BANDAR BARU BANGI, 5 Julai – “Pengamal media tempatan perlu memiliki jatidiri di mana mereka tidak seharusnya terikut-ikut dengan falsafah media barat yang hanya mementingkan aspek sensasi dalam laporan dan berita mereka,” tegas Dr. Kamil Azmi Tohiran.
Ketua Biro Media dan Penerangan ISMA itu berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Datuk Seri Najib Tun Razak agar pihak media sentiasa mengamalkan ketepatan fakta dalam laporan yang disampaikan.
Perdana Menteri mengemukakan seruan tersebut semasa berucap pada malam Anugerah Kelab Kebangsaan Akhbar (NPC)-Naza semalam.
Menurut Dr. Kamil, bukan hanya maklumat yang tepat harus diambil kira tetapi para pengamal media di negara ini juga perlu memiliki jatidiri berteraskan acuan agama dan nilai-nilai ketimuran.
“Selain ketepatan fakta, Islam menekankan agar bahan-bahan media disertakan dengan nilai pendidikan yang bermanfaat. Jika semua pihak mengambil posisi masing-masing, tiada berita atau bahan berunsur fitnah, lucah, provokasi dan yang melalaikan akan meracuni fikiran masyarakat seperti sekarang.”
Sumber : ISMA Web
0 komen:
Post a Comment