Oleh: Dr Raihana Zainal Abidin, Graduan Universiti Universiti Ain Shams.
Beliau adalah seorang wanita agung, pedoman dan contoh tauladan bagi generasi penerus kelansungan dakwah. Merupakan seorang pesakit kencing manis dan sakit jantung.
Walaubagaimanapun, sakit yang ditanggung tidak menjadi alasan untuk beliau berlepas diri dari melaksanakan kewajipan dan tuntutan-tuntutan dakwah, beliau tidak sekali-kali berdiam diri dalam berhadapan dengan taghut dan sekutunya, bahkan beliau sentiasa meniupkan ruh dan semangat jihad ketika mana ketakutan dan kebimbangan menyerang dan menyusup masuk ke dalam jiwa-jiwa pemuda Islam. Sehingga akhirnya beliau menjadi tahanan rejim Jamal Abdul Nasir atas alasan mengetuai gerakan akhawat, sedangkan beliau sentiasa terlantar di atas katil sakit!
Beliau adalah Aminah Ali, dan lebih dikenali sebagai Aminah Al-Jauhari (bersempena nama suaminya Ustaz Mahmud Al-Jauhari). Perkahwinan barakah ini berlaku pada tahun 1930 dan dengan rahmat-Nya, Allah membuka pintu hati mereka untuk mengenali dakwah Ikhwan lima tahun selepas perkahwinan barakah tersebut.
Aminah Ali bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi. Beliau tidak mempunyai sebarang ijazah kelulusan universiti. Tetapi beliau merupakan seorang yang banyak membaca dan menulis serta banyak menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Dan kelebihan ini digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan fikrah Islam dan Ikhwan kepada masyarakat sekelilingnya melalui pengajaran kelas-kelas di masjid-masjid yang kebanyakannya dihadiri oleh golongan isteri, ibu dan pemudi Ikhwan.
Dalam amal qisim akhawat, suami beliau diamanahkan sebagai setiausaha dan penghubung terus qisim akhawat oleh Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Imam Syahid Hasan Al-Banna. Beliau pula dilantik sebagai bendahari dan pemegang amanah kewangan qisim akhawat. Qisim akhawat memainkan peranan yang sangat besar dalam amal dakwah Ikhwan ketika itu. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mendirikan sekolah untuk anak-anak yatim dan miskin di Syari’ Bustan Fadhil, Mounira. Sekolah ini menyediakan tenaga pengajar yang terdiri daripada akhawat sendiri yang terpelajar dan berkemahiran. Walaubagaimanapun, pada tahun 1948 ia ditutup oleh pihak penguasa ketika itu.
Qisim akhawat juga memainkan peranan yang sangat besar dalam meneguhkan iman, prinsip dan pendirian anggota Ikhwan yang ditangkap kerajaan. Mereka menyediakan pakaian, makanan untuk anggota Ikhwan yang berada dalam tahanan penjara. Selain itu, mereka juga sentiasa menziarahi isteri-isteri dan keluarga-keluarga anggota Ikhwan yang dipenjara serta membantu mereka dari aspek kewangan dan sokongan moral. Segala keperluan dan aduan mereka akan dipenuhi dan dibantu sedayanya.
Pada 1965, tahun yang menyaksikan syahidnya tokoh agung Ikhwan Muslimin, Sayyid Qutb. Seramai lebih daripada 200 orang akhawat ditangkap dan dipenjarakan termasuklah Aminah Ali.
Semasa dalam tahanan rejim Jamal Abdul Nasir ini, sakit yang dihidapi oleh Aminah Ali menjadi semakin serius. Beliau seringkali jatuh pengsan akibat penyakit kencing manis. Bahkan, sakitnya menjadi semakin serius disebabkan pihak penjara menyediakan roti dan asal iswid (sirap pekat dan hitam yang ditapis daripada gula mentah dalam proses pembersihan) sebagai makanan rutin penjara yang pada hakikatnya adalah makanan terlarang bagi pengidap sakit kencing manis.
Sakit beliau yang semakin hari semakin kronik ini akhirnya menyebabkan pihak penjara merancang supaya beliau dikeluarkan bagi tidak menyusahkan pihak pengurusan penjara jika sekiranya beliau mati dalam tahanan. Perancangan ini dilakukan dengan menawarkan pertukaran pertuduhan Aminah Ali dengan suaminya (yang ketika itu juga dalam tahanan). Ini bermakna segala pertuduhan dan kesalahan yang disabitkan ke atas Aminah Ali akan dipikul oleh Ustaz Mahmud Al-Jauhari.
Persetujuan dimateri, maka Aminah Ali dibebaskan dengan harapan pihak penjara beliau akan mati tidak lama kemudian di luar penjara. Walaubagaimanapun perancangan Allah itu mendahului perancangan musuh-Nya. Allah mentakdirkan dan menghendaki Aminah Ali hidup selama 15 tahun selepas pembebasannya dari penjara dan sepanjang tempoh itu beliau tetap thabat dalam menyampaikan risalah Islam kepada manusia.
Beliau merupakan qudwah bukan sahaja sebagai seorang pembawa risalah yang amanah, tetapi juga sebagai seorang isteri yang taat dan ibu yang sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Apabila mendapat pengkhabaran kesyahidan anaknya yang pergi berjihad menentang Yahudi laknatullah dalam perang Oktober 1973, tiada yang terucap keluar dari bibirnya melainkan kalimah “Alhamdulillah, syukur ke atas-Mu yang telah memuliakan aku dengan kesyahidannya”
Ustaz Mahmud Al-Jauhari dalam bukunya bertajuk Al-akhawat Al-Muslimat, beliau menggambarkan isterinya sebagai seorang yang tidak pernah lalai dari tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan dakwah. Hari-harinya dimulakan dengan menunaikan tanggungjawabnya di dalam rumah dan terhadap suami dan anak-anak. Setelah selesai, beliau akan keluar untuk memberi ceramah-ceramah di masjid-masjid dan melaksanakan amal-amal dakwah. Dan pada tengaharinya pula, beliau akan kembali ke rumah untuk bersedia menyambut kepulangan suaminya.
Aminah Ali dijemput menghadap rabnya pada tahun 1980. Suami beliau selepas itu terus setia dengan janji mereka untuk terus thabat dalam dakwah dan akhirnya meninggal dunia 24 tahun kemudian iaitu pada tahun 2004. Moga kebahagian di alam sana menjadi milik mereka yang mutlak selepas segala penat lelah dan perit jerih di dunia yang fana ini.
Sesungguhnya, beliau telah setia pada janjinya dengan Allah dan Rasul dalam memperjuangkan agama ini. Beliau telah membuktikan bahawa risalah ini adalah begitu mahal berbanding dengan harga sebuah kehidupan. Justeru, beliau tidak ragu-ragu mengorbankan seluruh kehidupannya demi mengotakan janji tersebut, walau berperang dengan kesakitan dan ketidakupayaan. Semoga roh semangatnya terus mekar mewangi dan terus menjadi motivasi buat kita pewaris dakwah ini.
Beliau adalah seorang wanita agung, pedoman dan contoh tauladan bagi generasi penerus kelansungan dakwah. Merupakan seorang pesakit kencing manis dan sakit jantung.
Walaubagaimanapun, sakit yang ditanggung tidak menjadi alasan untuk beliau berlepas diri dari melaksanakan kewajipan dan tuntutan-tuntutan dakwah, beliau tidak sekali-kali berdiam diri dalam berhadapan dengan taghut dan sekutunya, bahkan beliau sentiasa meniupkan ruh dan semangat jihad ketika mana ketakutan dan kebimbangan menyerang dan menyusup masuk ke dalam jiwa-jiwa pemuda Islam. Sehingga akhirnya beliau menjadi tahanan rejim Jamal Abdul Nasir atas alasan mengetuai gerakan akhawat, sedangkan beliau sentiasa terlantar di atas katil sakit!
Beliau adalah Aminah Ali, dan lebih dikenali sebagai Aminah Al-Jauhari (bersempena nama suaminya Ustaz Mahmud Al-Jauhari). Perkahwinan barakah ini berlaku pada tahun 1930 dan dengan rahmat-Nya, Allah membuka pintu hati mereka untuk mengenali dakwah Ikhwan lima tahun selepas perkahwinan barakah tersebut.
Aminah Ali bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi. Beliau tidak mempunyai sebarang ijazah kelulusan universiti. Tetapi beliau merupakan seorang yang banyak membaca dan menulis serta banyak menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Dan kelebihan ini digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan fikrah Islam dan Ikhwan kepada masyarakat sekelilingnya melalui pengajaran kelas-kelas di masjid-masjid yang kebanyakannya dihadiri oleh golongan isteri, ibu dan pemudi Ikhwan.
Dalam amal qisim akhawat, suami beliau diamanahkan sebagai setiausaha dan penghubung terus qisim akhawat oleh Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Imam Syahid Hasan Al-Banna. Beliau pula dilantik sebagai bendahari dan pemegang amanah kewangan qisim akhawat. Qisim akhawat memainkan peranan yang sangat besar dalam amal dakwah Ikhwan ketika itu. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mendirikan sekolah untuk anak-anak yatim dan miskin di Syari’ Bustan Fadhil, Mounira. Sekolah ini menyediakan tenaga pengajar yang terdiri daripada akhawat sendiri yang terpelajar dan berkemahiran. Walaubagaimanapun, pada tahun 1948 ia ditutup oleh pihak penguasa ketika itu.
Qisim akhawat juga memainkan peranan yang sangat besar dalam meneguhkan iman, prinsip dan pendirian anggota Ikhwan yang ditangkap kerajaan. Mereka menyediakan pakaian, makanan untuk anggota Ikhwan yang berada dalam tahanan penjara. Selain itu, mereka juga sentiasa menziarahi isteri-isteri dan keluarga-keluarga anggota Ikhwan yang dipenjara serta membantu mereka dari aspek kewangan dan sokongan moral. Segala keperluan dan aduan mereka akan dipenuhi dan dibantu sedayanya.
Pada 1965, tahun yang menyaksikan syahidnya tokoh agung Ikhwan Muslimin, Sayyid Qutb. Seramai lebih daripada 200 orang akhawat ditangkap dan dipenjarakan termasuklah Aminah Ali.
Semasa dalam tahanan rejim Jamal Abdul Nasir ini, sakit yang dihidapi oleh Aminah Ali menjadi semakin serius. Beliau seringkali jatuh pengsan akibat penyakit kencing manis. Bahkan, sakitnya menjadi semakin serius disebabkan pihak penjara menyediakan roti dan asal iswid (sirap pekat dan hitam yang ditapis daripada gula mentah dalam proses pembersihan) sebagai makanan rutin penjara yang pada hakikatnya adalah makanan terlarang bagi pengidap sakit kencing manis.
Sakit beliau yang semakin hari semakin kronik ini akhirnya menyebabkan pihak penjara merancang supaya beliau dikeluarkan bagi tidak menyusahkan pihak pengurusan penjara jika sekiranya beliau mati dalam tahanan. Perancangan ini dilakukan dengan menawarkan pertukaran pertuduhan Aminah Ali dengan suaminya (yang ketika itu juga dalam tahanan). Ini bermakna segala pertuduhan dan kesalahan yang disabitkan ke atas Aminah Ali akan dipikul oleh Ustaz Mahmud Al-Jauhari.
Persetujuan dimateri, maka Aminah Ali dibebaskan dengan harapan pihak penjara beliau akan mati tidak lama kemudian di luar penjara. Walaubagaimanapun perancangan Allah itu mendahului perancangan musuh-Nya. Allah mentakdirkan dan menghendaki Aminah Ali hidup selama 15 tahun selepas pembebasannya dari penjara dan sepanjang tempoh itu beliau tetap thabat dalam menyampaikan risalah Islam kepada manusia.
Beliau merupakan qudwah bukan sahaja sebagai seorang pembawa risalah yang amanah, tetapi juga sebagai seorang isteri yang taat dan ibu yang sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Apabila mendapat pengkhabaran kesyahidan anaknya yang pergi berjihad menentang Yahudi laknatullah dalam perang Oktober 1973, tiada yang terucap keluar dari bibirnya melainkan kalimah “Alhamdulillah, syukur ke atas-Mu yang telah memuliakan aku dengan kesyahidannya”.
Ustaz Mahmud Al-Jauhari dalam bukunya bertajuk Al-akhawat Al-Muslimat, beliau menggambarkan isterinya sebagai seorang yang tidak pernah lalai dari tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan dakwah. Hari-harinya dimulakan dengan menunaikan tanggungjawabnya di dalam rumah dan terhadap suami dan anak-anak. Setelah selesai, beliau akan keluar untuk memberi ceramah-ceramah di masjid-masjid dan melaksanakan amal-amal dakwah. Dan pada tengaharinya pula, beliau akan kembali ke rumah untuk bersedia menyambut kepulangan suaminya.
Aminah Ali dijemput menghadap rabnya pada tahun 1980. Suami beliau selepas itu terus setia dengan janji mereka untuk terus thabat dalam dakwah dan akhirnya meninggal dunia 24 tahun kemudian iaitu pada tahun 2004. Moga kebahagian di alam sana menjadi milik mereka yang mutlak selepas segala penat lelah dan perit jerih di dunia yang fana ini.
Sesungguhnya, beliau telah setia pada janjinya dengan Allah dan Rasul dalam memperjuangkan agama ini. Beliau telah membuktikan bahawa risalah ini adalah begitu mahal berbanding dengan harga sebuah kehidupan. Justeru, beliau tidak ragu-ragu mengorbankan seluruh kehidupannya demi mengotakan janji tersebut, walau berperang dengan kesakitan dan ketidakupayaan. Semoga roh semangatnya terus mekar mewangi dan terus menjadi motivasi buat kita pewaris dakwah ini.
Sumber : ISMA Mesir
0 komen:
Post a Comment