.

Friday, 6 May 2011

Pendirian terhadap pembunuhan Osama bin Laden

Usamah bin Laden

Dunia telah merasa dan umat Islam sendiri telah banyak merana akibat serangan media antarabangsa yang sengit kearah mengaitkan Islam dengan keganasan (terrorism), menyifatkan umat Islam sebagai pengganas dengan mengaitkan Peristiwa 11 September dengan Tanzim Al-Qaedah.



Hari ini Presiden Obama telah mengumumkan kejayaan pasukan khas Amerika melakukan pembunuhan keatas Asy-Syeikh Usama bin Laden dan beberapa pengiringnya.

Asy-Syeikh Usamah bin Laden

Jika benar seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Obama tersebut, dengan tegas kita nyatakan bahawa kita menolak penggunaan kekerasan secara am dan bentuk pembunuhan sedemikian. Sebaliknya kita menuntut sebarang kesalahan hendaklah dibawa pelakunya ke muka pengadilan di mahkamah yang adil.

Amerika menceroboh dan menjajah Afghanistan

Kita meminta semua pihak di seluruh dunia, lebih-lebih lagi rakyat dan pemerintah dikalangan umat Islam agar berhenti dari mengaitkan Islam dengan keganasan, menjernihkan kembali gambaran-gambaran yang salah yang sedikit sebanyak telah menjadi sebati sejak bertahun-tahun yang lalu.

Kita menegaskan bahawa Penentangan yang sah terhadap sebarang bentuk pencerobohan dan penjajahan asing terhadap mana-mana negara adalah suatu hak asasi yang selari dengan undang-undang yang dibenarkan oleh Agama-agama Samawi dan Ketetapan-ketetapan Antarabangsa. Usaha kotor dengan cara mencampuradukkan diantara Penentangan yang sah dengan keganasan yang menyimpang terhadap insan-insan yang tidak bersalah adalah suatu strategi dan usaha yang disengajakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak Zionis.

“Mereka (orang-orang kafir) akan terus memerangi kamu (uamt Islam) hingga mereka dapat memurtadkan kamu sekiranya mereka mampu …” (Al-Quran)

Selagimana masih ada penjajahan kuasa asing ke atas sesebuah negara, maka selagi itulah akan terus ada Penentangan yang sah terhadap pencerobohan dan penjajahan tersebut. Oleh itu hendaklah Amerika, NATO dan Kesatuan Eropah segera mengumumkan berakhirnya pencerobohan dan penjajahan mereka keatas Afghanistan dan Iraq, serta mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin yang sah.


Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku


0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.