.

Thursday 7 April 2011

Seminar Obor Kasih ISMA Zon Selatan 2011

Program Seminar Obor Kasih ISMA Zon Selatan 2011
Satu program khusus untuk pasangan Ahli ISMA yang telah berumahtangga akan diadakan pada 10 April 2011 di Dewan P19, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang pada hari yang sama.
Program yang dinamakan sebagai Seminar Obor Kasih ini akan dianjurkan oleh Biro Wanita dan Keluarga ISMA Cawangan Johor Bahru dengan bertemakan "Keluarga Positif, Dakwah Efektif". 

Antara pengisian menarik seminar ini adalah :

1) Ceramah 1 bertajuk "Rumahtangga Muslim antara Harapan dan Realiti” oleh Professor Dato’ Dr Sidek Baba yang merupakan seorang tokoh yang terkenal.

2) Ceramah 2 bertajuk "Bahtera Kukuh Umat Utuh” oleh Al Fadhil Ustaz Rushdi Alias, JKP ISMA Pusat

3) Forum Perkongsian Pengalaman Panel dari ISMA Shah Alam dan Negeri Sembilan.

Manakala objektif seminar ini pula ialah :

1) Membina dan mengekalkan kemesraan dan kasih sayang di kalangan pasangan ISMA supaya kekal efektif dalam dakwah dan mampu melahirkan generasi pewaris,

2) Mendedahkan cara  berkomunikasi yang berkesan antara pasangan, dan
3) Menjadikan keluarga ISMA sebagai qudwah kepada ahli ISMA dan Masyarakat.
Kepada ahli ISMA yang berkenaan boleh menghubungi urusetia seminar yang telah dilantik untuk mendapatkan sebarang info berkaitan seminar ini.
JOHOR                    -           PUAN AZIZAH (019 7540700)
MELAKA                 -          USTZAH ROZITA (019 3504990)
SEREMBAN            -           DR ZAINON (019 2339566)
PORT DIKSON       -          USTAZAH HAYATI (013 3755308)

Sekian, dimaklumkan..

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.