.

Friday 22 April 2011

Lawatan Presiden mantapkan fikrah ahli ISMA Johor

Hadirin dari kalangan ahli ISMA lelaki bergambar bersama Tuan Presiden, YDP dan Timbalan YDP ISMA Johor

Johor Bahru – Seramai 50 orang ahli ISMA Cawangan Johor telah berpeluang bertemu dan mendengar ucapan Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sempena lawatan beliau ke Johor pada 17 April 2011. Pertemuan yang mengumpulkan sebahagian ahli ISMA di Johor ini juga telah dihadiri YDP ISMA Johor Bahru, Hj Mohd Tahir Hamdan dan timbalannya iaitu Encik Bariman Yasimin. 

Ucapan aluan dari YDP ISMA Johor, Mohd Tahir Hamdan
Tuan Presiden, dalam ucapannya mengajak ahli ISMA untuk menyedari situasi umat Melayu Islam di Malaysia pada hari ini yang telah semakin luntur dan cair serta hilang jati diri sebagai umat Melayu Islam. Umat Melayu Islam yang terdiri dari 60 peratus dan merupakan penduduk majoriti telah kehilangan kuasa wewenang sehingga tidak berani untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak bangsa dan agama sendiri. Katanya lagi, umat Melayu Islam hari ini juga takut untuk mendakwa mereka memperjuangkan hak bangsa dan agama kerana bimbang nanti akan dilabel sebagai rasis atau nasionalis. Ini sebenarnya adalah agenda dan perancangan musuh dari luar dan dalam. 

Ucapan Presiden, Abdullah Zaik Abdul Rahman
Mereka sangat memahami hakikat bahawa sekiranya orang Melayu Islam sudah tidak mahu memperjuangkan hak bangsa dan agama sendiri serta berlaku kecairan jati diri Melayu Islam maka dengan sendirinya musuh-musuh akan dapat menguasai orang-orang Islam dan kesannya akan menimpa umat Islam sendiri. Dalam konteks Malaysia, pendirian bahawa kita perlu memperjuang dan mempertahankan hak dan agenda bangsa Melayu Islam adalah pendirian yang Islamik dan bukan bersifat rasis atau nasionalis.









Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin mengingatkan lagi bahawa tanggungjawab memperjuangkan dan menegakkan politik Islam atau membina kepimpinan Islam bukan hanya proses perlantikan atau pemilihan pemimpin Islam melalui proses pilihanraya semata-mata seperti yang berlaku pada hari ini, tetapi ianya adalah satu proses yang bermula dengan membina umah Islam. Sambungnya lagi, matlamat Islam untuk menegakkan syariat Islam dan maqosid syar’iiyah  dalam kehidupan menuntut kita untuk kembali melaksanakan dan mengiatkan aktiviti dakwah dan tarbiyah untuk melahirkan generasi umat Islam tulen dimana merekalah yang akan memilih dan menentukan kepimpinan Islam dimasa depan. Ini membawa maksud bahawa pemimpin yang baik akan lahir dari kalangan rakyat yang baik. Maksud hadis Rasulullah saw “ Bagaimana kamu begitulah pemimpin kamu” (HR Addailamy). 


Ucapan Presiden
Beliau juga mengingatkan bahawa umat melayu Islam perlu menguasai urusan perubahan yang diperlukan untuk melahirkan pembaharuan. Tetapi sekiranya perubahan dilaksanakan secara tidak terancang atau perubahan dalam keadaan kuasa umat Islam lemah maka tidak akan menghasilkan pembaharuan yang di cita-citakan bahkan adalah suatu ancaman dimana akan menghasilkan kesan yang lebih buruk.

Menjawab kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan jati diri Melayu Islam beliau menjelaskan unat nelayu Islam perlu merujuk dan menggali semula sejarah perjuangan dan pencapaian kerajaan Melayu Islam Melaka. Kerana disitulah bermulanya sejarah perjuangan orang-orang Melayu dalam usaha-usaha menegakkan serta mempertahankan kedaulatan Islam.

Pertemuan yang diadakan ini sedikit sebanyak telah memantapkan lagi fikrah dan pemahaman ahli ISMA Johor dan membangkitkan kembali semangat untuk memperjuangkan agenda ISMA dalam merubah nasib umat Melayu Islam khususnya. Semoga umat melayu Islam dapat disatukan dan akhirnya kesatuan tersebut membawa kedaulatan Islam di bumi Malaysia ini.


“MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT”

Gambar sekitar program..
Antara ahli yang hadir

Ahli yang hadir

Wartawan,
Media ISMA Johor

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.