.

Thursday 5 May 2011

Fatah dan Hamas tandatangani perjanjian damai di Kaherah


28 April 2011 - Dua organisasi terbesar Palestin, Fatah dan Hamas telah mengumumkan dalam sidang akhbar yang diadakan bersama di Kaherah bahawa mereka telah menandatangani perjanjian damai antara keduanya setelah perbincangan diteruskan selama sebulan lebih, hal tersebut telah disahkan oleh ahli Jawatankuasa politik Hamas, Mousa Abu Marzouk dan ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Azzam Al-Ahmad.


Perjanjian tersebut dilihat sebagai titik permulaan kepada perbincangan-perbincangan yang akan dilakukan selepas ini dan perjumpaan terdekat adalah pada minggu hadapan yang akan menyaksikan termatrinya perjanjian semua kumpulan Palestin secara menyeluruh.

Abu Marzouk, berkata ini merupakan lembaran baru yang lebih harmoni dalam mengembalikan hak rakyat Palestin, hari ini kita berdiri untuk memetik buah dari dialog yang lama.

Abu Marzouq menjelaskan lagi bahawa kesepakatan pada masa terdekat ialah bagaimana untuk membentuk kerajaan bebas serta mengaktifkan kembali tugas-tugas Majlis Perundangan sebelum diadakan pilihanraya.

Sumber:  Aman Palestin

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.