.

Tuesday, 14 June 2011

SPKGD diharap satukan gerakan dakwah bagi atasi suara musuh Islam


BANDAR BARU BANGI, 13 Jun – Penubuhan satu gabungan gerakan dakwah di antara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) diharap dapat membuka mata semua pihak akan kepentingan bersatu dalam isu-isu yang disepakati bersama.

Demikian harapan yang dilontarkan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman terhadap Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang menggabungkan tiga NGO Islam di atas.

Mengulas mengenai tujuan penubuhan SPKGD, beliau menjelaskan bahawa sekretariat ini diwujudkan untuk menyatukan gerakan-gerakan dakwah di negara ini bagi menangkis ancaman luar dan mendidik masyarakat ke arah kefahaman Islam yang sahih.

“Isu-isu yang melibatkan umat Islam kebelakangan ini agak membimbangkan kita. Terbaru, isu kitab Bible Melayu yang jelas tidak memihak kepada Islam di samping banyak lagi isu-isu sebelum ini yang mencabar kedaulatan Islam.”

“Situasi ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika kerajaan dan pembangkang sudah tidak mempedulikan isu ini, maka NGO-NGO Islam perlu bersuara sebagai pihak ketiga.”

“Namun bagi mengatasi suara musuh yang lebih kuat, NGO-NGO Islam ini perlu bergerak dalam bentuk persepakatan agar lebih mendapat perhatian,” ujar Ustaz Abdullah Zaik.

Majlis pelancaran sekretariat ini akan berlangsung esok (14 Jun 2011) di Dewan Besar Kolej Dar al Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Beliau juga berharap agar suara sekretariat ini akan didengari sebagai suara yang membela Islam secara bebas, bukan atas dasar politik atau mana-mana kepentingan lain.

SPKGD akan bertindak mengadakan program-program kesedaran tentang isu-isu umat Islam dan mengeluarkan kenyataan berhubung isu-isu semasa.

Pada masa hadapan juga akan ada program-program berbentuk gabungan yang melibatkan NGO-NGO lain yang ingin turut serta.

“Diharap lebih banyak pihak yang ingin bersama atas tujuan membela kedaulan Islam di negara ini,” tambah Ustaz Abdullah Zaik.

Sumber : ISMA Web

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.