.

Monday 9 May 2011

Sokongan ISMA kepada Kenyataan Pemuda PAS

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

KENYATAAN MEDIA 

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) pada 5 Mei 2011 mengenai penyatuan antara UMNO dan PAS, IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) menyambut baik dan menyokong sepenuhnya kenyataan ini.  Cadangan DPPP supaya dianjurkan satu persidangan yang dinamakan “Persidangan Parti Politik dan NGO ganti penyatuan UMNO – PAS” dengan anjuran pihak NGO sangat dialu-alukan dan merupakan satu langkah awal yang bijak ke arah penyatuan umat Melayu Islam di negara ini.

ISMA berpandangan isu penyatuan ini sudah lama tertangguh dan tidak harus dibiarkan lagi tanpa kesudahan kerana ia melibatkan nasib bangsa dan agama islam. Keperihatinan kepada masa depan bangsa dan agama semestinya menjadi fokus utama pemimpin Melayu Islam dan tidak boleh dikompromikan demi maslahat kuasa politik semata. Pelbagai tuntutan dan desakan daripada pihak bukan islam demi menjatuhkan kemuliaan agama islam di negara ini sama ada dari luar dan dalam negara sudah cukup untuk menjadi sebab kepada penyatuan umat Islam. Kebimbangan kita ialah jika langkah ke arah penyatuan ini tidak bermula maka pihak musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk menguatkan kedudukan mereka.

Pihak ISMA ingin menyatakan kesediaan bersama-sama dengan NGO lain untuk terlibat secara langsung di dalam agenda penyatuan ummah ini.

Abdullah Zaik Abdul Rahman
Presiden, 
Ikatan Muslimin Malaysia

8 Mei 2011

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.