.

Thursday 27 January 2011

Usaha Membetul Diri


Terdapat tiga asas akhlaq yang akan dapat memberi kepada manusia satu kekuatan bagi menghadapi sikap negatif di dalam diri seperti malas dan berterusan melaku kesilapan, juga kita kenalah ingat bahawa ketiga-tiga asas ini saling memberi kekuatan disiplin yang dapat membentuk akhlaq mulia manusia.

المشارطة
Musyarathah: kamu meletakkan janji atau syarat yang tertentu diantara kamu dengan diri kamu atau kamu dengan Allah s.w.t. Seperti jika saya tidak sembahyang subuh berjamaah di masjid saya akan menderma lima ringgit bagi setiap kali solat subuh.
المراقبة
Muraqabah: Kamu memantau dan menyemak pada diri kamu sendiri dan kamu akan menemui kecacatan,kekurangan dan ketempangan, seperti kamu dapat menghitung hari-hari yang telah kamu lambat menunai solat fardhu atau kamu solat bersendirian, tidak berjamaah atau kamu solat subuh qada.
المحاسبة
Muhasabah: kamu berusaha membetulkan dan benar-benar melelaksanakan perkara yang kamu telah tentukan kepada diri kamu di dalam musyaratah.
Demikian juga bagi seorang hamba yang beriman, sepatutnya ia sentiasa memuhasabah dirinya, menyemak tahap iltizamnya dengan agamanya sendiri, menilai dan menimbang amal-amalnya dan membetulkan di mana ada kekurangan dan kelompangan.
Tentulah tidak terjadinya pembetulan kepada manusia kecuali dengan adanya kertas kerja yang memuatkan objektifnya, sasarannya dan ajendanya yang teratur, bagi ilmuan masakini di kenali perancangan, bagi ilmuan terdahulu di sebut al-Musyaratah.
Imam Ghazali Yang Dirahmati Allah s.w.t ada menyebut mengenai perkara ini:    ”akal manusia memerlukan musyaratah diri terlebih dahulu, kemudian ia sentiasa menepati ketetapann yang telah gariskan, di letakan syarat-syarat, membimbingnya kepada jalan kejayaan dan menjadikan ia lebih kuat pengangan di dalam melalui jalan itu”.
Ketua Biro Kebajikan
ISMA Johor.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.