.

Wednesday 16 March 2011

Melihara Keseimbangan Rahsia Kehebatan Seorang Murabbi

Dalam dakwah unsur tarbiah dan pengurusan sama penting. Sebagaimana tarbiah dianggap thawabit (perkara tetap) begitu juga berpegang kepada peraturan juga adalah thawabit.

Menjaga keseimbangan antara dua unsur ini merupakan ujian kematangan kepimpinan (nuqabak dan masulin) dalam organisasi dakwah. Berlebihan atau Kecuaian dalam salah satu akan menyebabkan kecacatan dalam perjalanan dakwah keseluruhan.
Tentunya ia tugas yang amat rumit.
Sebagai contoh, tarbiah tabiatnya memupuk, memujuk, mendidik dan memahamkan. Melalui pendekatan tarbiah perlaksanaan sesuatu amal sangat bergantung kepada kehendak dalaman sesaorang. Bila kehendak kuat amal kuat dan bila kehendak lemah amal menjadi lemah.
Dalam keadaan itu murabbi yang berlebihan sifat tarbawinya akan gagal dalam aspek produktiviti dan efisyensi(keberkesanan) amal, bahkan murabbi boleh jadi terjerumus dalam majlis “lepak tarbawi” yang melali dan membuang masa.
Konon atas dasar tarbawi, murabbi bersembang semalaman dikedai makan, Malam demi malam berlalu mebincangkan hal-hal tarbiah dan permasalahan ahli, walhal banyak masa terbuang dan dah banyak kerja yang terbengkalai.
Melalui pendekatan tarbawi sering berlaku tidak ada masa tertentu untuk selesaikan kerja, isu boleh jadi meleret-leret menunggu tuhan menurunkan penyelesaian.
Sebaliknya pegurusan tabiatnya jelas , “straight” dan cekap dalam perlaksanaan. Ia sering disifatkan sebagai kering. Sesaorang yang gagal melaksanakan tugas seperti yang dijadual mengikut waktu dan sifat yang ditetapkan perlu dimuhasabah dengan tegas, kerana ia telah mensia-siakan peluang dan mengagalkan perlaksanaan strategik.
Dalam keadaan penekanan berlebihan terhadap ketegasan pengurusan boleh menyebabkan hubungan renggang, tensyen, tegang dan bila-bila masa boleh meletuskan konfrantasi.
Murabbi yang mahir mampu mengimbangi antara kedua-dua ciri positif ini; pendekatan tarbawi dan pengurusan secara seimbang sepanjang masa. Apa yang kita mahu hubungan terus terpelihara, semangat sentiasa berkobar-kobar dan perlaksanaan amal berkesan.
Memahami hakikat ini seorang yang di leval murabbi dan kepimpinan tidak boleh ikut dia punya feel semata-mata. kalau dia jenis orang yang menekankan natijah amal hendaklah sentiasa peka tentang menjaga hubungan ukhawi dan manusiawi. Dan jika ia seorang yang sifatnya tarbawi ia sentiasa kena ingat bahawa tanggunjawab mesti disiapkan pada waktu yang ditetapkan dalam bentuk yang dikehendaki.
Kesimbangan antara dua unsur ini rahsia kehebatan seorang pemimpin.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.