DUNEDIN – Program “The Magnificence of the Ummah” anjuran ISMA New Zealand telah membawa 25 orang peserta yang hadir menyingkap sejarah ummat Islam bermula dari penurunan manusia pertama di muka bumi ini, iaitu Nabi Adam A.S. sehinggalah kepada suasana masyarakat ummat Islam sedunia pada masa kini.
Tujuan program ini dijalankan bagi membangkitkan rasa izzah menjadi ummat Islam yang pada masa dulu pernah memegang tampuk pemerintahan dunia. Program ini juga ingin memberi daya tolak dalam diri untuk sama-sama mengembalikan kegemilangan Islam melalui pengajaran yang boleh di ambil dari kisah-kisah terdahulu.
Misteri sejarah diri setiap peserta yang merupakan sebahagian ummat Islam disingkap satu demi satu oleh 3 orang pembentang dengan pembentangan yang cukup mantap. Video- video yang menarik seperti “1001 Inventions” yang merupakan video promosi Pameran Ketamadunan Islam di Perpustakaan Sains di London pada Jun tahun lalu membuktikan Zaman Kegemilangan Islam diperakui sedunia.
Program yang dijalankan secara tahunan ini telah membawa sedikit kelainan dengan menyentuh juga secara khusus sejarah ummat Islam di Nusantara. Melalui imbasan sejarah-sejarah ini, ia jelas menunjukkan bahawa kehebatan semangat kepahlawanan pejuang terdahulu dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air kita. Serangkap pantun untuk diperhalusi maksudnya iaitu ;
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai di kata,
Jiwa dan raga hamba serahkan.
Ini merupakan pantun yang di tujukan oleh kerajaan Islam Acheh dan Demak kepada kerajaan Islam Melayu Melaka bagi mengibarkan seruan jihad menyelamatkan kota bersejarah ini.
Sumber: Laman Web ISMA New Zealand
0 komen:
Post a Comment