.

Sunday 24 April 2011

Seminar Obor Kasih memberi semangat baru kepada keluarga ISMA


Peserta dan urusetia bergambar beramai-ramai di akhir seminar

Skudai -  Kira-kira seramai 120 orang peserta telah menyertai Seminar Obor Kasih 2011 yang diadakan di Dewan Kuliah P19, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor baru-baru ini. Seminar kekeluargaan selama sehari anjuran Biro Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru ini adalah buat julung-julung kalinya diadakan di Negeri Johor. Selain itu juga, seminar yang bertemakan Keluarga Positif, Dakwah Efektif ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi input-input dan maklumat kekeluargaan kepada kalangan ahli ISMA yang telah mendirikan rumah tangga. 

Seminar ini juga telah meletakkan tiga objektif asas iaitu untuk berusaha membina dan mengekalkan seluruh anggota keluarga sebagai aktivis dakwah, mendedahkan cara berkomunikasi yang berkesan antara pasangan dan menjadikan keluarga ISMA sebagai contoh kepada ahli ISMA dan masyarakat amnya. Seminar selama sehari ini juga telah dihadiri oleh 100 orang peserta ahli ISMA Zon Selatan iaitu dari Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Ceramah 1 : Prof Dato' Dr Sidek Baba
Pengarah seminar yang juga merangkap Ketua Wanita ISMA Cawangan Johor Bahru, Azizah Che Awang berkata sebagai penganjur utama seminar ini, Wanita ISMA adalah salah satu biro yang penting di bawah organisasi ISMA Pusat dan cawangan. Wanita ISMA sedaya upaya ingin mengajak masyarakat Malaysia supaya menghayati kehidupan Islam yang suci dengan menganjurkan berbagai-bagai program kesedaran yang berkaitan dengan kewanitaan dan kekeluargaan. Oleh itu katanya lagi, Wanita ISMA berhasrat untuk memikul bersama-sama masyarakat Malaysia dan bertanggungjawab mendidik kaum wanita dan keluarga serta anak-anak ke arah kehidupan yang seimbang, sihat dan sejahtera dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
 
Diantara penceramah terkenal yang diundang adalah Professor Dato’ Dr Sidek Baba yang merupakan seorang tokoh Pendidikan Negara dari Universiti Islam Antarabangsa dengan tajuk ceramahnya ‘Ibu Bapa Mithali, Anak Diberkati, Syurga Menanti’. Beliau memberi penekanan kepada pentingnya pembentukan keluarga muslim yang diharapkan mampu melahirkan generasi taqwa kerana Islam memberikan asas ketaqwaan sebagai ukuran kecemerlangan dalam kehidupan.

Ceramah 2 : Ust Rusydi Alias
Penceramah kedua pula iaitu Ustaz Rushdi Alias dari ISMA Pusat telah menghangatkan lagi suasana seminar dengan memberikan tip-tip yang segar dan relevan bagi ahli ISMA yang telah berumahtangga ini. Seterusnya adalah slot forum perkongsian pengalaman yang telah berjaya menceriakan peserta dengan panduan-panduan dan petua-petua rumahtangga yang menarik dari empat orang ahli panel iaitu dua pasangan suami isteri yang telah melalui pengalaman melebihi 25 tahun perkahwinan.

Seminar Obor Kasih ’11 ini juga telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh ucapan Yang Dipertua ISMA Cawangan Johor Bahru iaitu Tuan Hj Tahir Hamdan dimana beliau telah mengingatkan kepada peserta bahawa dengan kesibukan berkerjaya dan berdakwah kepada masyarakat, jangan pula melupakan aspek keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga termasuk memberikan hak yang sepatutnya kepada isteri dan anak-anak. Beliau juga menyarankan agar seminar yang baik ini perlu di adakan untuk masyarakat umum supaya mereka juga akan mendapat manfaat terutama dengan banyaknya masalah rumahtangga seperti pergaduhan dan tidak sefahaman antara suami isteri sehingga mengakibatkan meningkatnya kes-kes perceraian dikalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Moderator forum dan pasangan ahli panel
Diharapkan dengan terlaksananya program seperti ini dapat mendedahkan pengalaman-pengalaman dan tips-tips yang berharga hasil dari perkongsian penceramah dan ahli panel forum dalam rangka untuk mengembalikan dan memelihara keharmonian rumah tangga di kalangan ahli ISMA khususnya dan ahli masyarakat amnya.

Lagi gambar sekitar seminar dijalankan :

Pengerusi majlis Ceramah 1, Cikgu Ismail Ali
Pendaftaran peserta

Sesi penggambaran untuk setiap pasangan

Antara peserta yang hadir

Peserta sedang mendengar ceramah dari Prof Dato' Dr Sidek Baba

Peserta bersalaman dengan penceramah

Peserta wanita sedang mendaftarkan diri

Antara ahli ISMA Johor

Sesi rehat selepas ceramah

Ahli ISMA beramah mesra dengan Prof Dato' Dr Sidek Baba

Bergambar dengan Prof Dato' Dr Sidek Baba

Soalan dari Peserta

Peserta wanita

Penyampaian cenderahati untuk ahli panel forum

Cenderahati untuk ahli panel forum

Penyampaian cenderahati khas

Ucapan penutup oleh YDP ISMA Johor, Hj Mohd Tahir Hamdan

Wartawan,
Media ISMA Johor

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.