.

Thursday 14 April 2011

Perkhemahan Belia Islam Negeri Johor 2011



Gunung Pulai, 7 April - Pada 1 hingga 3 April 2011, Pertubuhan Belia Islam Nasional (Pembina) dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor telah menganjurkan perkhemahan tahunan belia islam peringkat negeri Johor. Bertempat di Kampung Sri Gunung Pulai, perkhemahan ini telah berjaya mengumpulkan seramai 70 orang belia daripada pelbagai latar belakang seperti pelajar, doktor, jurutera, guru dan penjawat awam lain. 

Berobjektifkan ukhuwwah atau semangat persaudaraan di kalangan peserta, aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah disusun agar para peserta dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan antaranya pendakian ke Gunung Pulai, mandi air terjun/sungai, permainan bola sepak sambil menutup mata, gusti lutut dan pelbagai aktiviti berkumpulan lain yang menguji bukan sahaja semangat setiakawan antara peserta tetapi menguji kepintaran dan strategi setiap kumpulan dalam mengalahkan kumpulan lain. Kemuncak kepada program ini adalah malam persembahan di mana setiap kumpulan telah diberi masa untuk mencipta lagu sendiri untuk sebuah lirik yang telah diberikan. Tidak dilupakan pengisian rohani/tazkirah yang diadakan selepas waktu solat bagi memantapkan lagi jati diri para peserta.
 
Perkhemahan ini juga telah dirasmikan penutupnya oleh Yang Dipertua ISMA, Haji Mohd Tahir Hamdan serta Pengerusi JKKK Kampung Sri Gunung Pulai, En. Roskalana Wagiman. Turut menyerikan majlis penutup perkhemahan ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kg Sri Gunung Pulai, ahli JKKK serta para penduduk kampung. 

Penyampaian hadiah dan cenderahati untuk kumpulan peserta yang juara dan saguhati juga disampaikan oleh Pengerusi JKKK dan diiringi oleh Tuan YDP ISMA Johor, Hj Mohd Tahir Hamdan dan juga Pengarah Perkhemahan, Mohd ‘Izzul Hafizuddin Mohd Solehuddin. Selepas tamat majlis penutup, semua tetamu kehormat, para peserta dan penduduk kampung disediakan jamuan makanan yang istimewa iaitu nasi beriyani gam yang disediakan sendiri oleh pihak urusetia perkhemahan.

Atas kejayaan melaksanakan program ini di samping usaha untuk memperkenalkan ISMAdan PEMBINA kepada masyarakat, ISMA Johor mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga usaha usaha kalian diberikan ganjaran oleh Allah dan usaha yang baik ini akan terus berjalan setiap tahun dengan penyertaan belia yang lebih ramai dapat dikumpulkan pada masa-masa yang akan datang. 




Antara gambar-gambar sepanjang program perkhemahan yang dijalankan.


Antara persembahan dari peserta
Tetamu VIP bersama Pengarah Perkhemahan, urusetia dan peserta
Ucapan Pengerusi JKKK Sri Gunung Pulai,  En. Roskalana Wagiman
Ucapan YDP ISMA Johor, Hj Mohd Tahir Hamdan


Ucapan Pengarah perkhemahan

Kumpulan peserta

Urusetia dan peserta bersemangat menyanyikan lagu ISMA dan lagu tema perkhemahan

Urusetia yang menyediakan menu istimewa, nasi beriani gam

Slot Pengisian

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.