.

Saturday, 2 July 2011

BERSIH yang bersih

Setelah meneliti dan melihat kepada 8 tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH, saya tidak nampak kenapa ia mesti dihalang. Rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf. BN tidak boleh berterusan dalam keadaan “state of denial” dengan sistem pilihanraya yang berlaku sekarang. Umum mengetahui ia bukan satu yang benar-benar bersih dari penipuan. Pengalaman peribadi membuktikan bahawa sistem ini perlu dibaiki dengan segera.


Jika BN menghalang bererti BN masih kekal tidak mahu berubah dan ini mungkin merupakan detik-detik terakhir kehidupan BN. Tidak ada satu sistem yang memperbodohkan rakyatnya akan kekal selama-lamanya. Lambat laun, dengan perkembangan intelektual dan maklumat sesawang yang berleluasa, sistem itu akan runtuh juga. Jika benar-benar BN mengamalkan pilihanraya yang bersih maka perhimpunan ini tidak perlu ditakuti malah digalakkan.

NGO Ketua

Dalam masa yang sama, saya juga menyarankan supaya semua parti politik dari kedua-dua belah pihak tidak campur tangan. Jangan sesekali mempolitikkan isu ini kerana ia akan hanya menggagalkan proses pengislahan. Bagi saya, biar NGO yang mengetuai dan membuat kenyataan. Jangan ada parti yang menambah tokok. Kekecohan yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan banyaknya kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh parti-parti politik yang akhirnya menimbulkan persepsi bahawa perhimpunan ini seolah-olah ada bermotif politik. Saya tidak menyalahkan parti pemerintah yang cuba menghalang kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang sudah terlalu banyak termasuklah untuk menjadikannya seperti Tahrir Square.

Biarkan NGO yang menguruskannya dan menyerahkan memo kepada yang berkuasa secara aman dan tenang. Saya amat yakin jika ini berjaya dijalankan dengan baik TETAPI masih tidak didengari oleh pihak pemerintah, maka PRU13 akan menyaksikan sejarah baru negara akan terbentuk.

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”


Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


Blog:
Suara Dari Gunung

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.