.

Saturday 7 May 2011

Kenyataan Media PEMBELA 4 Mei 2011

Timbalan Presiden ISMA (dua dari kiri) di sidang media PEMBELA.

PEMBELA mengumumkan bahawa suatu program yang bertujuan menghimpun seramai mungkin wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan Islam seluruh negara akan diadakan pada hari Sabtu ini 7 Mei 2011M bersamaan 3 Jamadil Akhir 1432H bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur bermula jam 830 pagi.

Perhimpunan ini dianjurkan untuk mengukuhkan kerjasama dan rangkaian di antara pertubuhan-pertubuhan berorientasi dan beraspirasikan Islam agar suara umat Islam akan lebih dihormati dan didengari oleh semua pihak terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan kedudukan Islam dan umatnya.

Akhir-akhir ini, PEMBELA merasakan terdapat percubaan dan usaha berterusan dan terancang sesetengah pihak untuk mempertikaikan kedudukan Islam dalam pentadbiran, undang-undang dan perlembagaan negara. Agama Islam yang merupakan agama negara dan salah satu paksi pembinaan negara bangsa Malaysia cuba hendak disama tarafkan dengan agama-agama lain. Sering kali cuba ditimbulkan gambaran bahawa penganut agama lain dizalimi dan menghadapi mangsa penindasan yang di luar batas di negara ini. Islam dan umat Islam cuba dipakaikan dengan imej yang sehodoh mungkin dan cuba dipersalahkan agar tunduk lemah dan mengalah.

Atas kesedaran itu, PEMBELA berharap untuk mengumpulkan wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan Islam kecil dan besar, termasuklah wakil-wakil masjid dan surau, persatuan mahasiswa dan pelajar, persatuan kakitangan Islam pejabat dan syarikat dan seumpamanya untuk menggembeling tenaga dan fikiran untuk bersama-sama menangani isu berkaitan Islam di negara kita.

Sumber : Web ISMA Pusat

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.