BANDAR BARU BANGI, 30 Jun – Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (KKMM) 2011 anjuran bersama ISMA, JAKIM dan PEMBINA yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini akan ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.
Penangguhan ini diumumkan oleh Puan Shazamawati Zam Hashari, Pengarah KKMM 2011 semalam.
Menurut beliau, tindakan ini diambil atas nasihat JAKIM setelah mempertimbangkan faktor keselamatan semua hadirin yang akan menyertai konvensyen tersebut.
“Pihak penganjur memohon berbanyak maaf atas segala kesulitan yang timbul. Maklumat terkini tentang KKMM 2011 akan diberitahu dalam masa yang terdekat. Sila lawati www.konvensyenkeluarga.net untuk maklumat terkini,” tambah Puan Shazamawati.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang sudah mendaftar atas komitmen mereka dan berharap agar mereka dapat hadir pada tarikh baru nanti.
Sumber : ISMA Web
0 komen:
Post a Comment