.

Monday 4 April 2011

Potong gaji RM5 untuk Palestin



PETALING JAYA: Orang ramai kini punya cara mudah menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis apabila Aman Palestin memperkenalkan sistem potongan gaji RM5 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, berkata menerusi skim itu, orang ramai tidak perlu lagi ke pejabat organisasi berkenaan atau lokasi yang menyediakan tabung terbabit seperti diamalkan sebelum ini termasuk di masjid, surau dan pusat beli-belah.
“Tabung Palestin sebenarnya sudah dilancarkan September lalu, namun menerusi skim potongan gaji ini, lebih sesuai dan memudahkan orang ramai menyumbang,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pejabat Aman Palestin dan memperkenalkan Ikon Tabung Palestin, di sini semalam.
Personaliti televisyen, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf dipilih menjadi ikon berkenaan sekali gus bertindak sebagai duta Aman Palestin. Hadir sama, Penasihat Aman Palestin, Datuk Muhd Safaruddin Muhd Sidek.
Abdullah Zaik berharap kemudahan itu akan dapat merealisasikan sasaran kutipan tahun ini sebanyak RM20 juta yang akan disalurkan terus ke pejabat Aman Palestin di Gaza sambil disokong saluran kutipan derma lain, termasuk melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
“Bagi yang ingin menderma dalam bentuk material pula, boleh terus ke 14 cawangan Aman Palestin termasuk yang terbaru di sini. Aman Palestin juga dalam perancangan untuk membuka dua lagi cawangan iaitu di Sabah dan Sarawak,” katanya.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.