.

Friday 6 May 2011

Hanya kerana UKHWAH

bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
tiada ungkapan yang lebih pantas diungkapkan sebagai tanda syukur kepada Allah.
Dia yang telah mengatur dan merencana segala pentarbiyahan buat diri ini.
mengatur perancangan yang cukup baik, tiada cacat cela.
merencana agenda yang cukup hebat, lengkap dan sempurna.
Sungguh, tiada perancang yang lebih hebat berbanding Dia Yang Maha Kuasa.

baiklah, post kali ini berkisarkan tentang sebuah ekspedisi kehidupan yang telah saya harungi bersama-sama para sahabat yang cintakan tarbiyah dan ilmu dari Ilahi. post ini dihasilkan khas buat para pengunjung laman ini sebagai satu perkongsian khazanah ilmu yang telah saya peroleh.

Keberadaan kita di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah untuk hambaNya yang kerdil ini setelah mengecapi nikmat Iman dan Islam. Cuba perhatikan di sekeliling kita, adakah ikhwah/akhawat kita sekarang merupakan kawan sekolah rendah kita dulu? Adakah juga kenalan sewaktu sekolah menengah dulu?
Kalau diri saya, jawapannya ‘tidak ada’. Kawan seuniversiti, Insya Allah ada, tetapi, thabatkan kita dalam menelusuri bait-bait perjuangan Rasulullah ini? Personally, saya rasa bersyukur diperkenalkan pada jalan dakwah ini kerana saya sedar, jalan ini tidak dapat diperolehi melalui keturunan, status, harta yang bertimbun mahupun ilmu yang banyak.

Gambar hiasan
(As-Sheikh Ismail Haniyyeh, PM Palestin sedang mengimamkan solat hari raya),
gambar ihsan www.amanpalestin.net

Tetapi, ia adalah kurniaan Allah swt kepada hambaNya yang terpilih untuk memikul tanggungjawab ini. Jadi, nikmat ini tidak perlu dipandang rendah atau diperlekehkan. Saya perlu bekerja keras untuk menjaga dan memelihara nikmat yang agung ini agar ia tidak hilang dari kehidupan saya dan keluarga saya. 

Saya mengenali jalan dakwah ini semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Alhamdulillah sehingga kini, masih berada dan bersama ikhwah/akhawat dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini. Dan harapan saya, agar ianya kekal sehingga kematian menjemput saya nanti. Amin. Dalam tempoh lebih kurang 10 tahun ditarbiyyah dan berdakwah, banyak pengalaman yang ditimba, ilmu yang dipelajari dan tidak lupa juga pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya tempuhi, ada kalanya saya Berjaya melawannya dan ada kalanya saya kalah pada cabaran dan emosi dalam menghadapinya.

Namun, bila menyedari hakikat ini, saya rasa tidak sepatutnya saya meninggalkan jalan ini dek kesibukan belajar as a master student Kenapa ujian yang datang ketika ini tidak mampu saya tangani? Patutkah saya menggadaikan keringat, masa dan wang ringgit yang telah saya laburkan 10 tahun yang lalu demi cabaran hari ini? Jawapan saya, memang tak patut, dan oleh itu, walau apa pun cabaran dan masalah yang melanda diri, keluarga dan karier, Insya Allah, saya akan terus bersama ikhwah/akhawat dalam perjuangan ini.

Saya tak dapat bayangkan kehidupan saya dan keluarga jika tiada tarbiyyah yang mewarnainya. Rasa ‘plain’ je hidup ini jika tak ada input tarbiyyah. Mesti hanyut dalam ragam manusia hari ini yang berkiblatkan barat dan semakin jauh dari nilai-nilai Islami. Nau’uzubillah.

Dan dengan kesedaran itu saya perlu thabat dan bekerja keras lagi mengajak insan-insan di luar sana untuk bersama-sama di dalam medan dakwah dan tarbiyyah ini. Sebab, dengan jalan inilah,terbukti mampu membawa seseorang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Betul, bekerja itu pun merupakan ibadah, mesti diganjari pahala.

Tetapi, setakat mana bekerja itu ibadah sedangkan di dalam hati asyik merungut dan rasa diri bagaikan dipaksa-paksa bila diberi kerja menggunung? Susah bila diri tidak intima’ dengan jemaah. Hati selalu dikotori oleh sikap nafsu yang rakus dan dunia dijadikan tujuan yang utama dalam kehidupan kita. Sebaliknya, bila berada dalam system tarbiyyah, wajib hadir usrah sebab di sana, Insya Allah, akan membersihkan hati-hati yang dikotori oleh nafsu dan hubb dunia.(edit dr ismakelantan)


Ukhuwah ?
tak banyak yang ingin saya coretkan.
yang paling utama ialah ;

Seandainya hati-hati bertaut keranaNya, segalanya akan terasa indah, manis dan luar biasa..
walau ujian yang buruk menjelma,
walau dugaan yang pahit menerpa,
walau cabaran yang biasa menimpa.

ya, semester ni terasa bagai dilanda krisis ukhuwah. Proses ziarah yang satu ketika dulu gencar dan menyeronokkan menjadi makin berkurang,asing dan tawar.. Alhamdulillah,menjelang penghujung semester Allah bukakan dan terangkan hati kami untuk mencari-cari penyelesaiannya. Dan Allah jualah yang memberi ilham itu kepada kami agar krisis ini bisa di lenyapkan secepatnya. Hasilnya, krisis itu... :) Inshaallah

dan ya, saya menjadi semakin kuat kerana kuatnya ukhuwah dan tautan hati bersama seorang sahabat kerana Allah. mudah-mudahan ukhuwah kami mendapat keredhaan dan keberkatannya, dan dirahmati sehingga ke syurga abadi dan hakiki. amiin.


dan ya, saya kian memahami erti ukhuwah dan bersahabat keranaNya gara-gara persahabatan yang sering mengingatkan dan mengajar saya tentang itu. saya gerenti, dengan bersahabat hanya kerana Allah yangg Maha Mencipta lagi Maha Kuasa.. diri takkan terasa lemah kerana ada yang menguatkan sentiasa. diri takkan terasa sendiri kerana ada yang menemani selalu. diri takkan terasa hina kerana ada yang memuji dan merasionalkan diri seperti biasa.

ehm. seandainya saya diberikan masa 1 hari untuk berbicara tentangg ukhuwah dan persahabatan, saya tak yakin tempoh itu cukup. kerana apabila berbicara tentang topik ini, banyak perkara yang perlu dan penting untuk dibincangkan. namun, saya tidak punya banyak masa. cukuplah kiranya point utama yang telah saya kongsikan. semoga bermanfaat :)

Sumber : Tinta Iman

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.