.

Wednesday, 8 June 2011

Syariat dan perjuangan Islam

1. Tujuan perjuangan Islam adalah untuk memartabatkan syariat. Dengan itu ia mesti juga berlandaskan syariat pada matlamat dan wasilahnya.

2. Cara yang betul adalah dengan mengkaji syariat demi memahami kehendak syariat dari perjuangan Islam. Apa matlamat yang syariat nak kita capai? Apa wasilah yang syariat suruh kita gunakan? Apa bentuk gerakerja yang syariat perintahkan kita ikut? Apa larangan yang ditegah oleh syariat? Bila kita faham syariat, barulah betul apa yang kita buat.

3. Ada sesetengah yang menggunakan cara yang salah. Mereka buat strategi guna akal, kemudian cari hujah dari Al-Quran dan Sunnah untuk mengiyakan strategi mereka. Dalil-dalil juz’ie tidak dibaca dalam kelompok maqasid kulliah. Lalu berlagalah di antara dalil-dalil juz’ie itu. Juga tanpa disedari ‘strategi guna akal dan diiyakan dengan dalil juz’ie‘ itu tidak menuju ke arah penegakan maqasid kulliah. Golongan ini juga adakalanya menggunakan hujah maqasid kulliah, tetapi malangnya oleh kerana kuatnya kehendak akal, bila mereka masuk ke dalam perbincangan maqasid, mereka tidak jumpa jalan untuk keluar darinya.

4. Beza kelompok pertama dan kedua adalah; kelompok pertama pasrah kepada kehendak syariat …. manakala kelompok kedua sentiasa berharap moga-moga syariat menyokong kehendak akal mereka.

5. Ada sesetengah kehendak syariat tidak mampu difahami oleh akal. Begitulah bezanya Ahlussunnah dan Muktazilah. Muktazilah mengatakan akal boleh menentukan buruk baik sesuatu perbuatan (tahsin aqli wa taqbih aqli). Ahlussunnah pula mengatakan bahawa yang baik (al-hasan) dan yang buruk (al-qabih) itu adalah sifat nisbiah yang Allah sandarkan kepada sesuatu perbuatan.

6. Memahami kehendak syariat perlukan satu usaha mengkaji dan mempelajari Islam dalam satu disiplin pengajian yang panjang. Ia dicapai oleh golongan yang digelar ulamak. ٍSebahagian ulamak mensyaratkan ijtihad kepada pemimpin negara Islam. Syarat itu juga logiknya perlu ada pada pimpinan badan-badan dakwah Islam kerana tujuan syarat itu adalah agar pimpinan mempunyai sikap pasrah kepada kehendak syariat dan tidak dikuasai oleh kehendak akal. Juga agar pimpinan itu mempunyai kelayakan untuk tarjih situasi dengan metodologi syariat yang betul.

7. Pimpinan yang pasrah kepada kehendak syariat, bila berijtihad jika salah pun masih diberi satu pahala. Pemimpin yang dipandu oleh akal, kemudian baru cari dalil yang mengiyakan kehendak akalnya, bila berijtihad jika betul ijtihadnya pun tetap salah.

Wallahu a’lam.


Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden II,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


Blog: Satu Perkongsian

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.