.

Thursday 7 April 2011

Perpecahan sentiasa mengundang musuh

“Kesatuan adalah adik Iman, manakala Perpecahan adalah adik Kufur” [Imam Hasan Al-Banna]

Apabila Ghadafi enggan berundur seperti berundurnya Mubarak (Mesir) dan Zainal Abidin (Tunis), rakyat dan negara berpecah kepada 2, iaitu penyokong dan penentang, ini mengundang Amerika dan Barat untuk campurtangan dan berusaha menjayakan agenda Kristian mereka, bukan agenda umat Islam dan Islam itu sendiri.
Dari sini, pengajaran terbesar yang kita perolehi ialah Gerakan Islam mestilah sentiasa berusaha dan menjadikan Kesatuan Umat itu sebagai salah satu keutamaan dan thawabit (prinsip yang tetap dan tidak berbuah walau apa keadaan sekalipun) samada di fasa awal perjuangan maupun di fasa perjuangan yang terkedepan. Bahkan Allah swt sendiri menjadikan Kesatuan itu saudara kandung kepada Iman, sedang perpecahan itu saudara kandung kepada Kufur. FirmanNya bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adik beradik (bersaudara atau berukhuwwah)” (Surah Al-Hujuraat).

Barat hanya akan berani masuk campurtangan atau menjajah negara umat Islam hanya apabila umat didalam negara tersebut benar-benar terpecah kepada 2 atau lebih, dimana salah satu pihak akan melaung panggilan meminta tolong Negara-negara Barat, PBB atau Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Ketika di Tanah Suci baru-baru ini seorang bertanya kepada saya mengenai slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB)” dengan kegusarannya beliau yang ikhlas akan penggunaan yang baik atau eksploitasi slogan tersebut oleh pihak tertentu yang jahat dan berkepentingan dalam senerio politik di Malaysia. Jawapan saya ialah bahawa slogan MSIB ini adalah lebih tinggi hemahnya dan lebih atas dari sebarang senerio politik semasa sesebuah masyarakat atau negara. Pada asas dan prinsipnya ia bukan lahir dari perkembangan sepak terajang politik kepartaian, akan tetapi ia adalah manifestasi dari petunjuk Ilahi yang menyeru kearah Kesatuan dalam semua keadaan, bahkan seruan kepada semua makhlukNya yang diciptakan. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tapi Allah dan janganlah kamu bercerai berai” (Al-Quran). FirmanNya lagi bermaksud, “Dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisih), nanti kamu akan rosak dan akan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar” (Surah Al-Anfaal). FrimanNya lagi bermaksud, “Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang berpecah belah selepas datang kepada mereka keterangan-keterangan. Bagi mereka azab yang pedih ..” (Al-Quran).

Tentera Amerika di Afghanistan. Mereka hanya boleh masuk apabila Mujahideen berpecah kepada dua iaitu (i) Taliban, dan (ii) Kumpulan-kumpulan Mujahideen yang berjaya mengalahkan Tentera Soviet (Rusia) pada tahun 1991.

MSIB dan apa sahaja slogan atau seruan ke arah Kesatuan adalah manifestasi petunjuk Ilahi yang wajib diperjuangkan oleh Islam dan gerakan Islam. Berdasarkan ini juga selepas kemenangan Revolusi 25 Januari di Mesir, Ikhwan Muslimin tetap dengan pendiriannya bahawa kesatuan umat Mesir menduduki keutamaan yang paling atas. Oleh kerana itu :
  1. Menasihati Mubarak agar segera melepaskan jawatannya dan keluar dari Mesir. Jika tidak, akan berlaku seperti apa yang sedang berlaku di Libya sekarang ini.
  2. Membuat kenyataan berulang kali di sepanjang Kebangkitan Rakyat bahawa Ikhwan Muslimin adalah sebahagian dari Rakyat, yang sekali-kali tidak bercerai badan dari Rakyat itu sendiri.
  3. Menjauhkan diri dari menonjolkan dirinya sebagai pelopor kepada Kebangkitan Rakyat, walaupun Mubarak, masyarakat awam di Mesir bahkan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Barat memahami bahawa Ikhwan Muslimin lah yang memainkan peranan utama dalam menjayakan Revolusi 25 Januari. Pada Ikhwan, memimpin Revolusi tersebut hanya lah memimpin seramai beberapa juta orang sahaja yang berdemontrasi. Ia masih merupakan nisbah yang kecil berbanding rakyat Mesir yang berjumlah kira-kira 80 juta orang. Pada Ikhwan Muslimin pemimpin rakyat yang hakiki adalah pemimpin yang dipilih oleh Rakyat yang menghayati Islam dan memahami risalah dan arah tuju yang dikehendakki Allah swt, yang dipilih melalui sebuah Pilihanraya yang bebas, telus dan adil. Sebenarnya prinsip ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjamin Kesatuan Umat itu sendiri agar nanti berjuang seperti dalam satu barisan dan bangunan yang kukuh, dalam menyebarkan cahaya Islam kepada umat-umat yang lain.
  4. Menolak pelawaan Kerajaan Amerika untuk membuat pertemuan resmi dengannya. Mursyid Am (Presiden) Ikhwan Muslimin ketika itu, Ustaz Mahdi Akef membuat kenyataan bahawa hendaklah hasrat itu disampaikan kepada Ikhwan Muslimin melalui saluran Kementerian Luar Negeri Mesir sendiri. Ikhwan faham benar bahawa Amerika tidak mungkin dapat menjajah Iraq melainkan setelah berlakunya perpecahan dalam umat Iraq itu sendiri. Kini Ikhwan tidak memberi ruang dan peluang kepada Amerika untuk mencetuskan perpecahan didalam rakyat Mesir.
  5. Mengumumkan untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Presiden Mesir dan akan bertanding dalam Pilihanraya Dewan Rakyat dengan bilangan kerusi yang tidak mencecah bilangan majoriti. Keputusan ini diumumkan beserta slogan penglibatan dalam pilihanraya mereka, “Musyarakah la Mughalabah”  bermaksud “Melibatkan diri (dalam Pilihanraya) dan bukan Menguasai”. Slogan ini meneguhkan lagi prinsip bahawa Ikhwan adalah sebahagian dari umat, sama menanggung, sama membangun dan bukan terpisah darinya.
  6. Mengajak orang-orang Kristian Mesir untuk menjadi ahli dalam Parti Kebebasan dan Keadilan milik Ikhwan.
Kesatuan Umat yang ditunjukkan oleh Ikhwan Muslimin adalah jauh mengatasi segala perkiraan dan percaturan yang lain. Prinsip ini mengatasi perasaan untuk menang dan membolot kerusi dalam pilihanraya, keinginan untuk menjadi presiden atau ketua, azam untuk menjatuhkan lawan atau seteru politik dan sebagainya.

Hakikat Kesatuan Umat seperti ini amat penting difahami oleh gerakan-gerakan Islam dan rakyat di Malaysia, agar mereka tidak hanyut dalam perpecahan disebabkan fahaman politik kepartaian yang sempit atau yang berkepentingan peribadi. Masanya telah tiba untuk tiap parti dan badan umat Islam di Malaysia agar merujuk dan menilai kembali strategi, perlaksanaan dan kesilapan lampau agar tidak diulangi di zaman dan generasi masakini, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Kesatuan Umat, khususnya Umat Islam itu sendiri.

Ustaz Halim :   www.inijalanku.wp.com

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.