Dr Mohd Badi’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Sesungguhnya Islam yang kita seru manusia adalah rahmat Allah kepada seluruh alam dan jalan yang lurus. Dengan Islam manusia akan mengecapi kebahagiaan; di mana Islam melindungi jiwa, harta dan kehormatan, dan semua orang menikmati kebebasan, keadilan dan kesamarataan, dan melimpahkan keamanan dan keselamatan di segenap pelosok bumi; seluruh umat manusia dapat menikmatinya, tanpa diskriminasi antara warna, keturunan atau ideologi, di mana setiap orang adalah sama, untuk mereka apa yang kita miliki, dan mereka adalah milik kita.
Wahai umat Islam .. Wahai dunia seluruhnya
Ikhwan Muslimin masih setia dan jujur tentang apa yang mereka warisi dari Rasulullah saw bersama-sama dengan semua umat Islam. Imam al-Banna rahimahullah telah menyatakan dengan jelas lagi terang tanpa sebarang kekaburan, tidak ada yang tersembunyi di sebalik tipu daya dan kelicikan ahli politik, dan tiada apa yang terselindung di ” belakang tabir politik “. Seluruh dunia dapat mendengar kata-katanya:
“Kami akan menyeru para pemimpin yang berada di barisan pertama .. kami menyeru mereka untuk memimpin, kami beritahu mereka: Inilah jalannya .. inilah jalan yang didokong oleh rakyat.
Mari kita berjalan di atas keberkatan Allah. Kita adalah satu bangsa yang beradab dengan adab Islam, yang memahami maksud kata-kata Rasulullah saw :
“Ummat saya akan terus dalam kebaikan selagi yang kecil menghormati yang besar, dan yang besar menyayangi yang kecil”.
Oleh itu, kami tidak akan mendahului apa yang kalian telah dahului, dan kami tidak akan mencanggahi kalian selagi kalian berada di atas kebenaran, dan kalian telah bersungguh-sungguh sedaya upaya kalian. Seandainya kalian telah lakukan demikian teruskanlah, tetapi jika kalian tidak melakukannya, maka kalian telah meninggalkan amanah, dan diri kalian telah kehilangan makna kepimpinan, dan kita perlu mencari pemimpin yang benar-benar membawa amanah.
Mereka ini tetap ada; Firman Allah swt (bermaksud);
“dan jika kamu berpaling niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini”. (Muhammad: 38).
Imam Al-Banna turut mengajar kita, agar kita mengatakan kepada semua orang: “Politik bukanlah sekadar suatu pekerjaan yang memerlukan kerajinan, dan bukan mahu merebut habuan apapun, tetapi mereka menguruskan urusan bangsa yang membawa kebaikan kepada umat manusia, dan diredhai Allah ..Politik adalah satu tanggung jawab penuh, bukan sekadar di dalam dewan parlimen, dan bukan kerana takut menjawab persoalan dari ahli parlimen lain, tetapi tanggung jawab di hadapan Tuhan, dan takutkan perhitungan Tuhan, terhadap semua perkara yang besar mahupun kecil.
Firman Allah swt (bermaksud):
“Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang Telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun”. (Al-Kahfi: 49)
Slogan musuh kita, “Pecah dan Takluk”
Ini merupakan percaturan untuk setiap penjajah perampas, dan semua penakluk perampas; kerana yakin bahawa mereka tidak akan menemui sebuah perhentian yang menjadi sebab kepada mereka untuk membina kesatuan negara, dan kemudian sememangnya konspirasi mereka siang dan malam, adalah memecah belahkan umat Islam sejak dahulu hingga sekarang.
Pada zaman dahulu, seorang tokoh Yahudi Syas bin Qais, melalui sekelompok Aus dan Khazraj yang berhimpun di dalam satu majlis. Lalu timbul kebenciannya terhadap perpaduan dan keakraban yang ia lihat dari mereka, dan hubungan yang baik antara mereka di atas Islam selepas berlaku permusuhan di zaman jahiliah. Beliau mengatakan: “Demi Allah, aduhai celaka kami kerana apabila mereka bertemu kedudukan mereka semakin kukuh”. Lalu beliau menyuruh seorang pemuda Yahudi, ia berkata: “Dekatilah mereka, duduklah dengan mereka dan ungkitlah kembali tentang kisah perang Bu’ath, dan alunkan syair-syair yang pernah mereka perdebatkan”. Lalu pemuda itu melakukannya, Maka akibatnya Aus dan Khazraj menjadi bertengkar dan saling bangga-membangga, sehingga dua lelaki menghunuskan pedang kerana berdebat, sampai ada di kalangan mereka yang menjerit: “senjata senjata”, Lalu berita tersebut sampai kepada Rasulullah saw, Maka dengan segera Rasulullah keluar menuju kepada mereka dan berkata (bermaksud):
Yahudi sentiasa berusaha memecahbelahkan umat Islam supaya mereka boleh bertahan lebih lama di dunia ini.
“Wahai kaum Muslimin, Allah Allah, Alangkah keterlaluan kalian, adakah kalian mengangkat seruan-seruan jahiliah padahal aku masih berada bersama kalian selepas Allah memimpin kalian kepada Islam dan memuliakan kalian, Allah telah memutuskan perkara jahiliah dari kalian, dan menyelamatkan kalian daripada kekufuran dan menyatukan hati-hati di antara kalian. Adakah kalian akan kembali seperti kalian kafir dahulu”.
Justeru mereka menyedari bahawa amalan ini adalah dorongan Iblis dan tipu daya musuh, lalu mereka mencampakkan senjata dari tangan mereka. Mereka menangis dan memeluk orang-orang dari Aus dan Khazraj satu sama lain, kemudian mereka beredar bersama Rasulullah saw dengan patuh dan taat. Dengan demikian Allah telah memadamkan api permusuhan dari musuh Allah. Dalam hal ini Allah mengungkapkan dalam firmanNya (bermaksud):
“ Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman”. (Al-Imran: 100)
Manakala konspirasi dan tipu daya licik musuh di zaman moden ialah ketika duta besar Perancis, Jeneral Sebastian telah menyerahkan sebuah laporan kepada Napoleon Bonaparte pada 12 Julai 1808 yang merangkumi situasi dalaman dan dasar luar negeri Negara Khilafah Islam Turki pada masa itu, beliau berkata: “.. Bolehkah kita masukkan rancangan memecah-belahkan antara Muslimin? Saya tidak tahu apakah itu mungkin boleh berjaya? ? Tetapi soalan ini selalu bermain di fikiran saya: Apakah mungkin untuk memasukkan permusuhan mazhab antara kaum muslimin? Jika mungkin, ialah dengan cara mencipta konflik dalam agama Islam, maka perampasan tanah yang dikuasai oleh Turki di Eropah menjadi mudah .. “?.
Menurut Theodor Herzl dalam Persidangan Freemason pada tahun 1903: “.. kita mengiktiraf semua agama, dan kemudian kita meletakkan tanda soal, Apabila penganutnya bergoncang, maka kita kembali ”, dan berkata: “Tiada yang kekal, melainkan undang-undang Musa, tetapi jalan pintas ialah kita memasuki agama manusia, dan memelihara Israel di hati kita, untuk mewujudkan perbezaan, doktrin-doktrin dan mazhab, bagi mewujudkan berbilang-bilang jenis, tujuan dan caranya; kerana orang menjaga kambing di tanah mereka, dan kita tidak mungkin memiliki, memakan dagingnya, dan merampas tanah mereka melainkan kita mencetuskan api permusuhan di antara mereka, untuk memudahkan kehancuran di tangan kita “
“Israel” entiti Zionis menduduki simbol perkauman
Allah telah mengingatkan kita tentang konspirasi orang Yahudi dan peranan mereka dalam menyalakan api peperangan, Allah swt berfirman (bermaksud):
“Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan.” (Al-Maidah: 64)
Tangan mereka telah menyalakan api dalam sekam, yang tidak kelihatan, dan jauh dari lapangan, Namun api tersebut terus marak sampai ke medan perang iaitu di semua negeri Muslim, yang menyebabkan masing-masing di ancam bahaya, atau adanya usaha-usaha yang menghalang tercapai tujuan mereka.
Perang di Sudan dan pemecahannya tidak lain adalah hasil tangan mereka, konflik dan perang yang terjadi antara dua kumpulan di Palestin juga tidak lain adalah hasil perancangan mereka. Sudah pasti mereka membenci perdamaian yang termetri antara Fatah dan Hamas. Kita berdoa kepada Allah menyempurnakan rahmat iaitu tercapai perdamaian ini ke matlamatnya, dan warga Palestin dapat merealisasikan secara praktikal dari kata-kata Allah (bermaksud): “Allah memadamkannya” dan menamatkan peperangan sesama mereka selama-lamanya, dan berpegang teguh dengan agama Allah dan bersatu dalam menghadapi perampas yang menjajah.
Jalan keselamatan ..Keimanan dan Kesatuan
Yang dipelajari dari Ikhwan di Mesir … kekuatan bermula dari Kekuatan Iman & Aqidah, kemudian Kekuatan Ukhuwwah & Wahdah (Kesatuan), kemudian Kekuatan Fizikal & Bantuan Luaran.
Wahai Muslimin, Saya tidak yakin bahawa Barat inginkan kebaikan bagi umat Islam.
Saya tidak terfikir bahawa pakatan Zionis Amerika inginkan revolusi kita yang penuh berkat ini mencapai tujuannya, bermula dengan kita menikmati kebebasan di negeri kita, bebas dalam menentukan keputusan kita, dan seterusnya mempunyai kedaulatan atas tanah air kita.
Di sini saya menyeru kepada semua umat Islam bahawa jalan yang akan membawa keselamatan dari konspirasi musuh dan revolusi mencapai tujuannya adalah dirumuskan seperti berikut:
Pertama: Kekuatan iman kepada Allah swt, menyempurnakan pergantungan kepada-Nya, dan memohon sepenuh hati kepada-Nya, meminta sokongan-Nya, dan berharap kepada pertolongan-Nya, dan berbangga dengan kemuliaan Allah yang bersumber dari iman ini:
“..padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin”. (al-Munafiqin: 8).
Kedua: Mengukuhkan struktur binaan, menguatkan ikatan dari kelompok kita, dan menguatkan asas, membersihkan hati, memurnikan pendirian, menetapkan makna kesetiaan dan merasai kesucian persaudaraan, dan menyinarkan hati dengan perasaan cinta kepada Allah:
“Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”(al-Hujurat: 10).
Ketiga: Menolak perpecahan dan konflik: Umat Islam tidak dapat dikalahkan walaupun hanya dengan bilangan tentera yang sedikit jumlahnya, atau kekurangan peralatannya, dan jumlah tentera musuh yang besar, atau persiapan musuh yang rapi, dan walaupun musuh mengumpulkan orang-orang dari seluruh bumi, tetapi kita akan kalah jika hati kita rosak, dan Allah tidak membaiki amalan kita, atau bercerai berai barisan kita, dan pandangan kita berbeza-beza. Kita hendaklak bertitik tolak dari firman Allah swt (bermaksud):
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai” (Al-Imran: 103).
Hal ini diperkuatkan dengan firman Allah swt (bermaksud):
“Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Anfal: 46).
Keempat: Bergerak pada perkara yang kita persetujui bersama, dan tinggalkan perkara yang kita tidak setuju untuk sementara: Hukum ini menjadikan kita sebagai satu barisan, dan satu tangan, dan kita dapat mencapai tujuan kita. Saya tidak menyatakan bahawa kami betul ketika kami memutuskan untuk turun ke lapangan pada tarikh 25 Januari dengan tujuan yang disepakati oleh semua orang. Bagi kami ianya adalah pertolongan Allah .. Oleh sebab itu saya menggalakkan semua kumpulan mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan revolusi yang berperanan mengurus sesama mereka, dan kita tidak akan turun ke lapangan kecuali di atas tuntutan yang dipersetujui.
Ikatan Muslimin Malaysia 2010 dalam konvensyen memantapkan fikrah Hasan Al-Banna, pengasas jemaah Ikhwan Muslimin.
Kelima: Menghormati pendapat majoriti. Ini adalah asas demokrasi. Sekumpulan orang atau sekumpulan ahli fikir janganlah menggambarkan bahawa rakyat lemah dan tidak mampu memahami kepentingan, atau tidak dapat memahami politik. Salah faham ini menunjukkan seolah-olah rakyat belum cukup umur dan belum mumayyiz perlukan ‘wali’, seperti yang dilakukan rejim dahulu.
Kami tetap mengatakan bahawa warga Mesir adalah warga yang hebat, dan bahan mentahnya asli, tidak berubah atas faktor masa, tidak memberi kesan dengan panjangnya cubaan dan mehnah. Tanah yang telah menutupinya atau tanah basah yang telah mengelilinginya, tidak merosakkan keaslian dan kandungannya. Sejarah telah menyaksikan kemajuan dan peradabannya. Mesir kita yang mulia ini tidak membenarkan perampas yang menjajah atau yang datang dekat dengannya, melainkan warganya mempunyai peranan besar dalam menghentikan kepalsuannya dan membalikkan akibatnya .. Benarlah nabi kita yang pernah menyatakan bahawa mereka adalah sebaik-baik tentera di muka bumi dan bahkan mereka adalah sebaik-baik ulamak.
Jelasnya, warga yang mewujudkan revolusi besar ini adalah warga yang hebat yang mempunyai kemahuan dan cita-cita yang besar. Mereka boleh membezakan antara perkara yang memberi manfaat dan yang membahayakan dirinya, dan menyedari di mana kepentingannya, dan tahu bagaimana memelihara revolusi supaya mencapai tujuannya.
Keenam: Disiplin sangat penting bagi kejayaan demokrasi: Demokrasi dapat berjaya dan menuai buah yang baik dan berkat mestilah menjaga Peraturan-Peraturan asas ketika melaksanakannya:
Golongan minoriti yang tidak diterima pendapatnya hendaklah menjadi golongan yang paling awal melaksanakan pendapat majoriti
Mereka hendaklah melaksanakannya dengan ikhlas atas kefahaman bahawa itulah pendapat yang wajib diikuti. Mereka hendaklah mempertahankannya sebagaimana yang dipertahankan oleh golongan majoriti. Golongan minoriti tidak berhak untuk membahaskan sesuatu pendapat yang telah selesai sesi perbahasannya, atau menimbulkan kekeliruan pada sesuatu pendapat yang telah diputuskan untuk dilaksanakan/dikuatkuasakan.
Ketujuh: Menahan diri dari berbalas tuduhan ketika perbezaan pendapat merupakan fenomena yang sihat. Setiap orang berhak mempertahankan pendapatnya, dan mengajak kepadanya .. Tiada seorangpun yang disekat akalnya dari berfikir kerana kebebasan berfikir dan memberi pendapat merupakan hak yang dijanjikan untuk semua tanpa membezakan puak antara satu sama lain. Namun dengan pengiktirafan kami ke atas hak ini, kami memberi peluang kepada semua untuk menyatakan pendapatnya sebelum keputusan dibuat, dan tanpa mencemuh pandangan pihak lain. Tidak sepatutnya bagi orang yang merdeka dan berakhlak mulia melemparkan tohmahan kepada mereka yang tidak bersetuju dengannya .. atau menghina dan meremehkan mereka..
Jadikan slogan semua orang pada tahap kritikal ini ialah seperti firman Allah swt (bermaksud):
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Hujurat: 12)
Justeru, Imam al-Banna rahimahullah telah meninggalkan Wasiat kepada Ikhwan Muslimin:
”Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebaikan.“
Kelapan: Kesabaran adalah antara tuntutan marhalah dan sebaik-baik perkara yang membantu kita untuk menempuhi marhalah ini dengan selamat ialah dengan meneguhkan diri kita dengan sifat sabar dan kesabaran. Ini kerana kerosakan dan korupsi telah bertimbun selama enam dekad, tidak boleh diubah dalam satu bulan atau dua bulan, tetapi mungkin perlu menunggu selama bertahun-tahun. Justeru, kita mulakan langkah pertama di jalan, dan tugas kita adalah untuk terus berjalan. Ianya bukan kerana kepentingan peribadi dan keinginan hawa nafsu dan kita selalu mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan khusus.
Kita pasti bahawa masa adalah sebahagian dari rawatan .. kerana bagi kita kemuliaan itu ialah apabila kita bersepakat, dengan bersabar di atas karenah orang lain. Senjata kita hanya firman Allah swt (bermaksud):
“Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung”. (Al-Imran: 200).
Dr Mohd Badi’
Mursyid Am Ikhwan Muslimin
Sumber :Ini Jalanku
0 komen:
Post a Comment