.

Saturday, 9 April 2011

Ah, Lupakan Saja..

Lupakan ekonomi….kerana ia telah lama dikuasai bangsa lain

Lupakan pelajaran…..kerana ia telah lama dimenangi oleh bangsa lain

Lupakan budaya……kerana ia telah lama dicemari

Lupakan politik…..kerana ia semakin keliru dan mengelirukan

Agama?……macamana???


Sesiapa yang mengikuti perkembangan isu agama di negara ini maka sudah pasti akan dapati betapa kemuliaan islam mula terhakis dari hari ke sehari. Kewibawaan Mahkamah syariah semakin tergugat. Terakhir, dalam Law Reform Act yang telah di gazetekan mengatakan bahawa jika salah seorang dari suami atau isteri memeluk islam dan seorang lagi belum maka ia tertakluk kepada mahkamah sivil. Ertinya pihak yang memeluk islam tidak ada hak untuk mengislamkan anaknya (spt kes Riduan Abdullah).

Semenjak PRU12 2008, di Selangor sahaja, seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar Cina Oriental pd 31/3/2011, kerajaan negeri telah meluluskan pemberian tanah kepada agama lain untuk membuat rumah2 ibadat, kuil Hindu, Gereja, kuil Sikh, kuil Cina, mereka adalah sejumlah 127.76 ekar. Satu pemberian yang sangat murah hati.

Seorang penulis dalam akhbar The Sun, Terence Fernandez,pada 31/3/2011 telah secara terang dan jelas mengkritik kerajaan dengan mengatakan bahawa ”the Al Kitab cannot be collected as they have been desecrated”…..“a symbol of religious persecution and testimony to the flip-flopping of government policies”

Ada juga negeri yang secara terang terus memperkasakan keujudan agama-agama lain dengan menubuhkan satu Exco khas dan memberikan peruntukkan untuk agama lain. Ini jelas bertentangan dengan perlembagaan.
Idris Jala, di fahamkan tanpa merujuk kepada kabinet dan komiti inter-faith yang dibentuk kerajaan, bertindak seolah-olah menjadi jurucakap bagi pihak kristian dan kerajaan. Beliau mengemukakan 10 penyelesaiaan yang kesemuanya berpihak kepada mereka.

Sehingga hari ini pemimpin Melayu hanya sibuk dengan video tape. Hampir setiap pemimpin bercakap dan memberi kenyataan, baik dari BN maupun PR. Mereka berlumba-lumba menunjukkan ke heroan mecari publisiti politik demi menghadapi PR Sarawak.

Malangnya mereka membisu seribu bahasa dalam menyentuh soal-soal agama. Jika beginilah sikap pemimpin islam, maka adakah lagi benteng terakhir untuk umat islam mempertahankan agamanya? Adakah ini yang dimaksudkan keadilan, kesamarataan dan toleransi atau demokrasi atau pluralism?

Saya tidak pasti…adakah isu agama ini juga kita harus lupakan?….seperti isu ekonomi, politik, pelajaran dan budaya?

Jika umat islam menganggap isu ini telah lapuk kerana kita sebuah negara multi-racial maka jom kita sama-sama lupakan.

YA, KITA LUPAKAN SAJA ISU AGAMA!!!!! 

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”


Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.