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.