.

Tuesday 10 May 2011

Majlis Ramah Mesra ISMA Johor bersama AJK Surau Al Huda



SIMPANG RENGGAM - Seramai 120 orang telah menghadiri program Ramah Mesra Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dan ahli qariah Surau Al Huda di sini hari ini. Program bersama masyarakat secara bulanan yang julung kalinya diadakan ini dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Sosial ISMA Johor dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM), Simpang Renggam.

Program yang berlangsung selama dua setengah jam ini bermula pada 10 pagi, telah diadakan di perkarangan Surau Al Huda. Tujuan penganjurannya adalah untuk menjalinkan silaturahim di kalangan ahli ISMA dan juga ahli qariah Surau Al Huda serta menyampaikan mesej supaya masyarakat beragama Islam khususnya orang Melayu dapat bersatu dalam membawa agenda mendaulatkan Islam.

Tn. Hj Isnin Sadali
Pengerusi Permuafakatan Bandar Baru Ibrahim Majid,  Tn. Hj Isnin Sadali yang memberikan ucapan aluan di majlis tersebut melahirkan rasa gembira dengan penganjuran program bersama masyarakat seperti ini yang secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran yang baru kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut. 

Tn Hj Mohd Tahir Hamdan
Majlis diteruskan dengan ucapan balas daripada YDP ISMA Johor iaitu Tn Hj Mohd Tahir Hamdan. Dalam ucapannya beliau mengucapkan penghargaan kepada penduduk BBIM khususnya Ahli Jawatankuasa Surau Al Huda kerana sudi menerima kunjungan ISMA Johor ke kawasan mereka. Tambahnya lagi, program seperti ini dapat membina hubungan dan kerjasama yang baik antara NGO Islam dengan masyarakat setempat.


Ustaz Annuar Salleh
Seterusnya, slot utama program ini iaitu ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Annuar Salleh merangkap YDP ISMA Daerah Hulu Langat, Selangor dengan tajuknya ‘Memperkasakan Jati Diri Muslim’. Dalam ceramahnya, Ustaz Annuar Salleh menekankan bahawa jati diri di kalangan umat Islam masih belum hilang selagi mana masih mengucap kalimah syahadah, cuma perlu dimantapkan dan dimartabatkan lagi. Mengikutnya lagi, orang Islam khususnya para belia, perlu dikejutkan dari ‘tidur yang lena’ dan kembali bersatu memikul dan menyahut seruan ini. Sambungnya, ruh dan agenda perjuangan juga perlu ditiupkan ke dalam jiwa dan minda para belia Islam agar mereka kembali bersepakat untuk meyuburkan Islam di kalangan masyarakat.

Dalam ceramahnya, beliau juga menekankan tentang tiga pra-syarat yang perlu dipenuhi di kalangan masyarakat iaitu menanamkan cita-cita dan impian yang besar, memahami jalan perjuangan yang lurus iaitu jalan para nabi dan rasul, dan meletakkan agenda serta pelan pembangunan ummah yang jelas.

Cenderamata kepada pihak Surau Al Huda
Sebagai penghargaan, ISMA Johor telah memberikan cenderamata kenangan kepada Ahli Jawatankuasa Surau Al Huda serta menerima cenderamata dari pihak Surau Al Huda di akhir program. 

Setelah selesai program, Tn. Hj Isnin Sadali  yang ditemuramah oleh wartawan Media ISMA Johor mengharapkan semoga pihak ISMA dapat bersama-sama dengan masyarakat setempat untuk memperbanyakkan program kemasyarakatan termasuk program yang telah diatur oleh pihak surau Al Huda. Beliau sangat mengalu-alukan program seumpama ini daripada ISMA dan menyarankan agar penduduk Bandar Baru Ibrahim Majid untuk mengambil kesempatan ini untuk bersepakat dan bersatu demi Islam. Manakala, Tn Hj Mohd Tahir Hamdan pula ketika ditemui juga mengharapkan semoga program ini memberikan impak dan momentum yang besar kepada masyarakat Islam melalui program yang dianjurkan oleh ISMA Johor. Seterusnya, Cikgu Tumin selaku pengacara majlis yang juga Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Surau Al-Huda Bhd menjemput ISMA Johor untuk turut serta dalam pelan pembangunan ekonomi dan strategik Bandar Baru Ibrahim Majid. Menurut beliau, banyak peluang-peluang perniagaan dapat dibangunkan dan banyak tanah-tanah ladang dan perumahan di bawah pengurusan koperasi dapat diusahakan di sini bagi mengimarahkan lagi pembangunan bandar dan ummah di kawasan tersebut

Sesi temuramah selepas tamat program
Selain itu, Puan Azizah Che Awang selaku Ketua Biro Wanita dan Keluarga ISMA Johor, ketika ditemui majlis ramah mesra ini memberikan peluang untuk Wanita ISMA menjalinkan silaturrahim dengan kaum muslimat tempatan dan bersama merancang program-program untuk wanita dan anak-anak setempat pada masa akan datang.

Pihak penganjur juga menerima respon positif dari beberapa belia yang hadir ke program ini. Saudara Nasrullah ketika ditemui menyatakan sokongannya dan mencadangkan program-program seumpama ini perlu diteruskan oleh ISMA untuk mendekatkan kembali para belia kepada agama. Manakala menurut saudara Zunnur Aiman pula, program ini sangat bagus untuk para belia supaya dapat mengelakkan mereka dari terdedah dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di luar sana.

Dengan terlaksananya program kemasyarakatan ini, pihak ISMA Johor mengharapkan sambutan dari masyarakat akan berterusan dan meningkat pada masa akan datang untuk sama-sama berkongsi agenda yang ISMA perjuangkan. Pihak ISMA Johor juga merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penduduk Bandar Baru Ibrahim Majid khususnya AJK dan ahli qariah Surau Al Huda atas kesudian mereka menerima kunjungan dan memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.


Sekitar program berlangsung....


Cikgu Tumin sebagai Pengacara Majlis


Barisan VIP


Ahli ISMA dan muslimat yang hadir


Ahli ISMA dan muslimin yang hadir


Para hadirin mendengan ceramah yang disampaikan



Hadirin memberikan sepenuh perhatian pada ceramah



Muslimat menjamu selera



Muslimin menjamu selera


Wartawan,
Media ISMA Johor

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.