KUALA LUMPUR, 26 Jun - Aman Palestin melalui agensinya Public Campaign 2 Protect Palestine telah menarik diri daripada menyertai misi pelayaran keamanan Freedom Flotila II.
Keputusan ini dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi PC2P, Dr Isa Hamzah kepada Pengerusi Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, Dr Noorazman Shamsudin.
PC2P turut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menganggotai gabungan LL4G.
Walaupun tidak mengambil bahagian dalam misi kali ini, Aman Palestin akan tetap komited membantu rakyat Palestin melalui mekanisme-mekanisme lain seperti yang telah dilaksanakan ketika ini.
Sumber : ISMA Web
Sumber : ISMA Web
0 komen:
Post a Comment