.

Wednesday, 8 June 2011

Hari Tanpa Asap Sedunia – Anda sokong?

Hari Tanpa Rokok SeDunia 2011 :

Tahukah anda bahawa tanggal 31 Mei 2011 telah diistiharkan sebagai Hari Tanpa Rokok Sedunia (World No Tobacco Day 2011) ?

Penggunaan rokok merupakan salah satu ancaman terbesar kesihatan masyarakat di seluruh dunia yang pernah dihadapi di sepanjang abad. Rokok membunuh lebih daripada 5 juta orang setiap tahun – dengan purata seorang mati pada setiap 6 saat dan manjadi penyebab kepada 1 daripada 10 kematian orang dewasa.

Separuh daripada perokok akhirnya akan meninggal akibat penyakit yang berkaitan dengan akibat tabiat merokok. Lebih daripada 80% daripada 1 bilion perokok di seluruh dunia adalah di kalangan penduduk negara yang berpendapatan rendah dan sederhana, di mana beban penyakit yang berkaitan dengan rokok dan penyebab kematian yang paling serius.

Perokok yang mati awal menyebabkan keluarga mereka kehilangan pendapatan, meningkatkan kos penjagaan kesihatan dan menghalang pembangunan ekonomi keluarga mereka.

Tabiat merokok adalah ‘pembunuh yang berperingkat’ dan kerana ada fasa beberapa tahun di antara saat mereka mula merokok dan ketika kesihatan mereka mula menderita, wabak penyakit yang berkaitan dengan tembakau dan kematian baru saja bermula.

Rokok menyebabkan 100 juta kematian pada abad ke-20. Jika tabiat membunuh diri secara perlahan-lahan ini terus berlangsung, merokok akan menyebabkan hingga 1 bilion kematian menjelang pada abad ke-21.

Itu tidak termasuk perokok pasif apabila asap yang mengisi restoran, pejabat, masjid, sekolah atau di rumah turut melibatkan mereka yang tidak bersalah. Tidak ada orang yang selamat daripada kesan buruk asap rokok ini. Setiap kita berhak untuk dapat menghirup udara segar dan bebas dari asap rokok.

Undang-undang larangan merokok akan melindungi kesihatan semua orang samada perokok dan yang tidak merokok, ianya semakin diterima oleh masyarakat, tidak merugikan perniagaan dan menggalakkan perokok untuk berhenti walaupun boleh kita pertikaikan keberkesanannya.
 
 Pemimpin-pemimpin kerajaan dan masyarakat, agensi kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya mestilah terus komited untuk mengurangkan jumlah orang ramai yang merokok dan membenteras kemunculan perokok-perokok baru terutamanya di kalangan generasi muda kita.

Apatah lagi sebagai umat Islam, rokok adalah sesuatu yang dilarang oleh ajaran Islam dan meninggalkannya adalah satu kemestian. Berhadapan dengan bulan Ramadhan al Mubarak yang semakin hampir tibanya, inilah saat terbaik untuk semua kita memulakan kehidupan baru dengan semangat yang lebih tinggi.
Sebagai seorang pengamal perubatan dan apatah lagi sebagai seorang aktivis dakwah dan kemanusiaan, maka saya merayu supaya anda berusaha untuk berhenti merokok. Kalau pun anda tidak merokok, anda mesti membantu si dia yang terdekat dengan anda untuk berusaha gigih bagi meninggalkan terus tabiat buruk ini….

Selamat berjuang.


Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban


2 komen:

  • bosan...cerita laen lah...kat malaysia ni pon hidop lagi ladang tembakau..menteri2,,ustaz2,imam2 pon sebok beli rokok hisap rokok depan anak2 lagi,,usahe yg sia2 selagi rokok tak diharamkan utk dijual!!

    2. Arak pon haram, lagi berdosa besar,dah termaktub dalam Quran dan Hadis,ada Majlis Agama ambil berat anak2 Islam cekik Arak?first thing first lah kawan..

    2 August 2011 at 11:21

  • "Pemimpin-pemimpin kerajaan dan masyarakat, agensi kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya mestilah terus komited untuk mengurangkan jumlah orang ramai yang merokok dan membenteras kemunculan perokok-perokok baru terutamanya di kalangan generasi muda kita"
    ::: Kerana Pemimpin2 pun masih sibuk beli rokok, hisap rokok depan anak cucu,setuju?

    "Apatah lagi sebagai umat Islam, rokok adalah sesuatu yang dilarang oleh ajaran Islam dan meninggalkannya adalah satu kemestian"
    :::Ustaz2,imam2 juga masih terselit rokok di kocek baju mereka..

    Natijahnya, pemimpin yang harus memainkan peranan selaras dengan kata hikmah "Kepimpinan Melalui Tauladan",mengapa tak menggunakan kuasa yang ada,mengharamkan terus penjualan rokok,menghapuskan ladang2 tembakau,dan menyekat segala aktiviti penyuludupan rokok dan bahan tembakau. Dan jawapan mengapa pihak berkuasa tidak menggembleng tenaga dan usaha untuk menghapuskan terus Hasil Tembakau dari bumi Malaysia ini ialah... Hasil Cukai..fikir2kan..perokok juga berbakti, menyumbang dan berkorban untuk kesejahteraan Negara. :)

    2 August 2011 at 11:30

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.