.

Tuesday 12 July 2011

ISMA mempertegas agenda yang tersendiri

BANDAR BARU BANGI, 12 Julai – Pendirian ISMA dalam isu Bersih adalah satu penegasan terhadap keunikan agenda ISMA. Dengan itu, ISMA telah berjaya mengemukakan pendirian tersendiri yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.


Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian semasa ditemuramah oleh wakil Media ISMA di pejabat beliau.

“Bagi ISMA, kita telah berjaya mengemukakan pendirian yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak. Ini membuktikan bahawa ISMA mempunyai agenda yang tersendiri,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa ISMA menyendiri daripada badan-badan lain sebaliknya ISMA tetap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dan menyatakan sokongan berdasarkan kesesuaian dengan matlamat dan dasar perjuangan ISMA.

“ISMA masih bersama dengan semua pihak dan menyokong apa-apa yang selari dengan matlamat dan dasar perjuangan ISMA,” kata beliau lagi.

Beliau juga menyatakan bahawa ISMA tegas apabila berhadapan dengan pengaruh barat dan serangan pemikiran yang bermotifkan peleburan identiti dan jati diri negara dan umat khususnya bangsa Melayu.

Menurut beliau, agenda pembaratan ini bertentangan langsung dengan agenda ISMA yang mementingkan pembinaan semula keperibadian dan jati diri ummah yang berteraskan Islam.

Beliau berkata, ISMA konsisten menyeru umat untuk kembali kepada Islam dan menganggap hanya Islam sebagai penyelesaian.

Beliau juga tidak bersetuju jika ada pihak yang cuba mengimport ‘revolusi’ dari luar.

“Dalam rangka ini, ISMA berpendapat tidak perlu untuk kita mengimport revolusi dari luar. ISMA mengulangi keyakinannya bahawa perubahan perlu dibuat melalui dinamika sistem politik dalam negara kerana realiti negara kita sangat berbeza berbanding negara-negara lain,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, ISMA menyeru pihak pemerintah agar tidak memandang rendah terhadap perkembangan yang berlaku.

“Kerajaan perlu mengkaji pengalaman luar negara dan perlu memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku supaya dapat mengambil sikap yang betul dan mengambil pendekatan dengan cara yang munasabah dan menguntungkan masyarakat dan negara,” jelas beliau.

Di samping itu, ISMA memberi amaran terhadap sebarang kesan buruk yang bakal dialami negara jika semua pihak terus mengeruhkan keadaan.

“ISMA memberi amaran terhadap sebarang kesan buruk yang bakal dialami negara jika semua pihak terus mengeruhkan keadaan,” tambah beliau.

Sumber : ISMA Web

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.