.

Tuesday 24 May 2011

Apabila si ayah pergi…


(Gambar hiasan)

Senario A

Si anak A dan adik beradikmya meminta bantuan jiran bagi menguruskan jenazah ayahnya. A dan adik-adiknya yang tampak mewah dan berpendidikan tinggi sibuk berbincang urusan kerjaya dan ada yang bersembang-sembang santai mengenai urusan hidup masing-masing. Walaupun air muka nampak sedih dengan kehilangan arwah ayahnya, sambil merokok A tekun memikirkan bagaimana untuk membahagikan harta-harta peninggalan awah ayahnya.

Ketika Imam dan penduduk taman sibuk bersolat jenazah, A dan adik-adiknya terus duduk berbua-bual kerana solat adalah sesuatu yang janggal untuk mereka adik beradik. Sebelum Imam berangkat pulang maka A menyerahkan sejumlah wang kepada Tuan Imam untuk dibahag-bahagikan kepada Tuan Bilal, Siak dan AJK yang membantu menyempurnakan jenazah ayah mereka. Tidak mengejutkan apabila harta peninggalan ayah menyebabkan mereka berselisih dan terpaksa bertemu di mahkamah kerana tidak puas hati di antara satu sama lain. Lebih menyedihkan apabila ibu yang uzur dianggap sebagai bebanan kerana masing-masing tak berkesanggupan untuk menjaganya….

Senario B

Sebaik sahaja ayahnya menghembuskan nafasnya yang terakhir, B dan adik-adiknya terus memanggil saudara-mara dan AJK Masjid untuk memberitahu bahawa ayah yang disayangi telah pun pergi buat selamanya. Dengan perasaan sedih, B bersama adik-adiknya membantu Tuan Imam apa yang mereka boleh.
B bersama adik-adiknya turus sama bersolat dan mendoakan agar ayahnya dikurniakan syurga Firdausi atas pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini kepada ibu yang juga telah uzur serta mereka 6 beradik. Oleh kerana B tidak mempunyai pengalaman bagi menguruskan harta peninggalan arwah ayahnya, maka B telah melantik seorang kenalannya seorang peguam syarie bagi membantunya…..

Senario C

Di saat ayahnya terlantar sakit, C dan kesemua adik-adiknya telahpun berkumpul di rumah tanda kasih dan sayang yang teramat sangat walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya mereka. Ayahanda yang sedang nazak diurus sebaiknya disamping mereka menghubungi saudara-mara serta kenalan rapat ayahnya. Sebaik sahaja ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir, C sendiri mengetuai kerja-kerja penyempurnaan jenazah sambil dibantu oleh adik-adiknya serta Tuan Bilal.

Sebagai anak lelaki yang tua, C mengimami solat jenazah sambil diikuti oleh Tuan Imam, AJK Masjid serta saudara mara dan kenalan arwah ayahnya yang ramai yang telah memenuhi ruangan masjid. C kemudiannya mengetuai proses pengkebumian arwah ayahandanya di kawasan perkuburan dengan penuh rasa kasih saying dan keinsafan. Harta-harta peninggalan arwah ayahnya mereka uruskan sesame mereka tanpa sebarang rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Walaupun C seorang yang berjawatan tinggi dan berpendidikan sekular di luar Negara namun C mampu untuk menguruskan ehwal sedemikian dengan penuh yakin dan keinsafan. Begitu juga dengan adik-adiknya yang telah diasuh dengan didikan agama yang baik oleh arwah ayah mereka. Pak Cik & Mak Cik saudara yang lainnya memang kagum dengan anak-anak peninggalan arwah mereka…..

Sebagai ayah dan ibu, anak-anak yang bagaimanakah yang ingin anda tinggalkan ?

(Inilah bakal destinasi di kalangan kita semua….ya, kita akan bersendirian…..)

 إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena 3 perkara :

1. Sedekah jariah,
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakannya

–Hadith Riwayat Muslim


Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban

 

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.