.

Thursday 14 April 2011

Seminar Kerjaya Perubatan di Sekolah Tun Fatimah anjuran I-Medik Cawangan Johor

Sesi pengenalan I-Medik Johor
JOHOR BAHRU, 9 April – Bertempat di Dewan Sekolah Tun Fatimah (STF), Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik) cawangan Johor telah berjaya mengadakan Seminar Kerjaya untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dari sekolah berkenaan.


Seminar Kerjaya yang memfokuskan kepada kerjaya sains perubatan dan kesihatan bersekutu ini telah berjaya menarik minat lebih 150 pelajar, yang rata-ratanya bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan, doktor gigi dan ahli farmasi. Seminar telah bermula dengan sesi pengenalan tentang organisasi Imedik kepada para pelajar oleh pengerusi I-Medik Cawangan Johor, Dr. Azmir Shaari dan diteruskan dengan pembentangan ‘Laluan kerjaya perubatan selepas SPM’ oleh Dr. Izzaturrahmi.

Antara peserta yang terlibat
Selepas berhenti rehat seketika untuk minum pagi, seminar diteruskan dengan sesi forum dan perkongsian pengalaman. Sesi yang berlansung secara santai dan mesra ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar .Pelbagai soalan menarik telah dibincangkan dengan baik oleh para panelis yang terdiri daripada Dr. Nadia, Dr.  Anayasmin dan Cik Raihan. Sesi forum ini telah dipengerusikan oleh Cik Siti Khatijah. Seminar diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata daripada pihak I-Medik dan juga STF.

Berdasarkan maklum balas daripada pihak STF dan para pelajar, pihak penganjur merasakan bahawa seminar ini telah berjaya mecapai objektif utamanya untuk memberi pendedahan awal tentang dunia perubatan. Menurut kaunselor STF, Puan Muzdalifah, beliau menyambut baik seminar ini dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan.

Antara gambar program sepanjang program dijalankan di STF :
Penyampaian cenderahati penghargaan kepada Team I-Medik Johor oleh Kaunselor STF

Penyampaian cenderahati penghargaan

Slot Forum

Slot Pembentangan oleh Dr. Izzaturrahmi

Lagi penyampaian cenderahati

Peserta dari STF

Antara Team I-Medik Johor
Moga-moga program yang dijalankan menjadi satu permulaan yang akan menggencarkan lagi usaha Team I-Medik Johor untuk menjalankan program-program yang bermanfaat untuk masyarakat awam khususnya.

Media I-Medik Johor

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.