|
Peserta dan urusetia bergambar beramai-ramai di akhir seminar |
Skudai - Kira-kira seramai 120 orang peserta telah menyertai Seminar Obor Kasih 2011 yang diadakan di Dewan Kuliah P19, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor baru-baru ini. Seminar kekeluargaan selama sehari anjuran Biro Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru ini adalah buat julung-julung kalinya diadakan di Negeri Johor. Selain itu juga, seminar yang bertemakan Keluarga Positif, Dakwah Efektif ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi input-input dan maklumat kekeluargaan kepada kalangan ahli ISMA yang telah mendirikan rumah tangga.
Seminar ini juga telah meletakkan tiga objektif asas iaitu untuk berusaha membina dan mengekalkan seluruh anggota keluarga sebagai aktivis dakwah, mendedahkan cara berkomunikasi yang berkesan antara pasangan dan menjadikan keluarga ISMA sebagai contoh kepada ahli ISMA dan masyarakat amnya. Seminar selama sehari ini juga telah dihadiri oleh 100 orang peserta ahli ISMA Zon Selatan iaitu dari Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
|
Ceramah 1 : Prof Dato' Dr Sidek Baba |
Pengarah seminar yang juga merangkap Ketua Wanita ISMA Cawangan Johor Bahru, Azizah Che Awang berkata sebagai penganjur utama seminar ini, Wanita ISMA adalah salah satu biro yang penting di bawah organisasi ISMA Pusat dan cawangan. Wanita ISMA sedaya upaya ingin mengajak masyarakat Malaysia supaya menghayati kehidupan Islam yang suci dengan menganjurkan berbagai-bagai program kesedaran yang berkaitan dengan kewanitaan dan kekeluargaan. Oleh itu katanya lagi, Wanita ISMA berhasrat untuk memikul bersama-sama masyarakat Malaysia dan bertanggungjawab mendidik kaum wanita dan keluarga serta anak-anak ke arah kehidupan yang seimbang, sihat dan sejahtera dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Diantara penceramah terkenal yang diundang adalah Professor Dato’ Dr Sidek Baba yang merupakan seorang tokoh Pendidikan Negara dari Universiti Islam Antarabangsa dengan tajuk ceramahnya ‘Ibu Bapa Mithali, Anak Diberkati, Syurga Menanti’. Beliau memberi penekanan kepada pentingnya pembentukan keluarga muslim yang diharapkan mampu melahirkan generasi taqwa kerana Islam memberikan asas ketaqwaan sebagai ukuran kecemerlangan dalam kehidupan.
|
Ceramah 2 : Ust Rusydi Alias |
Penceramah kedua pula iaitu Ustaz Rushdi Alias dari ISMA Pusat telah menghangatkan lagi suasana seminar dengan memberikan tip-tip yang segar dan relevan bagi ahli ISMA yang telah berumahtangga ini. Seterusnya adalah slot forum perkongsian pengalaman yang telah berjaya menceriakan peserta dengan panduan-panduan dan petua-petua rumahtangga yang menarik dari empat orang ahli panel iaitu dua pasangan suami isteri yang telah melalui pengalaman melebihi 25 tahun perkahwinan.
Seminar Obor Kasih ’11 ini juga telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh ucapan Yang Dipertua ISMA Cawangan Johor Bahru iaitu Tuan Hj Tahir Hamdan dimana beliau telah mengingatkan kepada peserta bahawa dengan kesibukan berkerjaya dan berdakwah kepada masyarakat, jangan pula melupakan aspek keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga termasuk memberikan hak yang sepatutnya kepada isteri dan anak-anak. Beliau juga menyarankan agar seminar yang baik ini perlu di adakan untuk masyarakat umum supaya mereka juga akan mendapat manfaat terutama dengan banyaknya masalah rumahtangga seperti pergaduhan dan tidak sefahaman antara suami isteri sehingga mengakibatkan meningkatnya kes-kes perceraian dikalangan masyarakat Islam di Malaysia.
|
Moderator forum dan pasangan ahli panel |
Diharapkan dengan terlaksananya program seperti ini dapat mendedahkan pengalaman-pengalaman dan tips-tips yang berharga hasil dari perkongsian penceramah dan ahli panel forum dalam rangka untuk mengembalikan dan memelihara keharmonian rumah tangga di kalangan ahli ISMA khususnya dan ahli masyarakat amnya.
Lagi gambar sekitar seminar dijalankan :
|
Pengerusi majlis Ceramah 1, Cikgu Ismail Ali |
|
Pendaftaran peserta |
|
Sesi penggambaran untuk setiap pasangan |
|
Antara peserta yang hadir |
|
Peserta sedang mendengar ceramah dari Prof Dato' Dr Sidek Baba |
|
Peserta bersalaman dengan penceramah |
|
Peserta wanita sedang mendaftarkan diri |
|
Antara ahli ISMA Johor |
|
Sesi rehat selepas ceramah |
|
Ahli ISMA beramah mesra dengan Prof Dato' Dr Sidek Baba |
|
Bergambar dengan Prof Dato' Dr Sidek Baba |
|
Soalan dari Peserta |
|
Peserta wanita |
|
Penyampaian cenderahati untuk ahli panel forum |
|
Cenderahati untuk ahli panel forum |
|
Penyampaian cenderahati khas |
|
Ucapan penutup oleh YDP ISMA Johor, Hj Mohd Tahir Hamdan |
Wartawan,
Media ISMA Johor
0 komen:
Post a Comment